Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Riang Raya" (tiga bahagian) ialah episod ke-19, ke-20 dan ke-21 (episod ke-7 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-7 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Periukkera

Periuk kera Tok Dalang.

Cerita ini disambung, Upin dan Ipin pergi ke rumah Tok Dalang untuk mengambil periuk kera untuk dibuat lemang oleh Kak Ros. Tetapi setelah ditunjukkan periuk kera oleh Tok Dalang, Upin dan Ipin rasa hairan kerana tiadanya rupa periuk mahupun kera. Tok Dalang pun rasa hairan dengan soal itu. Datangnya Mail berbasikal untuk mengutip bayaran untuk ayam tempoh hari. Tok Dalang mengutip duitnya dari reban Rembo. Hal itu menggusarkan Mail, Upin dan Ipin kerana takut akan bau busuknya. Apapun, Mail menerima duit tersebut. Upin dan Ipin memesan Tok Dalang supaya menyimpan duit di dalam bank. Balas Tok Dalang, dia menyimpan dalam bank biaya untuk naik haji sahaja.

Tukarperiukkera

Periuk kera yang lebih sesuai untuk lemang.

Setelah ditanya oleh Mail, Upin dan Ipin mengatakan niat untuk membawa pulang periuk kera untuk dibuat lemang. Sempena dengan itu, Tok Dalang segera menukar periuk kera yang diberikan dengan periuk kera yang lebih masak dan lebih senang untuk dimasukkan dalam lemang. Upin tidak berpuas hati kerana bunganya sedikit. Tok Dalang berjanji untuk mencari banyak lagi.

Sebelum hendak beredar, Mail menunjukkan bahawa ada air di dalam bunga periuk kera. Jelas Tok Dalang, air periuk kera penuh dengan khasiat dan digunakan untuk menyapu mata yang sakit.

Ipinbuatlemang

Ipin rajin membuat lemang periuk kera.

Akhirnya periuk kera dibawa pulang ke rumah oleh Upin dan Ipin untuk dimasak lemang oleh Kak Ros. Tidak sempat mereka beredar, Kak Ros menyuruh adik-adiknya untuk menolongnya mencuci periuk kera dan membuat lemangnya. Mereka diajar mengisi bunga periuk kera dengan air yang mencukupi, kemudian mengisinya dengan beras. Selepas semua bunga siap diisi, ianya dikukus di dalam periuk untuk seminit.

Tiba masa berbuka puasa, Upin dan Ipin dijemput makan lemang yang dibuat mereka bersama Kak Ros siang tadi. Opah mengajar mereka makan lemang periuk kera dengan mengupas bunga dan makan pulutnya sahaja. Sekali makan, Upin dan Ipin terus memuji masakan lemang periuk kera yang dikatakan lebih senang dimasak daripada lemang buluh yang perlu dikipas-kipas anginnya. Kak Ros mencabar mereka untuk mengutip banyak lagi periuk kera untuk dimasak lemang untuk kawan-kawan, barulah Upin dan Ipin sedar mereka terlupa untuk memberikan sedikit lemang kepada Tok Dalang.

Bahagian 2[]

Prosespembuatanpelitabuluh

Tok Dalang mengajak Upin dan Ipin membuat pelita buluh.

Upin dan Ipin menemani Tok Dalang yang membuat pelita buluh sempena Malam Tujuh Likur akan datang. Sambil itu, Upin tertanya mengapa Tok Dalang tidak membeli sahaja pelita sedangkan lebih senang. Jawab Tok Dalang, dia sudah biasa membuat pelita buluh, malah bahan-bahannya sudah sedia ada.

Buruitik

Tamatkah riwayat itik ini?

Kemudian, Upin dan Ipin menemani Ehsan, Fizi, Mei Mei dan Jarjit di tepi pondok, untuk menjemput kawan-kawan mereka itu ke rumah mereka sempena raya keesokan hari, malah dengan janji rendang itik dan lemang periuk kera. Ujar Jarjit, "Dua tiga gula-gula, saya pun mahu raya!" Sementara itu, berjalan lalunya seekor itik yang kuat menguek hingga mencuri perhatian Upin, Ipin dan kawan-kawan yang ingin mencari jalan pintas untuk menyediakan ramuan.

Itikbolos

Kejar itik itu!

Selepas puas mengejar, Upin dan Ipin ke rumah Tok Dalang untuk meminta itik untuk dibuat rendang. Tok Dalang menunjukkan dua ekor itik di dalam jebak bakul. Salah seekornya adalah yang sama dengan yang dikejar tadi. Ipin mengusik itik itu dengan jari lalu tiba-tiba digigit olehnya, menyebabkan dia terbuka jebak dan terlepaskan kedua-dua itik. Maka terpaksalah Upin, Ipin dan Tok Dalang sekali menangkap balik kedua-dua itik itu.

Cabutbuluitik

Upin dan Ipin merungut di depan rezeki.

