"Pertolongan Cemas" (tiga bahagian) merupakan episod ke-16, ke-17 dan ke-18 (episod ke-7 mengikut kiraan tajuk cerita) dalam musim ke-14 daripada siri Upin & Ipin.
Plot[]
Bahagian 1[]
Jarjit terjumpa peti pertolongan cemas di atas meja guru. Kemudian, Cikgu Melati pun mengajar murid-murid tentang peti pertolongan cemas. Hanya Mei Mei dan Susanti yang tahu tentang peti pertolongan cemas. Kemudian, Ehsan juga memberitahu bahawa Ehsan ada peti pertolongan cemas di rumahnya.
Kemudian, semua murid-murid bersenam aerobik bersama Cikgu Tiger.
Setelah selesai bersenam, Mei Mei pun menceritakan kepada Upin & Ipin kandungan dalam peti pertolongan cemas. Kemudian, Mail pun ingin menjual 2 plaster seringgit. Mei Mei pun berkata plaster Mail mahal.
Tiba-tiba, Ehsan terjatuh. Kemudian, Ehsan pun menangis teresak-esak. Upin pun mengambil plaster dari Mail untuk merawat luka Ehsan. Mei Mei pun menggelar Mail sebagai "peti pertolongan cemas bergerak". Semua kawan-kawan pun gelak terbahak-bahak.
Bahagian 2[]
Di meja makan, Upin & Ipin berebut paha ayam. Opah telah mengambil sebelah paha ayam. Maka Upin & Ipin pun berebut paha ayam yang tertinggal sebelah. Upin kemudian pun berkongsi paha ayam bersama Ipin.
Opah memberitahu bahawa jarinya pedih kerana terkena pisau tadi. Opah pun menunjukkan kepada Upin & Ipin peti pertolongan cemas miliknya. Peti pertolongan cemas Opah adalah dalam bakul. Apabila Upin & Ipin ingin mencari plaster, Opah memberitahu bahawa mungkin plaster telah habis kerana Upin & Ipin tidak berjaya menjumpa plaster di dalam bakul Opah. Opah pun memberitahu bahawa Kak Ros juga mempunyai peti pertolongan cemas.
Kemudian, Upin & Ipin pun ingin bertanya kepada Kak Ros tentang peti pertolongan cemas Kak Ros, tetapi Ipin tersilap kata "peti ais". Upin & Ipin ingin melihat kandungan dalam peti pertolongan cemas. Kak Ros pun membawa peti pertolongan cemas miliknya turun dari almari untuk tunjuk kepada Upin & Ipin.
Bahagian 3[]
Kemudian, Upin pun merawat luka Opah dengan plaster. Upin pun menggantikan peti kecemasan Opah dengan peti kecemasan Kak Ros.
Upin & Ipin mengajak Mei Mei dan Susanti untuk bermain di rumah Upin & Ipin. Upin & Ipin ingin mengambil peti pertolongan cemas semasa Kak Ros sedang tidur di ruang tamu. Tetapi Kak Ros terbangun dari tidur. Kemudian Kak Ros pun menyimpan peti pertolongan cemas miliknya semula ke dalam biliknya. Ini adalah untuk mengelak Upin & Ipin bermain dengan peti pertolongan cemas milik Kak Ros. Upin & Ipin pun sedih.
Semasa Susanti dan Mei Mei sedang bermain masak-masak di anjung rumah Upin & Ipin, Susanti pura-pura cedera. Maka Mei Mei pun merawat luka Susanti. Kak Ros memuji balutan Mei Mei yang kemas.
Kemudian, Ipin mendapati bahawa tangan Kak Ros luka. Maka Ipin pun meminta plaster dari Mei Mei. Tetapi plaster milik Mei Mei sudah habis. Kak Ros pun memberitahu Upin & Ipin untuk mengambil plaster dari peti pertolongan cemas milik Kak Ros yang disimpan bawah katil.
Kemudian, Kak Ros memberi peti pertolongan cemas kepada Upin & Ipin agar Upin & Ipin dapat bermain sambil belajar dengan peti pertolongan cemas milik Upin & Ipin.
Galeri[]
Video[]
Tonton di RCTI+[]
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/16999/pertolongan-cemas-bagian-1
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/17000/pertolongan-cemas-bagian-2
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/17001/pertolongan-cemas-bagian-3