"Raja Buah" ialah episod ke-28, ke-29, dan ke-30 dalam siri Upin & Ipin musim keenam.
Plot
Bahagian 1

Upin dan Ipin bertemu dengan durian.
Sebaik sahaja dihantar pulang dengan membonceng motosikalnya, Upin dan Ipin meminta Tok Dalang untuk membawa mereka ke dusun duriannya, dengan berjanji untuk memberanikan diri di tengah dusun pada waktu malam buta. Tok Dalang menasihati mereka supaya mendapatkan izin Kak Ros, tetapi sebaik sahaja memasuki rumah, mereka meminta izin daripada Opah dahulu. Kak Ros yang membuat kerja sekolah di meja terdengar perbualan mereka dan cepat menyampuk dengan larangan keras. Apapun, Opah memberi mereka izin dengan syarat jangan bernakal-nakal dan menyusahkan Tok Dalang.

Upin dan Ipin membonceng motosikal Tok Dalang ke dusun durian.
Bahagian 2

Upin menahan sakit setelah puas memegang sebiji durian yang berduri tajam.
Setelah Upin dan Ipin puas menimbunkan durian di dalam pokok, Tok Dalang memeriksa pula sebiji demi sebiji. Buah pertama yang diperiksanya tidak elok kerana dimakan ulat, lalu dicampaknya. Yang kedua juga berlubang besar kerana dimakan tupai, dan oleh itu dibuang juga. Akhirnya, buah durian yang ketiga elok untuk dimakan, jadi Tok Dalang mengajak Upin dan Ipin memakan buah itu.

Tok Dalang menceritakan kisah Kampung Durian Runtuh.
Upin dan Ipin meluahkan rasa kasihan kerana kesedapan buah dari pokok durian yang ditebang itu tidak dapat dirasa. Tok Dalang menyuluhi pula pokok-pokok dalam dusun untuk menunjukkan mereka buah durian yang lebih sedap, contohnya D24, Musang King, Musang Bermisai. Selepas itu, Tok Dalang mengajak Upin dan Ipin bersiar-siar di sekitar dusun. Di awal perjalanan lagi, Ipin berasa seram hingga tersandung batu nisan! Upin dan Ipin terjumpa sebiji durian gugur dekat bangkai kayu, tetapi belum sempat mereka memungutnya, mereka dikejutkan oleh kelawar yang keluar dari bangkai kayu itu. Tok Dalang berpatah balik untuk menenangkan keadaan, tetapi seketika kemudian durian itu hilang pula!
Tok Dalang menyuruh Upin dan Ipin untuk berehat di pondok sementara dia menyiapkan kerja di dusun. Tidak lama kemudian, dia mengejutkan kembar itu untuk membawa mereka pulang ke rumah. Maka mereka mencelikkan mata . Apabila ditanya, Tok Dalang sudah memilih durian yang hendak dipertandingkan di pesta kelak.
Bahagian 3

Afdlin Shauki, pengadil jemputan Pertandingan Raja Buah.
Mula-mula, Afdlin menilai Durian Kampung Pak Selamat dengan kepujian. Kedua, giliran Durian Merah yang berisi merah, tetapi tawar rasanya. Ketiga, giliran Durian Tembaga yang dipertandingkan oleh Nurul binti Ahmad, Guru Besar Tadika Mesra, dipuji lebih-lebih oleh Afdlin. Keempat, Jarjit dengan "durian belanda", iaitu sejenis buah yang kecil, berduri jarang dan dan jauh berbeza dengan durian. Penyertaan Jarjit mendapat bantahan, tetapi Afdlin tetap menerima apa-apa sahaja buah yang bernama durian. Setelah buahnya dinilai, Jarjit bertanya, "Dua tiga soalan senang, boleh kasi saya menang?" Balas Afdlin, "Dua tiga kucing salih, tak boleh..."

Jarjit Singh mempertandingkan 'durian yang lain daripada yang lain'.
Setelah pertandingan tamat, Afdlin yang kepanasan badan rehat di atas kerusi sambil terdesak meminta air. Tok Dalang memberinya air dalam kulit durian. Sebaik sahaja minum air itu, Afdlin tersendawa dan mengeluarkan bau yang kuat dan busuk, membuat semua orang lain berlari jauh daripadanya! Sementara Upin dan Ipin menolong Tok Dalang membawa piala pulang, Ehsan memenangi satu lagi pertandingan pemakan durian terbanyak.
Trivia

Kemunculan Sang Tupai
- Ipin mengungkit nama Oopet dalam babak gerai Muthu. Oopet merupakan watak makhluk ghaib yang muncul dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula (2009).
- Watak Sang Tupai dari Pada Zaman Dahulu membuat kemunculan dalam babak dusun, melahap durian berlubang besar yang dicampak oleh Tok Dalang.