"Ngantuknya" (tiga bahagian) merupakan episod ke-19, ke-20 dan ke-21 (episod ke-7 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-12 daripada siri Upin & Ipin.
Sinopsis[]
Dalam episod ini, Upin dan Ipin mula mengantuk disebabkan oleh main tablet sampai larut malam dan tak cukup tidur.
Plot[]
Bahagian 1[]
Upin & Ipin menyiapkan kerja sekolah tanpa bersunguh-sunguh agar dapat bermain game dalam tablet Kak Ros. Apabila mereka sedang bermain game tersebut, Kak Ros telah menyemak kerja sekolah mereka, semua jawapan yang diisi oleh Upin & Ipin salah. Kak Ros pun menyuruh mereka memperbetulkan semula semua jawapan. Apabila Upin & Ipin telah menyiapkan kerja sekolah dengan bersungguh-sungguh, masanya sudah pukul sepuluh. Pukul sepuluh adalah waktu tidur Upin & Ipin. Ipin sudah pun menguap. Pada tengah malam, level baru pada game di tablet telah unlock, maka Upin & Ipin pun bermain game di tablet bawah selimut sampai esok pagi. Apabila mereka ingin tidur, sudah pukul tujuh pagi.
Bahagian 2[]
Apabila Upin & Ipin tiba di sekolah, kawan-kawan terkejut dengan mata Upin & Ipin yang bengkak macam mata beruang panda.
Semasa Cikgu Melati menyemak kerja sekolah yang diberi kepada murid-murid, Jarjit dengan gembiranya menjawab bahawa dia terlupa nak buat kerja sekolah, maka Cikgu Melati pun mendenda Jarjit untuk berdiri di atas kerusi. Upin pula terlupa membawa buku latihan tersebut ke sekolah, maka Cikgu Melati pun mendenda Upin untuk berdiri atas kerusi juga. Ipin pula dengan gembiranya menghantar buku latihan yang salah kepada Cikgu Melati, maka Cikgu Melati juga mendenda Ipin untuk berdiri di atas kerusi. Kawan-kawan kemudiannya memberitahu Cikgu Melati bahawa Upin & Ipin tidak tidur semalam kerana bermain game di tablet sampai pagi tadi. Cikgu Melati menasihati murid-murid agar tidak mengulangi kesilapan ini.
Selepas habis sekolah, Jarjit, Upin & Ipin didenda mencuci tingkap di luar kelas. Jarjit mencuci tingkap dengan gembira dan effisien serta effektif, manakala Upin & Ipin cuci sampai tertidur di atas kerusi.
Jarjit kata dia nak pergi tangkap serangga selepas habis cuci tingkap kerana Cikgu suruh mereka membawa serangga ke sekolah esok.
Bahagian 3[]
Setelah tiba di rumah, Opah suruh Upin & Ipin pergi tidur dulu dan menasihati agar Upin & Ipin tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi.
Pada waktu petang, reban Atok terbakar. Atok lupa bayar bil air, oleh itu Atok terpaksa guna air dari rumah Upin & Ipin untuk memadamkan api. Mail, Ehsan & Fizi kemudian membantu Atok membina semula reban yang terbakar. Setelah siap dibina, kawan-kawan berlumba untuk lari sekeliling kampung. Atok menawarkan diri untuk menjadi pengadil.
Di pertengahan perlumbaan, Ehsan & Fizi berehat di gerai Uncle Muthu. Mail pula ditangkap oleh ibunya untuk balik ke gerai. Upin & Ipin pula tiba di garisan penamat (rumah Atok) tanpa menyedari bahawa hanya mereka berdua sahaja yang masih berlumba.
Pada waktu malam, Upin & Ipin baru teringat bahawa mereka terlupa untuk tangkap serangga. Kak Ros berkata kepada mereka bahawa dia akan membantu Upin & Ipin untuk menangkap serangga dengar senyuman yang sinis.
Keesokkan harinya, Upin membawa kotak makanan yang disimpan serangga. Susanti & Ehsan membawa belalang. Fizi pula terlupa untuk membawa serangga. Apabila Fizi bertanya apa serangga yang Upin bawa, Upin pun membuka kotak itu. Serangga yang Kak Ros tolong tangkap adalah lipas. Semua kawan-kawan pun menjerit ketakutan.
Galeri[]
Video[]
Tonton di RCTI+[]
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/11284/ngantuknya-bagian-1
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/11285/ngantuknya-bagian-2
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/11388/ngantuknya-bagian-3