Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Ragam Ramadhan" (tiga bahagian) merupakan episod pertama, ke-2 dan ke-3 (episod pertama mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-14 daripada siri Upin & Ipin.

Sinopsis[]

Bulan Ramadhan kembali lagi. Kali ini, Upin, Ipin, dan kawan-kawan seperti biasa menjalani ibadah puasa. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi mengisi masa lapang dan merebut ganjaran pahala.

Plot[]

Bahagian 1[]

Esok dah nak mula puasa. Kak Ros pun berkata Upin & Ipin selalunya tidak akan pergi solat terawih pada hari pertama kerana tiada moreh. Semasa Upin & Ipin ingin membaca niat puasa kepada Opah, Opah menyuruh Upin & Ipin pergi mandi. Upin & Ipin pun menurut.

Semasa ke surau untuk solat, Fizi memanggil Upin & Ipin untuk bertemu bersama Ehsan dan Mail di tepi surau. Mail pun tunjuk kepada kawan-kawan gasing beybladenya yang baru dan hebat.

Apabila mereka masih leka bermain Kak Ros menyuruh semua untuk masuk ke surau. Sambil itu, bunyi guruh berkumandang. Hujan pun mula turun.

Semasa solat, hujan turun dengan lebat. Air hujan telah membasahi anjung surau. Ipin menyedari seliparnya sudah basah. Selipar semua orang juga dihanyutkan oleh air hujan. Upin, Ipin, Fizi, Ehsan dan Mail pun mengambil semula selipar sendiri. Sambil itu, baju mereka sudah basah kuyup kerana tergelincir ketika mengutip selipar sendiri. Kemudian, Upin, Ipin, Fizi, Ehsan dan Mail pun bermain dengan selipar di longkang yang mengelilingi surau sambil dibasahi oleh hujan. Mereka kejar-kejar dengan selipar sendiri yang dihanyutkan / diapungkan di longkang.

Apabila hujan sudah reda, tibalah masanya untuk pulang ke rumah, tetapi Upin, Ipin, Fizi, Ehsan dan Mail masih bermain di luar surau. Kak Ros pun marah. Fizi, Ehsan dan Mail pun bergegas pulang sebelum dimarahi Kak Ros.

Bahagian 2[]

Tiba di rumah, Kak Ros pun marah kerana Upin & Ipin tak dengar cakap tadi dan bermain hujan. Opah juga menegur mereka. Semasa Opah menyuruh Upin dan Ipin untuk tidur, Upin telah bersin. Upin telah demam tetapi Ipin tidak demam. Ipin tidak mahu menjaga Upin kerana takut dijangkiti demam dari Upin.

Semasa Ipin ingin ke sekolah, Upin sedang bersarapan dengan ayam goreng. Ipin pun berkata sahur pagi tadi tidak ada ayam goreng pun. Ipin pun kurang gembira. Ipin pun ke sekolah seorang diri sambil merajuk.

Sudah tiba waktu berbuka, Kak Ros memberitahu Upin bahawa Upin tidak boleh makan bersama orang yang ingin berbuka. Tetapi Ipin tetap mengajak Upin untuk bersama di meja makan.

Selepas itu, Kak Ros pun mengambil suhu Upin. Upin dah sembuh. Upin dah boleh berpuasa esok. Upin pun gembira.

Bahagian 3[]

Semasa pulang dari sekolah, Upin, Ipin, Jarjit, Mei Mei, Ehsan, Fizi dan Susanti berjalan sambil melalui gerai Uncle Muthu. Uncle Muthu sedang masak nasi goreng. Baunya sangat wangi. Uncle Muthu pun menghalau semua dari gerainya kerana takut pejabat agama akan tangkap Uncle Muthu.

Setelah Upin & Ipin berpisah dengan kawan-kawan semasa pulang ke rumah, Upin & Ipin menyedari sekumpulan orang yang sedang curi-curi makan di belakang semak. Upin & Ipin pun memberitahu hal ini kepada Kak Ros semasa Upin & Ipin ingin pergi mengaji. Kak Ros pun memberitahu Upin & Ipin untuk balik cepat selepas mengaji kalau Upin & Ipin nak pergi bazar Ramadhan nanti.

Semasa pulang dari mengaji, Upin, Ipin dan Mail melalui hadapan rumah Atok. Tetapi mereka terlihat sebuah van jenazah berhenti di depan rumah Atok. Upin, Ipin dan Mail pun lari tergesa-gesa ke arah van jenazah tersebut. Tiba-tiba pintu belakang van jenazah terbuka. Atok pun melompat keluar dari pintu belakang van jenazah. Upin, Ipin dan Mail pun gembira dapat melihat Atok masih hidup. Tiba-tiba sebuah lagi van jenazah yang dipandu oleh Abang Salleh pun datang ke rumah Atok sepantas kilat. Atok pun mengumumkan bahawa dia akan menjalankan operasi plastik hitam.

Galeri[]

Video[]

Episod_Baru_Upin_&_Ipin_Musim_14_-_Ragam_Ramadhan

Episod Baru Upin & Ipin Musim 14 - Ragam Ramadhan

Upin_&_Ipin_Musim_14_Ragam_Ramadhan_(Episod_Penuh)

Upin & Ipin Musim 14 Ragam Ramadhan (Episod Penuh)


Tonton di RCTI+[]

Lihat lagi[]

Advertisement