Rumah Opah merupakan sebuah rumah kayu setingkat yang didiami oleh Upin, Ipin, Kak Ros, dan Opah yang terletak bersebelahan dengan Rumah Tok Dalang.
Rumah Opah mempunyai empat bilik dengan tiga daripadanya dihuni manakala sebuah lagi dibiarkan kosong. Walau bagaimanapun, bilik itu hanya dibuka pada episod Upin & Ipin Kesayanganku dan dijadikan sebagai arkib untuk mereka. Selain itu, ruang lapang di ruang tamu rumah tersebut juga digunakan untuk berkumpul dan melakukan aktiviti bersama keluarga ataupun kawan-kawan. Rumah ini juga mempunyai kawasan lapang di luar untuk bermain dan kebun di belakang rumah.
Bahagian rumah[]
- Ruang tamu: Ruang utama.
- Ruang belajar: Tempat Upin, Ipin, dan Kak Ros belajar. Ruang ini termasuk dalam bahagian ruang tamu.
- Dapur: Ruang menyediakan makanan dan juga tempat makan keluarga.
- Bilik Opah: Tempat tidur Opah.
- Bilik Kak Ros: Tempat tidur Kak Ros.
- Bilik Upin dan Ipin: Tempat tidur Upin dan Ipin.
- Bilik kosong: Tempat barang-barang lama keluarga Opah tersimpan. Turut dijadikan arkib keluarga.
- Bilik mandi: Tempat mandi untuk satu keluarga.
- Halaman rumah: Tempat bermain untuk Upin, Ipin, dan kawan-kawan.
- Kebun: Tempat di mana keluarga Opah menanam sayur-sayuran.
Trivia[]
- Asalnya, tangga bagi rumah ini yang menghubungkan dapur dengan ruangan rumah yang lain terletak di tepi. Walau bagaimanapun, kedudukan tangga tersebut dipindahkan ke tengah pada musim keempat.
- Dalam episod Animasi Terakhir, rumah ini asalnya berwarna biru sebelum ditukar kepada warna hijau.
- Bilik kosong di dalam rumah ini mempunyai satu lagi bilik rahsia di mana ibu bapa Upin, Ipin, dan Kak Ros menyimpan memori mengenai keluarga mereka. Bilik itu terselindung di sebalik rak buku dan hanya dapat diakses melalui satu buku iaitu Upin & Ipin: Kesayanganku.
- Rumah ini telah mengalami pengubahsuaian major sebanyak dua kali iaitu pada musim keempat dan episod Dah Bocor?.