"Penjaga Baru" (tiga bahagian) merupakan episod ke-25, ke-26 dan ke-27 (episod ke-10 mengikut kiraan tajuk cerita) dalam musim ke-14 daripada siri Upin & Ipin.
Sinopsis[]
Tok Dalang diamanahkan oleh Opah untuk menjaga Upin dan Ipin, susulan dia dan Kak Ros perlu ke bandar atas urusan penting. Sepanjang mereka berdua dijaga oleh Tok Dalang, banyak aktiviti yang dilakukan bersama, pagi atau petang, siang atau malam.
Plot[]
Bahagian 1[]
Kak Ros menemani Opah ke bandar. Oleh itu, Upin & Ipin akan tinggal bersama Atok. Atok ingin membawa Upin & Ipin untuk memancing ikan. Apabila tibanya di sungai, air sudah surut. Maka, Atok pun mengajar Upin & Ipin untuk menangkap siput belitung. Semasa mereka sedang menangkap siput, terdapat banyak nyamuk. Upin & Ipin berjaya menangkap banyak siput.
Setibanya di rumah selepas menangkap siput, Atok menyuruh Upin & Ipin untuk pergi mandi. Tetapi Upin & Ipin tidak berjaya untuk mandi kerana Upin & Ipin tidak berjaya menjumpai bilik mandi di dalam rumah Atok. Kemudian, Atok pun menunjukkan bahawa bilik mandi terdapat di luar rumah. Upin & Ipin takut untuk ke bilik air kerana kelihatan sangat jauh dari rumah.
Bahagian 2[]
Upin & Ipin makan malam bersama Atok di anjung rumah Atok. Makan malam tiada ayam goreng. Hanya ada ikan goreng. Opah ada menelepon dan memberitahu bahawa Opah hanya akan pulang pada hari lusa.
Semasa Upin & Ipin sedang menyiapkan kerja sekolah, Atok mengajak Upin & Ipin untuk ke dusun untuk mengutip durian. Atok belanja Upin & Ipin makan durian kucing tidur.
Bahagian 3[]
Selepas pulang dari dusun, Upin & Ipin terus tidur kerana kepenatan.
Keesokkan paginya, Upin & Ipin bersama Atok untuk ke surau untuk sembayang subuh.
Upin & Ipin juga menolong Atok menyusun durian.
Upin & Ipin juga menolong Atok menangkap semula siput-siput yang telah menyerang dapur Atok.
Selepas itu, Atok mengajar Upin & Ipin membuat tempoyak.
Kemudian, Upin & Ipin cuba untuk menangkap ayam, tetapi tidak berjaya. Maka tiadalah hidangan ayam goreng.
Atok masak siput untuk makanan tengah hari. Pada mulanya, Upin & Ipin tidak ingin mencuba hidangan siput, tetapi menyukainya kemudian.
Pada waktu petang, semasa Upin & Ipin sedang menunggu panggilan telepon dari Opah, Opah & Kak Ros sudahpun datang menjemput Upin & Ipin untuk pulang ke rumah.
Upin & Ipin juga mengaku bahawa mereka belum menyiapkan kerja sekolah. Upin & Ipin juga memberitahu bahawa mereka belajar banyak semasa tinggal bermasa Atok.
Pada mulanya, Atok merindui riuh-rendah di rumahnya. Tetapi apabila Atok menyedari bahawa rumahnya tunggang-langgang, Atok menyatakan bahawa tinggal seorang, lagi seronok.
Trivia[]
- Babak ketika Upin sedang mencari bilik air di rumah Tok Dalang diambil daripada babak ketika Lim sedang mencari bilik yang sama dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula.
Galeri[]
Video[]
Tonton di RCTI+[]
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/19372/penjaga-baru-bagian-1
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/19373/penjaga-baru-bagian-2
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/19374/penjaga-baru-bagian-3