"Raya Penuh Makna" (tiga bahagian) merupakan episod ke-4, ke-5 dan ke-6 (episod ke-2 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-15 daripada siri Upin & Ipin.
Sinopsis[]
Setiap tahun, Upin, Ipin, kawan-kawan, dan keluarga akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Namun, raya pada tahun ini memberikan satu makna yang besar, bukan sahaja buat Upin dan Ipin, malah kepada seluruh sahabat dan keluarga, khususnya Tok Dalang.
Dalam episod raya kali ini, Tok Dalang gembira kerana cucunya Badrol pulang ke kampung berhari raya.
Kak Ros pun dah lama tak jumpa Badrol, tambah bermakna dapat beraya sekali dengan Iz.
Plot[]
Bahagian 1[]
Selepas solat terawih, Upin, Ipin, dan kawan-kawan bersama Tok Dalang ceria menikmati juadah yang disediakan. Kembar itu juga menceritakan keajaiban yang berlaku sehingga berjaya mengembalikan bekalan air dan elektrik di rumah mereka. Dalam masa yang sama, mereka juga menyuarakan rasa penat kerana solat terawih pada malam itu mengambil masa yang lama. Tok Dalang pun menegur mereka dan menerangkan kelebihan menunaikan solat terawih. Bagi Upin, Ipin, dan kawan-kawan, mereka berasa penat kerana tidak biasa dengan waktu solat terawih yang panjang dan tertanya-tanya siapa imam yang bertugas pada malam itu. Setelah diperkenalkan imam oleh Tok Dalang, alangkahnya terkejutnya mereka apabila rupa-rupanya, imam terawih yang bertugas pada waktu itu ialah orang mereka kenal, iaitu Izham.
Bahagian 2[]
Bahagian 3[]
Trivia[]
- Episod ini menyaksikan kembalinya Badrol setelah kali terakhir ditampilkan dalam episod Raya Yang Bermakna, musim kelapan, 7 tahun sebelum episod ini.
- Pakaian Kak Ros, Upin, dan Ipin ketika hari raya merujuk kepada episod Kain Merah Ipin, musim ke-14.
- Hanya pada episod kali ini, datuk Susanti muncul secara fizikal. Datuk Susanti pernah muncul di episod Selamat Menyambut Lebaran, musim ketiga, namun ia dalam bentuk suara sahaja.
Galeri[]
Video[]
Tonton di RCTI+[]
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/24228/raya-penuh-makna-bagian-1
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/24229/raya-penuh-makna-bagian-2
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/24231/raya-penuh-makna-bagian-3
- https://www.rctiplus.com/programs/1367/upin-ipin-raya-penuh-makna/episode/24230/raya-penuh-makna