"Pesta Pantun" (tiga bahagian) merupakan episod ke-28, ke-29 dan ke-30 (episod ke-10 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-11 daripada siri Upin & Ipin. Episod ini ditayang pada pukul 7.30 malam.
Plot[]
Bahagian 1[]
Kak Ros sedang mendeklamasi pantun. Jarjit, Mei Mei & Susanti sangat terpegun dengan pantun yang dideklamasikan oleh Kak Ros. Upin & Ipin pun memberitahu Kak Ros bahawa Jarjit adalah kawan mereka yang suka berpantun, tetapi pantun Jarjit selalu hanya pantun dua kerat.
Kemudian, Kak Ros memberi teka-teki secara berpantun (pantun teka-teki) kepada Opah. Opah dapat jawab kedua-dua teka-teki Kak Ros dengan pantas dan betul. Jawapan pertama adalah, semut. Jawapan kedua adalah, belon. Opah menjawab teka-teki Kak Ros juga secara berpantun. Kak Ros juga mengumumkan bahawa dia akan menyertai perlawanan berbalas pantun antara kelas di sekolahnya.
Ehsan, Fizi, Mail dan Jarjit sedang berlawan gusti berkaki satu. Tiba-tiba Mei Mei muncul dan memeranjatkan mereka dengan mengumumkan bahawa Mei Mei juga ingin bermain bersama mereka. Susanti juga muncul dan ingin main bersama, tetapi Mail menghalang. Oleh itu, Mei Mei dan Susanti bermain sendiri bergusti berkaki satu. Tetapi kedua-dua mereka jatuh. Pada masa yang sama, Upin & Ipin datang menyertai Ehsan, Fizi, Mail dan Jarjit.
Bahagian 2[]
Mei Mei jatuh dan mencederakan kaki kanannya. Mail & Susanti pun memimpin Mei Mei untuk berehat di pondok. Upin minta Jarjit untuk pinjamkan buku pantun milik Jarjit. Upin ingin pinjam untuk membaca pantun teka-teki. Kemudian Jarjit mendeklamasi satu pantun teka-teki agar kawan-kawan boleh teka. Fizi meneka jawapannya adalah donat, tetapi Jarjit kata itu bukan jawapannya. Kawan-kawan pun berusaha untuk meneka jawapan yang betul. Tetapi setelah semua orang cuba meneka dan meneka, mereka akhirnya putus asa. Apabila kawan-kawan minta Jarjit untuk memberitahu jawapan sebenar untuk teka-tekinya, Jarjit memberitahu bahawa jawapannya adalah rahsia. Semua orang oun terkejut. Tapi kawan-kawan salah faham, mereka ingat Jarjit masih tidak ingin mendedahkan jawapan sebenar. Tetapi selepas Upin & Ipin menjelaskan kepada kawan-kawan, barulah kawan-kawan mempercayai bahawa jawapan Jarjit yang sebenar, memang adalah rahsia dan bukanlah Jarjit ingin merahsiakan jawapan yang sebenar.
Dalam perjalanan pulang, Upin & Ipin & Jarjit bertemu dengan Sapy. Jarjit pun berpantun lagi. Ipin pun bertanya kepada Jarjit, bagaimanakah Jarjit boleh minat berpantun. Jarjit pun memberitahu bahawa pada suatu hari, semasa Jarjit sedang bermain bola di padang, semasa bola terjatuh di longgokkan sampah-sarap, Jarjit menemui sebuah buku pantun. Buku pantun itu mempunyai tiga jenis pantun, pantun nasihat, pantun jenaka dan pantun teka-teki. Sejak itulah Jarjit minat berpantun. Jarjit selalu membawa buku itu ke mana-mana sahaja.
Pada waktu malam, Upin & Ipin mendeklamasikan pantun jenaka kepada Opah dan Kak Ros. Kemudian, Upin & Ipin menunjukkan buku pantun yang mereka pinjam dari Jarjit kepada Kak Ros. Kak Ros pun memberitahu bahawa Kak Ros ingin pinjam buku itu selapas Upin & Ipin habis baca buku pantun tersebut.
Bahagian 3[]
Apabila tiba di sekolah, Upin & Ipin memberitahu Jarjit bahawa terdapat satu halaman pada buku pantun itu sudah terkoyak. Jarjit sangat sedih. Upin & Ipin menyangka bahawa Jarjit tidak tahu bahawa terdapat mukasurat yang sudah terkoyak. Tetapi Jarjit memberitahu bahawa Jarjit sedih kerana dia tidak tahu jawapan kepada teka-teki tersebut.
Pantun teka-teki tersebut adalah seperti berikut:
- Budak jalan terjengket-jengket,
- Berjalan hingga ke Kuala Lumpur,
- Warna putih berderet-deret,
- Pagar di dalam dinding di luar.
Di gerai Uncle Muthu, Upin & Ipin & Jarjit datang untuk bertanya kepada Atok tentang jawapan kepada pantun teka-teki tersebut. Uncle Ah Tong memberitahu mereka bahawa Atok adalah Raja Pantun. Atok telah memenangi pelbagai piala pantun seperti, pantun nasihat, pantun jenaka, pantun agama, pantun adat, pantun orang muda dan pantun teka-teki. Uncle Muthu pun menghidangkan mee gorengnya kepada Atok dan Uncle Ah Tong. Kemudian, Upin & Ipin mengajak Abang Salleh yang berada di meja sebelah untuk menyertai mereka di meja Atok. Abang Salleh pun mendeklamasikan satu pantun tekai-teki kepada Upin & Ipin. Upin pun menjawab sambil berpantun, jawapannya adalah umur. Jawapan Upin betul. Apabila Ipin bertanya kepada Upin, bagaimanakah Upin tahu jawapan kepada teka-teki tersebut, Upin menjawab bahawa Upin pernah baca pantun tersebut dari buku Jarjit. Kemudian, Jarjit mendeklamasikan pantun teka-teki itu kepada semua. Tetapi Jarjit telah menukar kerat pertama & kerat kedua, dan hanya mengekalkan kerat ketiga & kerat keempat. Semua orang menunggu jawapan kepada teka-teki tersebut dari Atok. Atok pun menjawab sambil berpantun. Atok memberitahu bahawa jawapannya adalah gigi dalam mulut sambil menunjukkan gigi palsunya yang di keluarkan dari mulut. Upin, Ipin dan Jarjit, pun lari ketakutan.