Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Mulanya Ramadhan" (tiga bahagian) merupakan episod ke-4, ke-5 dan ke-6 (episod ke-2 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-13 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Ipin terbangun dari tidur kerana terhidu bau ayam goreng. Ipin pun bangun dan pergi ke dapur. Opah suruh Ipin untuk pergi bangunkan Upin juga agar dapat bersahur bersama-sama. Ipin pun kemudiannya datang kembali ke dapur bersama Upin. Upin, Ipin, Kak Ros dan Opah pun bersahur bersama-sama. Selepas habis bersahur, Ipin & Ipin pun membaca niat puasa.

Selepas Upin & Ipin menyiapkan kerja sekolah, Kak Ros minta mereka tolong belikan ayam agar Kak Ros dapat ayam goreng. Upin & Ipin pun keluar dari rumah dengan wang yang diberi oleh Kak Ros. Dalam perjalanan, Upin & Ipin nampak Mai, Jarjit, Fizi dan Ehsan sedang bermain lumba kapal kertas di parit. Ehsan juga memberitahu kawan-kawan bahawa dia tidak puasa hari ini kerana tidak bersahur pagi tadi. Upin & Ipin pun bermain bersama kawan-kawan sehingga terlupa membeli ayam. Mereka bermain sehingga permainan ditamatkan oleh seekor angsa.

Bahagian 2[]

Apabila tiba di rumah, Kak Ros pun marah Upin & Ipin kerana terlupa membeli ayam. Apabila Upin & Ipin masuk ke rumah, lantai rumah dikotorkan oleh tapak kaki Upin & Ipin yang kotor. Kak Ros pun lagi bertambah marah.

Tiba waktu berbuka, hidangan berbuka hanya dua jenis, ikan goreng dan sayur. Opah pun menegur Upin & Ipin kerana tidak membuat kerja yang disuruh oleh Kak Ros dahulu sebelum pergi main. Opah juga menasihati Upin & Ipin agar bersyukur dengan makanan yang ada di atas meja. Upin & Ipin pun memohon maaf dari Kak Ros atas kejadian tadi. Kak Ros pun memaafkan mereka.

Di luar rumah Atok, Ehsan sedang merakam Upin & Ipin bercerita menggunakan telefon pintar Ehsan. Apabila Atok menyuruh mereka menolong Atok mengutip telur ayam, Ehsan pun memberitahu bahawa telefon pintarnya sudah kehabisan bateri. Mail, Jarjit, Mei Mei, Susanti dan Fizi pun merungut kerana Ehsan masih belum merakam kawan-kawan yang lain menggunakan telefon pintarnya.

Bahagian 3[]

Tangan kanan Upin dipatuk ayam semasa Upin ingin mengambil telur dari reban ayam. Atok pun memberitahu bahawa jangan ganggu ayam yang sedang mengeram telur.

Upin, Ipin, Mail, Jarjit, Mei Mei, Susanti, Fizi dan Ehsan pun membantu Atok mengutip telur di sekitar kawasan rumah Atok. Sambil mengutip telur, Jarjit terjumpa telur itik. Ehsan juga mengajak kawan-kawan untuk datang berbuka di rumahnya nanti. Upin, Ipin dan kawan-kawan terjumpa banyak telur untuk Atok.

Atok ingin menjual telur-telur yang dikumpul tadi. Sambil itu, Ehsan membawa keluar telefon pintarnya untuk mengambil gambar. Fizi pun mengingatkan kawan-kawan bahawa tadi Ehsan kata telefon pintarnya sudah kehabisan bateri. Ehsan pun meminta maaf kerana menipu. Selepas selesai menyusun telur-telur yang dikutip tadi, Atok memberi setiap seorang satu beg plastik berisi tiga biji telur untuk dibawa pulang. Semua orang berjalan terlebih dahulu berbanding Upin. Maka Upin ingin mengejar yang lain. Sambil itu, Upin tersepak batu. Maka kesemua tiga biji telur yang terdapat dalam beg plastik pun terkeluar dari beg plastik.

Trivia[]

  • Episod ini dilabel sebagai episod ke-46, ke-47, ke-48 di app Astro Go.
Astro go - ramadan


Galeri[]

Video[]

Upin_&_Ipin_Musim_13_-_Mulanya_Ramadhan_Episod_Baru

Upin & Ipin Musim 13 - Mulanya Ramadhan Episod Baru

Promo Episod Mulanya Ramadhan

Advertisement