"Bapak pun kena" |
Pak Belalang merupakan watak yang muncul dalam filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Dia berperanan sebagai ahli nujum kerajaan selain menjadi pembawa utusan kerajaan luar kepada Inderaloka, sepertimana yang ditunjukkan dalam babak credit scene.
Rupa[]
Dari segi pemakaiannya, dia memakai pakaian berasaskan warna ungu. Dia akan memakai pakaian yang berwarna ungu di kesemua bahagian baju kecuali seluar. Bahagian baju dalamnya berwarna ungu cerah manakala ves dan tanjaknya pula berwarna ungu gelap. Bajunya pula bersulam warna emas.
Manakala dari segi rupa fizikal pula, dia memiliki ketinggian yang amat rendah. Saiz badannya pula sederhana. Dia menyimpan janggut yang menutupi bahagian dagunya. Manakala rambutnya pula botak di bahagian tengah, dengan sedikit rambut tersimpan di bahagian tepi.
Perwatakan[]
Dari segi perwatakan pula, dia seorang yang cemerkap. Ditambah pula dengan ketinggiannya, dia seringkali tersandung kaki, menyebabkan gerakannya sedikit terganggu. Dia juga seorang yang gelabah, lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Apabila dia dalam sesuatu masalah, dia juga akan cepat panik dan kadang-kadang akan melakukan sesuatu keputusan dengan terburu-buru.
Sebagai seorang bapa, dia juga risau akan keselamatan anaknya. Ada kalanya dia sendiri yang akan berdepan bahaya, semata-mata mahu melindungi Belalang.
Trivia[]
- Tidak seperti watak-watak lain, Pak Belalang merupakan watak yang tidak diambil dari cerita dongeng masyarakat Melayu.
- Watak Pak Belalang wujud sebagai satu tanda penghormatan ke atas Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee yang pernah melakonkan watak ini dalam filem Nujum Pak Belalang, 60 tahun sebelum Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal ditayangkan.
- Meskipun dia merupakan pembesar kerajaan, Pak Belalang memutuskan untuk tinggal di kawasan paya bersama dengan anaknya. Dia mahu memastikan yang anaknya selamat dari ancaman bahaya Raja Bersiong.
Watak-watak | |
---|---|
Watak Utama | Upin | Ipin | Ros | Opah | Tok Dalang | Mei Mei | Ehsan | Fizi | Jarjit | Mail | Susanti | Izham |
Watak Berulang | Dzul | Ijat | Devi | Nurul | Jasmin | Melati | Muthu | Ah Tong | Salleh | Rembo | Sapy |
Watak Pendukung | Azzarudin | Badrol | Nurul binti Ahmad | Rajoo | Roy | Tiger |
Watak Harian | Apin | Ara | Fathiah | Hamzah | Doktor Ravi | Ultraman Ribut |
Watak dalam Geng: Pengembaraan Bermula | Lim | Oopet | Pak Mail | Singh |
Watak dalam Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal | Pak Belalang | Mak Deruma | Mat Jenin | Nakhoda Ragam | Raja Bersiong |