"Perut Ehsan" (tiga bahagian) merupakan episod ke-31, ke-32 dan ke-33 (episod ke-11 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-13 daripada siri Upin & Ipin.
Sinopsis[]
Dalam episod ini, Ehsan sakit perut sebab makan terlalu banyak rambutan. Upin, Ipin & kawan-kawan belajar tentang sistem penghadaman bersama Cikgu Melati.
Plot[]
Bahagian 1[]
Upin dan Ipin menolong Tok Dalang memetik rambutan dengan galah bergunting, tetapi Ehsan pula mengambil kesempatan untuk makan rambutan sebanyak mungkin tanpa mengajak yang lain makan sekali. Keesokan harinya, Ehsan mengadu sakit perut di tadika gara-gara menelan-nelan biji rambutan semalam.
Bahagian 2[]
Cikgu Melati mengajak murid-murid untuk "memasuki perut Ehsan" dengan menggunakan imaginasi di mana mereka akan mengenali sistem penghadaman serta mencari biji rambutan di dalam perut Ehsan. Di dalam perut, mereka mendapati bahawa makanan tidak hancur kerana Ehsan kurang mengunyah.
Bahagian 3[]
Upin, Ipin dan rakan-rakan sekelas mengakhiri perjalanan melalui sistem penghadaman melalui usus-usus kecil dan besar dan akhirnya keluar melalui pintu dubur. Ehsan berjaya melegakan sakit perutnya dengan cara yang sungguh tidak menyenangkan.
Trivia[]
- Tema dan jalan cerita episod ini menyerupai cerita dalam siri buku dan animasi Amerika Syarikat, The Magic School Bus.
- Ini merupakan episod ke-11 dalam turutan MNCTV dan episod ke-9 (25, 26, 27) dalam turutan Astro Prima.
Galeri[]
Video[]
Tonton di RCTI+[]
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/6820/perut-ehsan-bag-1
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/6821/perut-ehsan-bag-2
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/6822/perut-ehsan-bag-3
- https://www.rctiplus.com/programs/1052/upin-ipin-berkelana-masuk-ke-perut-ehsan/episode/18402/upin-ipin-berkelana-masuk-ke-perut-ehsan