FANDOM



"Amalkan penjarakan sosial, patuhi Perintah Kawalan Pergerakan, duduk di rumah!"
— Pesanan televisyen mengenai Perintah Kawalan Pergerakan


"Perintah Kawalan Pergerakan" (dua bahagian) merupakan episod ke-8 dan 9 (episod keempat mengikut kiraan tajuk cerita) dalam musim ke-14 daripada siri Upin & Ipin.

Sinopsis

Upin & Ipin bersama keluarga menghadapi kehidupan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bagi mencegah penularan wabak COVID-19. Apakah yang boleh dilakukan oleh kembar ini apabila tidak dibenarkan keluar rumah?

Plot

Kak Ros sedang menyiapkan kerja sekolahnya walaupun tidak ke sekolah. Upin & Ipin pula bermain hari-hari kerana tidak perlu ke sekolah pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Upin & Ipin sangat bising, maka KaK Ros pun memakai fon kepala sambil mendengar lagu dari telefon bimbitnya kuat-kuat. Kak Ros pun sangat marah kerana Upin & Ipin mengganggu tumpuan Kak Ros menyiapkan kerja sekolahnya.

Apabila Opah menyuruh Kak Ros pergi membeli barang keperluan harian, Upin & Ipin pun ingin ikut Kak Ros untuk pergi membeli barang. Upin & Ipin bersedia untuk keluar rumah sambil memakai pelitup muka. Upin & Ipin dihalang olah Kak Ros untuk keluar bersamanya kerana arahan kerajaan adalah hanya membenarkan seorang sahaja dari setaip keluarga untuk keluar dari rumah untuk membeli barang keperluan harian semasa musim PKP. Maka, Upin & Ipin pun sedih.

Sambil itu, Opah pun bercerita tentang virus COVID-19 kepada Upin & Ipin di anjung rumah sambil menikmati cokodok.

Apabila Opah habis bercerita, Upin & Ipin pun menjawab panggilan telefon dari Ehsan yang mengajak Upin & Ipin untuk keluar bermain. Upin & Ipin menolak pelawaan Ehsan.

Apabila Kak Ros pulang dari rumah selepas membeli barang keperluan harian, Opah menyuruh Kak Ros untuk mandi dan menukar pakaiannya dahulu. Kak Ros pun menurut. Kak Ros membeli banyak barang dapur agar tidak perlu keluar dari rumah hari-hari.

Semasa di ruang tamu, Opah memberitahu pendapatan mereka berkurang semasa musim PKP kerana Opah tidak dapat keluar untuk menoreh getah. Kak Ros pun memberitahu bahawa mereka boleh menjual nasi lemak secara dalam talian. Tempahan Nasi Lemak Opah telah mencecah 30 pesanan.

Kak Ros pun mengajar Upin & Ipin untuk memasak nasi lemak. Tetapi sebelum itu, Upin & Ipin perlu membasuh tangan sampai bersih. Kemudian, Upin & Ipin pun memasak lagi seperiuk nasi lemak.

Kemudian, Kak Ros memberitahu bahawa kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Upin & Ipin pun bertanya kepada Opah adakah Upin & Ipin dibenarkan keluar rumah pada musim PKPB, tetapi Opah memberitahu bahawa Upin & Ipin masih tidak boleh keluar rumah pada musim PKPB. Kak Ros juga mengingatkan Opah agar tidak keluar rumah juga kerana Opah adalah warga emas. Opah juga berkata "just stay at home" sambil gelak.

Kemudian, Mail pun datang. Mail datang untuk menghantar daun pisang kepada Kak Ros. Mail membawa pembaris satu meter agar terdapat penjarakan sosial. Mail memberi daun pisang kepada Kak Ros menggunakan bakul.

Kemudian, apabila Upin & Ipin bertanya kepada Kak Ros tentang cara Upin & Ipin dapat mengamalkan penjarakan sosial, Kak Ros pun melekatkan belon satu meter atas topi Upin & Ipin agar mereka juga boleh mengamalkan penjarakan sosial satu meter. Apabila Upin & Ipin pun ingin melekatkan belon satu meter pada Kak Ros juga, tetapi Kak Ros menolak.

Trivia

  • Di telefon Kak Ros, 12 Feb adalah hari Khamis. Besar kemungkinan adalah 12 Feb 2015.
    • Tetapi musim Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia bermula 18 Mac 2020.
    • Kemungkinan besar tempoh masa dalam episod ini ialah sekitar 18 Mac sehingga 31 Disember 2020 (tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia).
  • Bahagian kedua episod ini diambil pada tarikh 3 Mei 2020 kerana pengumuman di televisyen menunjukkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula pada keesokannya (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan di Malaysia pada 4 Mei 2020).
  • Ini merupakan kali pertama episod Upin & Ipin terpecah kepada hanya dua bahagian sejak episod Sapy Oh Sapy pada musim ketiga, tahun 2009.
  • Di Indonesia, episod ini juga dikenali dengan nama "Siaga Corona" memandangkan istilah Perintah Kawalan Pergerakan tidak digunakan di sana.
  • Ini merupakan episod ketiga di mana watak dalam siri memakai pelitup muka. Yang pertama ialah Diri Bersih Badan Sihat, musim ketiga dan yang kedua ialah Bahaya Jerebu, musim ketujuh.
  • Episod ini juga merupakan episod ketiga yang menyentuh isu penularan virus (episod ini menyentuh wabak COVID-19). Yang pertama ialah Diri Bersih Badan Sihat, musim ketiga (mengenai H1N1), dan yang kedua ialah Hapuskan Virus, musim ke-11 (mengenai pelbagai virus berjangkit dan pemvaksinan).

Galeri

Video

Episod Baru Upin & Ipin Perintah Kawalan Pergerakan

Episod Baru Upin & Ipin Perintah Kawalan Pergerakan

Upin & Ipin Musim 14 - Perintah Kawalan Pergerakan (Episod Penuh)

Upin & Ipin Musim 14 - Perintah Kawalan Pergerakan (Episod Penuh)


Lihat lagi

Community content is available under CC-BY-SA unless otherwise noted.