Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Patuk Kau!" (tiga bahagian) merupakan episod ke-25, ke-26 dan ke-27 (episod ke-9 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-10 daripada siri Upin & Ipin. Episod ini bertemakan ular.

Sinopsis[]

Kes penemuan ular menjadi-jadi di Kampung Durian Runtuh. Lebih-lebih lagi Tok Dalang yang dipatuk ular, hingga menyebabkan kanak-kanak menyangka Tok Dalang menjadi manusia luar biasa dengan kuasa ular!

Plot[]

Bahagian 1[]

Rumah Upin dan Ipin digemparkan oleh kehadiran seekor ular berwarna hijau yang dijumpai oleh Ros di bilik air. Opah memesan Upin dan Ipin untuk menghubungi bomba, padahal ular tersebut menyusur keluar dari rumah melalui pintu dapur.

Upin dan Ipin mahu menangkap ular itu, tetapi disuruh biarkan oleh orang tua. Seketika kemudian datangnya ambulans untuk mengangkat mangsa patukan ular. Hal ini menjadi buah mulut di tadika keesokan hari di mana Ehsan bercerita bahawa Tok Dalang mungkin menjadi superhero dengan patukan ular itu gara-gara terpengaruh oleh cerita seumpamanya yang mana ada hero mendapat kuasa daripada gigitan labah-labah.


Bahagian 2[]

Upin dan Ipin melawat Tok Dalang yang berbalut di kaki dan bertongkat. Mereka menyedari di tangan Tok Dalang ada tompok hijau, sama warna dengan ular yang masuk rumah mereka semalam, lalu bertambah kuatlah sangkaan mereka bahawa Tok Dalang sudah berubah lalu berpesan sedemikian kepada kawan-kawan lain yang datang.

Sebaik sahaja budak-budak meminta Tok Dalang menunjukkan kuasa ular, tiba-tiba kawasan reban ayam riuh diserang ular besar. Tok Dalang meminta budak-budak jangan mendekati ular, mengunci reban dan memanggil bomba. Maka pasukan bomba cepat tiba untuk mengeluarkan ular itu dengan mudah. Setelah itu, Tok Dalang berehat bersama budak-budak sambil menerangkan bahawa ular tadi ular sawa yang tidak mematuk tetapi mencekik mangsa, oleh itu jangan dibawa bermain-main. Jarjit mengulangi pesan bomba kepada Tok Dalang supaya membersihkan halaman rumah.

Bahagian 3[]

Keesokan harinya, Upin dan Ipin menolong mengemaskan halaman rumah Tok Dalang untuk mencegah kejadian ular. Pada masa inilah mereka menyedari bahawa tompok hijau Tok Dalang datang dari pasu bunga yang baru dicat. Ketika berehat sama-sama, Tok Dalang menerangkan kepada budak-budak bahawa cuaca panas adalah masa untuk mengawasi kejadian ular di rumah kerana ular gemar tempat lembab. Tambahnya, kemasukan ular boleh dicegah dengan memasang palang dasar pintu dan menaruhkan belerang di keliling rumah.

Idea ini membuat Upin dan Ipin kembali ke rumah mereka untuk memesan Opah, tetapi Opah berkata belerang tidak sesuai dengan tanah halaman rumah. Tambahan pula mereka membincangkan dan meratapi berita kejadian budak sebaya Upin dan Ipin dipatuk ular baru-baru ini. Akhirnya Opah berpesan bahawa ular tidak menyerang manusia melainkan terasa diancam.

Upin dan Ipin hairan mengapa ular sawa tidak berbisa, maka Ros mengambil kesempatan untuk menceritakan kisah ular sawa yang pernah berbisa tetapi akhirnya meluah-luahkan bisanya setelah gagal mempertahankan tempat tinggalnya dari ancaman manusia. Setelah terbongkar bahawa kisah itu dongeng, Upin dan Ipin membalas dengan melontarkan ular tedung mainan untuk menyakat kakak mereka.

Trivia[]

  • Cerita Lalabah yang diberitahu oleh Ehsan sewaktu bersama kawan-kawan di sekolah merupakan ilham daripada adiwira terkenal Spiderman.

Video[]

Promo_&_Teaser_-_Upin_&_Ipin_Musim_10_-_Patuk_Kau!

Promo & Teaser - Upin & Ipin Musim 10 - Patuk Kau!


Tonton di RCTI+[]

Advertisement