"Nenek Si Bongkok Tiga" (tiga bahagian) ialah episod ke-7, ke-8 dan ke-9 (episod ke-3 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-7 daripada siri Upin & Ipin.
Plot[]
Bahagian 1[]
Cerita bermula dengan Mei Mei, Susanti dan Devi bermain di padang sambil menyanyi lagu “nenek nenek si bongkok tiga”. Mei Mei memegang watak nenek si bongkok tiga. Apabila Upin, Ipin, Jarjit dan Ehsan tiba dan menyapa mereka, Dewi menyuruh mereka perlahankan suara mereka. Mei Mei terpegang rambut Upin lalu berasa pelik kerana Susanti dan Devi tidak mempunyai rambut seperti Upin. Oleh itu, Mei Mei membuka matanya dan terlihat Upin. Mei Mei pun menyuruh Upin menjadi nenek kebayan, Upin enggan kerana Mei Mei tidak menyebut nama Upin ketika Mei Mei tidak dapat melihat. Susanti menawarkan dirinya untuk menjadi nenek kebayan. Jarjit pula berpantun, “dua tiga naik sampan, apa itu nenek kebayan?” Ehsan pula memberitahu nenek kabayan itu nenek tua. Kemudian, mereka berenam pun sambung bermain.
Upin rasa sangat kelakar apabila Ipin jadi nenek kebayan lalu gelak ketawa hingga tiba di rumah. Kak Ros bertanya sama ada Upin dan Ipin sudah habiskan kerja sekolah mereka. Upin dan Ipin pun menjawab yang mereka sudah siapkan awal-awal, bukan macam Kak Ros, lalu gelak ketawa sampai Opah bertanya apa yang mereka sedang bincang. Upin pun bercerita kepada Opah yang semasa Ipin menjadi nenek kebayan, Ipin ingat Sapy ialah Ehsan selepas menghidu Sapy. Kak Ros dan Opah pun gelak terbahak-bahak. Ipin pula berasa malu. Opah pula tegur yang Upin tidah patut gelakan Ipin. Upin pula bertanya kepada Opah tentang nenek kebayan sambil menyatakan sama ada Opah adalah nenek kebayan kerana apa yang mereka faham ialah nenek kebayan ialah nenek tua. Opah pun bercerita yang nenek kebayan itu tidak wujud. Nenek kebayan hanya muncul dalam cerita dongeng sahaja. Kak Ros pula menunjukkan kepada mereka buku yang sedang dibacanya bertajuk Nenek Kebayan. Upin dan Ipin membandingkan gambar nenek kebayan pada buku dengan Opah. Upin dan Ipin berasa lega apabila gambar itu tidak macam Opah. Kak Ros pun menyuruh Upin dan Ipin pergi mandi kerena Upin dan Ipin sangat busuk.
Di tadika, Upin dan Ipin membawa buku Nenek Kebayan milik Kak Ros ke tadika lalu ditunjukkan kepada kawan-kawan. Dzul pun bercerita yang nenek kebayan suka makan budak-budak yang berisi macam Ehsan. Ehsan pun takut.
Semasa Upin, Ipin dan Ehsan berjalan pulang ke rumah selepas habis belajar, mereka terserempak dengan seorang nenek yang nampak sangat serupa dengan nenek kebayan. Ehsan lari pulang ketakutan meninggalkan Upin dan Ipin. Ipin pula bersembunyi belakang Upin. Nenek itu memegang tangan kanan Upin. Tetapi akhirnya Upin berjaya melepaskan tangannya dari genggaman nenek itu. Upin dan Ipin pun lari pulang ketakutan.
Di rumah, Upin dan Ipin memberitahu Opah yang nenek kebayan mengejar mereka tadi. Opah pula menegaskan bahawa nenenk kebayan tidak wujud. Kak Ros pula datang dari belakang dan menakutkan Upin dan Ipin.
Bahagian 2[]
Nenek tiba di gerai Uncle Muthu dan memesan ABCD Uncle Muthu sambil bertanya jalan untuk ke kubur lama. Uncle Muthu pun menjawab pertanyaan nenek. Uncle Muthu ternampak gigi emas tulen di mulut nenek.