Upin dan Ipin berjaya membawa balik dua ekor itik ke rumah mereka. Opah menyuruh mereka untuk mencabut bulu-bulu itik itu hingga bersih. Upin dan Ipin bersongeh dalam membuat kerja itu kerana begitu banyaknya bulu yang perlu dicabut. Opah berpesan supaya tidak merungut di depan rezeki. Upin bertanya pula adakah bulu ayam juga dicabut; jawab Opah, kerja itu dibuat oleh Opah dengan Kak Ros tanpa pengetahuan mereka. Maka Upin dengan rasa kasihan meminta Opah supaya meminta bantuan mereka untuk mencabut bulu lain kali. Mereka juga terkenang Mail yang juga berhari-hari mencabut bulu ayam tanpa bersongeh.

2sifucilik

Dua sifu cilik.

Cerita ini diakhir dengan watak, Ehsan, Fizi, Mail dan Jarjit datang dekat rumah Upin dan Ipin untuk menjemput mereka bermain. Mereka dikejutkan dengan sebentar gelagat kembar itu dengan bulu itik.

Bahagian 3[]

Kakrosmerasarendang

Tindakan Kak Ros yang mengejutkan.

Cerita bermula apabila Upin dan Ipin kembali ke rumah, tidak sabar menunggu sajian buka puasa yang dimasak istimewa oleh Kak Ros. Akan tetapi, mereka terperanjat melihat kakak mereka menjelir lidah ke atas sesudu rendang yang dimasaknya. Jelas Kak Ros sebaik sahaja membasuh lidah, dia hanya mencuba rasa lauk dengan lidah. Hal itu disahkan oleh Opah yang menyifatkan perbuatan Ros sebagai "makruh", iaitu 'perbuatan yang tidak berdosa jika dikerjakan, tapi jika ditinggalkan dapat pahala', maka tidak batal puasa Ros. Apapun, kembar itu tetap kurang faham.

Kelipkeliptokdalang

Kejutan Tok Dalang.

Pada malam hari, Upin dan Ipin disambut oleh perhiasan yang melengkapi rumah-rumah mereka dan jiran tetangga sempena Lebaran yang menjelang. Rumah mereka mendapat pelita api, sementara rumah Tok Dalang berhiaskan lantera ketupat elektrik. Mereka turut menyapa Tok Dalang dan bertanya adakah sedap rendang yang diberikan oleh mereka kepadanya tadi. Selepas menjawab sapaan itu dengan rasa sedap, Tok Dalang mencantumkan palam di halaman untuk memasang lebih banyak hiasan kelip-kelip di keliling rumahnya. Akan tetapi, kelip-kelip itu tidak tahan lama dan terpadam akibat litar pintas.

Lamputradisional

Lampu raya 'kecemasan'.

Disebabkan kerosakan lampu kelip-kelipnya itu, Tok Dalang terpaksa berpuas hati dengan pelita buluh tradisional yang dibuat tempoh hari dengan pertolongan Upin dan Ipin. Namun begitu, mereka bertiga tetap berseronok.

Meimeicubakurma

Mei Mei menikmati kurma.

Keeskon hari, takbir bergema. Upin dan Ipin menjemput kawan-kawannya Ehsan, Fizi, Mail, Susanti, Mei Mei dan Jarjit berjuadah di rumah mereka. Pembuka selera juadah kali ini ialah kurma yang disimpan dalam. Rupanya ini kali pertama Mei Mei melihat kurma. Tentang itu, Mail bercerita bahawa dia menjual kurma di bazar Ramadhan setiap tahun, malah menggamamkan semua rakan-rakan dengan "1,400 jenis kurma" yang dikenalinya, padahal dia hanya menjual tiga jenis. Jarjit berpantun, "Dua tiga ayam serama, mari makan kurma." Maka mereka sama-sama menjamu selera.

Apahaldengandiorang

Upin dan Ipin minta Kak Ros bermaafan.

Sambil itu, tibanya Tok Dalang ke rumah Upin dan Ipin, diekori oleh Abang Salleh yang datang untuk bermaaf-maafan dengan Tok Dalang sebelum masuk. Sebaik sahaja mereka berdua masuk, Kak Ros pergi melayan mereka, tetapi diusik oleh Upin dan Ipin yang mahu kakak mereka bermaafan dengan mereka kerana memarahi mereka sepanjang tahun. Dengan disangka Ros menangkis permintaan mereka. Oleh itu, Upin dan Ipin bersungut pada Tok Dalang tentang hal itu. Pesan Tok Dalang, bermaafan itu daripada orang muda kepada orang yang lebih tua. Tiba-tiba, Fizi mengajak Upin dan Ipin keluar beraya.

Video[]

Promo_Upin_Ipin_Musim_7_-_Riang_Raya_8_Ogos_2013,_3.30pm,_TV9

Promo Upin Ipin Musim 7 - Riang Raya 8 Ogos 2013, 3.30pm, TV9


Tonton di RCTI+[]

Advertisement