"Nikmat" ialah episod ketiga musim pertama Upin & Ipin.
Ringkasan[]
Tiba waktunya Upin dan Ipin berbuka puasa setelah mengharungi pelbagai dugaan pada hari pertama mereka berpuasa. Memang teruja dan tidak sabar mereka berdua menunggu saat menikmati hidangan lazat sempena malam berbuka puasa. Usaha puasa mereka akhirnya berhasil apabila mereka menikmati makanan sehingga kenyang. Selepas itu, kedua-dua mereka tertidur sambil terlupa rancangan untuk ke surau.
Plot[]
Akhirnya waktu berbuka puasa pun tiba. Setelah terlena kerana keletihan pada waktu petang, Upin dan Ipin disedarkan oleh bau wangi makanan di dapur, dihidangkan sempena kali pertama mereka berdua berbuka puasa. Tetapi mereka diingatkan supaya tunggu hingga maghrib. Jadi mereka memasang televisyen semata-mata untuk menunggu azan maghrib dan pengumuman waktu berbuka puasa. Kak Ros memesan mereka supaya tidak perlu tonton dekat dengan kaca televisyen semata-mata untuk itu, sebaliknya pergi ke dapur untuk bersiap sedia berbuka.
Azan maghrib sudah kedengaran, tiba masanya untuk berbuka puasa. Sebelum mereka sempat menyentuh makanan, Upin dan Ipin dipesan oleh Opah supaya membaca doa buka puasa dahulu. Mereka berdua pun mengucapkan doa, tetapi terlalu cepat. Opah menegur kesilapan mereka bahawa cara doa mereka umpama "doa orang lapar", kemudian memesan mereka supaya membaca doa itu betul-betul. Walaupun tengah berdoa dengan cara yang betul, Ipin pula mengambil kesempatan mencuri makan ayam goreng di hadapannya, tetapi dihalang oleh Kak Ros.
Setelah selesai berdoa, Upin minum air, manakala Ipin pula terus menyentuh ayam goreng. Opah memesan Ipin supaya minum air dahulu, kemudian mengajak mereka makan buah kurma sebelum memakan benda-benda lain di atas meja makan. Maka demikianlah yang dibuat oleh mereka berdua. Kak Ros mengambil kesempatan untuk mengusik Ipin dengan ayam goreng, sehingga ditegur oleh Opah. Kak Ros mengingatkan mereka bahawa masih ada sebulan lagi untuk menunaikan kewajipan berpuasa.
Selepas makan, Opah bersiap untuk ke surau untuk berterawih. Upin dan Ipin merayu Opah untuk membenarkan mereka ikut sekali, tetapi selepas Opah bersiap, adik-beradik kembar itu tertidur atas lantai kerana keletihan.
Video[]