"Inderaloka milik aku! Raja Bersiong!" |
Raja Bersiong merupakan watak antagonis utama yang muncul dalam filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Dia yang merupakan Raja Inderaloka selepas merampas kuasa, cuba untuk menguasai keris Siamang Tunggal untuk mengukuhkan kedudukannya sebelum dicabar oleh Mat Jenin.
Sejarah[]
Satu masa dahulu, Raja Bersiong tiba-tiba datang ke Istana Inderaloka dan menyerang Raja Inderaloka. Dia berhasil menewaskan rajanya dan mengambil alih Inderaloka. Pada mulanya, dia hanya ingin merampas kerajaan. Namun, apabila keris Siamang Tunggal mula bereaksi, dia merasa tidak senang. Dia kemudiannya mengarahkan agar keris itu dibawa kembali untuk dimusnahkan.
Beberapa tahun kemudian, dia masih memerintah kerajaan Inderaloka. Namun pada suatu hari, dia menerima perkhabaran buruk.
Trivia[]
- Raja Berisong merupakan watak pertama yang dibunuh oleh Upin dan Ipin apabila tongkatnya musnah diretakkan oleh mereka berdua.
- Raja Bersiong tidak bertangan. Menurut pengarah filem, keseluruhan yang ada di dalam pakaian Raja Bersiong ialah reriang sendiri.
- Raja Bersiong merupakan antagonis pertama dalam mana-mana filem atau siri animasi Malaysia yang tewas di tangan watak bukan protagonis dalam filem atau siri apabila dia turut tewas kepada watak animasi lain sewaktu Perbarisan Hari Kebangsaan 2015.
- Raja Bersiong tewas mengikut keadaan tertentu:
- Dalam Perbarisan Hari Kebangsaan 2015, dia tewas di tangan Upin dan Ipin apabila tersekat di antara gambar swafoto yang dipaparkan sempena pertandingan swafoto Merdeka, beberapa hari sebelum Hari Kebangsaan.
- Dalam Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, dia tewas di tangan Upin dan Ipin apabila mereka menghancurkan tongkat saktinya.
- Seperti yang dikatakan oleh pelakon suara Raja Bersiong, Ahmad Mawardi Abdul Rahman dalam satu video bersama pelakon suara filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, dia merupakan watak yang sangat jahat, namun dalam masa yang sama, dia juga mempunyai rasa kurang keyakinan terhadap beberapa watak seperti Pak Belalang.
- Beberapa konsep asal bagi Raja Bersiong tahap kedua telah ditolak sehingga akhirnya, sebuah konsep akhir dipilih untuk dihasilkan.
Watak-watak | |
---|---|
Watak Utama | Upin | Ipin | Ros | Opah | Tok Dalang | Mei Mei | Ehsan | Fizi | Jarjit | Mail | Susanti | Izham |
Watak Berulang | Dzul | Ijat | Devi | Nurul | Jasmin | Melati | Muthu | Ah Tong | Salleh | Rembo | Sapy |
Watak Pendukung | Azzarudin | Badrol | Nurul binti Ahmad | Rajoo | Roy | Tiger |
Watak Harian | Apin | Ara | Fathiah | Hamzah | Doktor Ravi | Ultraman Ribut |
Watak dalam Geng: Pengembaraan Bermula | Lim | Oopet | Pak Mail | Singh |
Watak dalam Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal | Pak Belalang | Mak Deruma | Mat Jenin | Nakhoda Ragam | Raja Bersiong |