Rumah Tok Dalang merupakan rumah satu tingkat yang didiami oleh Tok Dalang yang terletak bersebelahan dengan rumah Opah.
Halaman rumah Tok Dalang sangat luas membolehkan Upin, Ipin, dan kawan-kawan untuk bermain. Ruangan pondok tanpa bumbung di bahagian luar rumah digunakan bagi Tok Dalang, Upin, Ipin, dan kawan-kawan melakukan aktiviti atau berbual. Kawasan tepi rumah pula tempat di mana pokok rambutan ditanam.
Bahagian rumah[]
Tidak semua bahagian rumah ditunjukkan. Hanya beberapa ruangan sahaja yang ditunjukkan sepanjang siri atau filem Upin & Ipin bersiaran dengan beberapa lagi bahagian didedahkan dalam episod Penjaga Baru.
- Ruang tamu: Ruang utama di mana Tok Dalang suka menghabiskan masa bersendirian.
- Anjung rumah: Tempat di mana Tok Dalang, Upin, Ipin, dan kawan-kawan meluangkan masa untuk memakan buah-buahan tempatan.
- Stor: Tempat Tok Dalang menyimpan barangan.
- Halaman rumah: Tempat di mana Upin, Ipin, dan kawan-kawan bermain bersama.
- Bilik tidur: Tok Dalang biasanya jarang tinggal di bilik tidurnya. Ketika Badrol dan Lim balik ke rumahnya, mereka berdua telah tidur di dalam bilik itu.
- Dapur: Tempat di mana Tok Dalang menyediakan makanan. Dia juga akan makan di situ.
- Bilik mandi dan tandas: Ruangan di mana Tok Dalang membersihkan diri dan membuang air. Bilik tersebut terpisah daripada ruangan rumah.