Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Pensel Ajaib" (tiga bahagian) merupakan episod ke-25, ke-26 dan ke-27 (episod ke-9 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-12 daripada siri Upin & Ipin.

Sinopsis[]

Pensel ajaib dimana lukisan yang dilukis menggunakan pensel itu menjadi nyata (hidup).

Plot[]

Bahagian 1[]

Semasa Upin & Ipin sedang bermain dengan kereta mainan, Upin & Ipin terjumpa anak burung yang jatuh dari pokok. Upin pun meletakkan anak burung kembali ke sarangnya. Pada waktu yang sama, Upin jumpa pensel ajaib dalam sarang burung itu. Upin pun mengambil pensel itu, lalu menyimpan pensel itu ke dalam poketnya.

Di rumah, semasa Upin & Ipin sedang melukis di dalam bilik, Upin ingin meminjam sebatang pensel dari Ipin, tetapi Ipin tidak meminjam kepada Upin, maka Upin pun mengeluarkan pensel yang dijumpainya tadi dari sarang burung. Upin melukis seekor ikan. Tiba-tiba ikan itu hidup, bergerak-gerak. Hanya Upin & Ipin sahaja yang nampak ikan itu hidup & bergerak-gerak. Upin & Ipin sangat takut melihat ikan itu hidup. Ipin pun melukis lagi seekor ikan dan ikan itu pun menjadi hidup. Upin & Ipin pun menangkap ikan itu dan kemudiannya membawa ikan itu ke bilik air. Apabila diletakkan ikan itu ke kolam mandi, ikan itu hilang. Air kolam pula menjadi hitam. Upin & Ipin pun menawarkan diri untuk mencuci kolam mandi. Kak Ros pun menyuruh mereka membersihkan kolam dengan membuang air yang kotor dulu. Selepas habis cuci, Upin menyuruh Ipin membawa pensel ajaib itu ke bilik mandi agar mereka boleh main lagi. Ipin pun menurut kata Upin. Upin & Ipin melukis lagi pelbagai lukisan di bilik mandi. Semua yang dilukis menjadi nyata. Mereka bermain lama-lama dalam bilik air. Kak Ros pun datang untuk marah mereka.

Bahagian 2[]

Hanya Upin & Ipin sahaja yang boleh nampak lukisan pensel ajaib itu menjadi nyata. Kak Ros tak nampak.

Kak Ros kemudian menggunakan pensel ajaib itu untuk melukis orang lidi. Orang lidi itu menjadi hidup selepas Kak Ros keluar dari bilik Upin & Ipin. Orang lidi itu pun keluar dari rumah bersama Upin & Ipin untuk membantu Kak Ros menyapu daun-daun di atas lantai. Semasa Upin berebut penyapu dengan orang lidi, Kak Ros rasa Upin telah gila kerana bercakap seorang diri. Opah nampak penyapu menyapu dengan sendiri, Opah pun terkejut. Opah pandang sekali lagi, Opah nampak Upin & Ipin pula sedang menyapu. Orang lidi membantu Upin & Ipin mengemas daun-daun yang bertaburan merata-rata. Upin & Ipin haus, jadi orang lidi tolong ambilkan air untuk Upin & Ipin. Malangnya apabila orang lidi sampai di tangga anjung rumah, dia tergelincir, jadi air pun tertumpah. Tangan orang lidi pun hilang, jadi Upin lukis semula tangan untuk orang lidi.

Upin & Ipin membawa orang lidi untuk berjumpa dengan kawan-kawan. Semua orang boleh nampak orang lidi. Kawan-kawan pun pinjam pensel ajaib itu untuk melukis. Upin mendedahkan bahawa untuk menghilangkan lukisan itu, hanya perlu sembur air. Mail jahat, Mail menghilangkan lukisan bunga Susanti dengan air. Mei Mei pula melukis bunga dengan pensel ajaib lalu mewarna bunga itu dengan pensel warna biasa. Lepas disembur air oleh Mail, lukisan itu tidak hilang. Maka kawan-kawan pun faham bahawa lukisan tidak akan hilang jika ia mempunyai warna.

Bahagian 3[]

Fizi melukis awan ribut dengan kilat dan telah mewarnakan lukisan itu. Lukisan itu pun mengejar Upin , Ipin dan kawan-kawan. Upin menyembur lukisan itu dengan air untuk menghilangkanya, malangnya awan hitam itu bertambah dengan lebih banyak.

Mei Mei & Mail pula melukis matahari yang terang, lalu menghalau awan yang ganas tadi.

Fizi pula memberitahu tadi dia ada lukis kapal UFO. Apabila makhluk asing itu keluar dari kapal angkasa, dia tak ada kaki, Fizi pun gelak pada makhluk asing itu. Makhluk asing itu sangat marah, lalu menyerang kawan-kawan. Orang lidi pun menolong Upin & Ipin untuk menangkap makhluk asing itu. Akhirnya orang lidi & makhluk asing itu dilanggar lori lalu matilah orang lidi bersama makhluk asing itu.

Apabila di rumah, Upin & Ipin menceritakan kejadian hari ini kepada Opah dan Kak Ros. Pada waktu yang sama, Opah dan Kak Ros sedang menyapu losen pada tangan masing-masing. Botol losen tangan itu berbentuk tangan manusia. Opah dan Kak Ros rasa Upin & Ipin sangat kreatif kerana boleh berimaginasi.

Apabila Opah minta untuk melihat pensel itu, Upin & Ipin memberitahu bahawa pensel itu telah patah. Dah tak boleh nak lukis lagi, apa lagi jika ingin tunjuk pensel itu kepada Opah.

Galeri[]

Video[]

Kompilasi_Upin_&_Ipin_Musim_12

Kompilasi Upin & Ipin Musim 12


Tonton di RCTI+[]

Lihat lagi[]

Advertisement