Semasa Upin dan Ipin sedang menyiapkan kerja sekolah mereka, mereka masih merajuk atas tindakan Kak Ros yang menakutkan mereka tadi. Kak Ros bertanya kepada Upin dan Ipin sama ada mereka telah meminjam buku Nenek Kebayan yang dibacanya semalam. Upin dan Ipin pun teringat bahawa mereka telah membawa buku itu ke tadika. Kak Ros dengan marahnya menyuruh Upin dan Ipin untuk mengambil balik bukunya dari kawan Upin dan Ipin. Upin dan Ipin enggan kerana takutkan nenek kebayan. Kak Ros memaksa juga Upin dan Ipin untuk mengambil balik bukunya dari kawan Upin dan Ipin. Upin dan Ipin ke rumah Jarjit. Jarjit memberitahu bahawa buku itu ada pada Ehsan. Ehsan pula memberitahu bahawa buku itu ada pada Susanti. Susanti pula memberitahu bahawa buku itu ada pada Mei Mei. Mei Mei pula memberitahu bahawa buku itu ada pada Dzul.
Semasa Upin dan Ipin dalam perjalanan ke rumah Dzul, mereka singgah di gerai Uncle Muthu dahulu kerana haus. Tetapi mereka tidak membawa wang. Mereka ingin Uncle Muthu belanja mereka ABCD. Uncle Muthu pula menjawab yang ABCD sudah habis kerana sudah bagi pada nenek yang bergigi emas tulen. Upin dan Ipin tanya Uncle Muthu sama ada Uncle Muthu takut pada nenek itu kerana nenek itu nenek kebayan. Uncle Muthu tidak percaya dengan cerita Upin dan Ipin.
Dalam perjalanan ke rumah Dzul, Upin dan Ipin nampak Ijat sedang memimpin nenek tua itu. Mereka pun beranggapan bahawa Ijat sudah ditangkap oleh nenek itu. Semasa Upin dan Ipin sedang mengekori Ijat dan nenek tua, Upin terlanggar tiang, maka dahi Upin pun lebam.Rupa-rupanya Ijat sedang menunjuk jalan untuk ke rumah Dzul. Rupa-rupanya nenek tua itu nenek Dzul.
Bahagian 3[]
Di rumah Dzul, Dzul ketawa kerana Upin dan Ipin menganggap neneknya nenek kebayan. Upin dan Ipin juga menyatakan bahawa mereka tidak pernah nampak nenek Dzul. Dzul memberitahu bahawa neneknya tidak pernah datnag ke rumahnya, ini adalah kali pertama neneknya sampai ke rumahnya. Nenek Dzul bertanya kepada Upin dan Ipin mengapa mereka takut pada nenek kebayan. Nenek Dzul juga memberitahu bahawa nenek kebayan nenek yang baik. Nenek kebayan suka budak-budak, suka bagi budak-budak makan, suka bercerita. Upin dan Ipin pun menjawab yang Dzul kata nenek kebayan suka makan budak-budak. Nenek Dzul pun menegur Dzul. Ketika nenek Dzul sedang bercerita kepada Upin dan Ipin, Dzul datang dengan buku Nenek Kebayang milik Kak Ros.
Apabila Upin dan Ipin berjalan pulang, mereka teringat pada buku Kak Ros yang tertinggal di rumah Dzul. Mereka pun ke rumah Dzul semula untuk mengambil buku itu. Sebelum mereka tiba, nenek Dzul ternampak gambar nenek kebayan pada buku. Gambar itu menyerupainya kerana bergigi emas. Oleh itu, nenek Dzul tahu mengapa Upin dan Ipin takut padanya.
Di rumah, Upin dan Ipin sengaja menyiapkan kerja sekolah dengan pantas kerana ingin Opah berccerita tentang nenek kebayan. Opah enggan kerana hari sudah lewat. Upin dan Ipin juga memberitahu Opah bahawa nenek tua yang mereka jumpa tadi ialah nenek Dzul.
Pada keesokkan harinya, Dzul membawa semangkuk cokodok yang dibuat oleh neneknya untuk kawan-kawan. Mail pula terfikir ingin menjual cokodok. Kawan-kawan mengabiskan cokodok itu dengan pantas dan kemudiannya bermain. Jarjit menawarkan dirinya untuk menjadi nenek kebayan. Kemudian munculnya nenek Dzul sambil berkata “nenek kebayan sudah datang”.
Video[]