Upin & Ipin Wiki
Advertisement


"Neo Santara: Demam Karat" (tiga bahagian) merupakan episod ke-28, ke-29 dan ke-30 (episod ke-11 mengikut kiraan tajuk cerita) dalam musim ke-14 daripada siri Upin & Ipin.

Sinopsis[]

Bandar Neo Santara secara tiba-tiba dilanda wabak karat, yang menjangkiti kebanyakan robot di bandar itu. Tambah merisaukan, wabak itu melumpuhkan Neo Santara secara perlahan-lahan, memandangkan bandar itu merupakan bandar robot sedunia. Kini, Upin dan Ipin perlu menyelesaikan masalah ini, sebelum semuanya terlambat.

Plot[]

Bahagian 1[]

Upin & Ipin ke rumah Abang Salleh untuk mengambil baju Kak Ros. Maka Abang Salleh pun menjemput Upin & Ipin untuk masuk ke rumah sambil menunggu Abang salleh untuk mencari baju Kak Ros. Rumah Abang Salleh sangat bersepah. Kemudian, Upin & Ipin terjumpa VR headset atas meja ruang tamu. Upin & Ipin pun mencuba VR headset berkenaan. Maka Upin & Ipin pun ke Neo Santara.

Di Neo Santara, Upin & Ipin berjaya menumpaskan robot-robot di Neo Santara. Kemudian, datang seekor lagi robot harimau.

Bahagian 2[]

Kemudian, Ehsan pun muncul. Ehsan memberitahu bahawa bandar Neo Santara diserang wabak demam karat.

Kemudian, Upin & Ipin terjumpa robot PINPIN (dari episod Selamatkan Neo Santara). Ehsan memberitahu bahawa robot PINPIN dijangkiti wabak semasa ditugaskan untuk mencari punca wabak.

Di makmal, Mei Mei sedang membuat ujikaji pada robot. Kemdian, Upin & Ipin pun datang bersama robot PINPIN. Upin & Ipin pun menjalankan uijikaji pada robot PINPIN di makmal. Mei Mei tutut membantu Upin & Ipin menghasilkan robot PINPIN yang baharu (versi ke-2).

PINPIN memberitahu bahawa kapsul pengecas adalah punca tersebarnya wabak demam karat. Maka Upin & Ipin pun menyuruh PINPIN untuk membawa Upin & Ipin ke kapsul pengecas yang PINPIN maksudkan.

Dalam perjalanan, Upin & Ipin melalui kedai Ayam Goreng Mail. Mail memberitahu bahawa Mail sudah tidak membuka kedai selama seminggu kerana tiada robot yang boleh menggoreng ayam. Mail juga memberitahu bahawa Mail tidak reti menggoreng ayam. Maka Upin & Ipin pun sedih sambil mengimbau kenangan dari episod Selamatkan Neo Santara.

Semasa Upin & Ipin ingin membawa kapsul pengecas balik ke makmal, sekumpulan robot pun datang untuk menghalang Upin & Ipin. Upin & Ipin pun berlawan dengan robot-robot. Tetapi Upin & Ipin berjaya ditangkap oleh robot-robot itu menggunakan jaring.

Bahagian 3[]

PINPIN pun berusaha untuk menyelamatkan Upin & Ipin. PINPIN berjaya menyelamatkan Upin & Ipin.

Di makmal, Upin & Ipin pun memberitahu kepada Ehsan bahawa kapsul pengecas adalah punca tersebarnya wabak demam karat. Ehsan pun mengesyaki bahawa Fizi adalah dalang kepada wabak ini. Maka Ehsan, Mei Mei, Upin & Ipin pun ke kilang Ehsan untuk mencari Fizi.

Kemudian, Fizi menukar robot harimau kepada robot yang jahat untuk menyerang Upin & Ipin. PINPIN berjaya menewaskan robot harimau. Kemudian, Fizi memberitahu bahawa Fizi secara tidak sengaja menyebabkan wabak demam karat. Maka Upin & Ipin pun membantu Fizi untuk memperbetulkan keadaan. Upin & Ipin berjaya menghidupkan kembali PINPIN.

Kemudian, pandangan Upin & Ipin bertukar gelap. Selepas itu, Abang Salleh telah membuka VR headset dari Upin & Ipin. Kemudian, Abang Salleh memberitahu bahawa dia sedang mereka permainan VR berdasarkan cerita Selamatkan Neo Santara mereka.

Trivia[]

  • Episod ini merupakan satu-satunya dalam episod musim ke-14 yang mana tiada intro biasa siri ditunjukkan. Bagi bahagian 1, pengenalan episod berlaku sewaktu permainan Neo Santara: Demam Karat sedang dimuatkan. Bagi bahagian lain, pengenalan episod terus berlaku tanpa intro biasa.
  • Ketika permainan ini sedang dimuatkan, beberapa fakta tentang Neo Santara didedahkan.
  • Episod ini merupakan sambungan daripada episod Selamatkan Neo Santara.

Galeri[]

Video[]

Episod_Baru_Upin_&_Ipin_Musim_14_-_Neo_Santara_-_Demam_Karat

Episod Baru Upin & Ipin Musim 14 - Neo Santara - Demam Karat


Tonton di RCTI+[]

Lihat lagi[]

Advertisement