Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Sedia Menyelamat" (tiga bahagian) ialah episod ke-40, ke-41 dan ke-42 (episod ke-14 dan terakhir mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-6 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Bakarsemut

Fizi membakar semut dengan menumpukan sinar matahari dengan kanta pembesar.

Fizi mengajak kawan-kawan sekelasnya berkumpul di luar bilik darjah untuk menyaksikan cara dia membakar sehelai daun (dan juga hampir-hampir seekor semut) dengan menumpukan cahaya matahari pada daun dengan kanta pembesar, sehinggalah Cikgu Melati tiba dekat pintu bilik darjah dan mereka semua berlumba-lumba masuk. Di dalam bilik darjah, Cikgu Melati mengajukan soalan teka-teki kepada murid-murid: "Apa benda kecik-kecik jadi kawan, bila besar jadi lawan?" Jarjit meneka dua kali dahulu, tetapi "harimau" dan "ular" salah. Tidak sempat Mei Mei mencuba, Upin mencelah dan menjawab pula "api"; jawapannya betul. Ujar Fizi, dia gemar bermain api; ini membuat Ijat cemas dan pengsan. Dzul menyampaikan pesanan neneknya tentang bahayanya bermain api.

Apiapi

Satu kelas panik terdengar loceng kebakaran.

Oleh itu, Cikgu Melati mengumumkan bahawa pihak tadika sedang mengadakan latihan kebakaran untuk murid-murid berlatih menyelamatkan diri seandainya berlaku kebakaran. Di tengah-tengah cikgu menerangkan langkah-langkah sekiranya loceng penggera berbunyi, tiba-tiba loceng pun berbunyi. Setelah melihat murid-murid dari kelas lain keluar dari tadika, semua murid-murid kelas Aman kelam-kabut bertempiaran tanpa tentu arah, kecuali Ijat yang pengsan sekali lagi. Cikgu Melati cuba menenteramkan semua muridnya untuk memimpin mereka keluar; termasuk memesan Ehsan supaya tidak membawa barang, melarang Jarjit berpantun, menyuruh Mail yang tidak memandang berat latihan itu beratur dan memimpin Fizi keluar dari menyorok di bawah meja guru.

Ipin pula kelihatan berlari berpusing-pusing di atas meja bulat, dan Upin terpaksa menyuruhnya turun. Selepas murid-murid keluar, Cikgu Melati menyuruh mereka berarak ke padang sambil menghitung; kemudian dia pergi menjemput Ijat yang pengsan dalam kelas itu.

Sallehkeretabomba

Kereta bomba menuju ke arah tadika.

Sementara itu, Salleh terserempak dengan kereta bomba yang membunyikan siren sambil pantas bergerak melewatinya ke arah kawasan Tadika Mesra yang kelihatan mengeluarkan kepulan asap kebakaran, lalu cepat menjadi cemas dan meluru ke arah rumah Upin dan Ipin untuk meneriakkan berita buruk "Upin, Ipin, Api!" kepada Opah yang tengah menyapu tanah di hadapan rumah.

Berbalik ke tadika, murid-murid Tadika Mesra berkumpul di padang yang turut dihadiri oleh Guru Besar dan Ketua Bomba. Ketua Bomba yang berkulit hitam dan bermisai itu mencatat sepuluh minit pada jam randiknya dan mengeluh akan sesiapa yang lewat. Semua murid kelas Aman sudah tiba, tetapi Cikgu Tiger kelihatan mendukung, menggalas dan mengendong beberapa orang muridnya keluar, membuat Guru Besar menutup muka dengan tangan. Tepat pada masanya, kereta bomba tiba di padang tadika, dan turunlah tiga orang ahli bomba dengan penuh gaya (ala Power Rangers).

Bahagian 2[]

Ahlibombadatang

Ketibaan ahli bomba yang penuh bergaya.

Opah dan Salleh akhirnya sampai di 'tempat kejadian' yang rupa-rupanya acara tunjuk cara bomba di tadika; ini membuat Opah jengkel dengan Salleh. Ketua Bomba menyapa murid-murid dan mengajar mereka apa yang harus dilakukan apabila menghadapi kebakaran, seperti menjerit minta tolong dan memanggil 999 (dan jangan sesekali menyalahgunakan nombor kecemasan itu), sebelum beralih kepada tunjuk cara memadamkan kebakaran.

Ketuabomba

Ketua Bomba yang tegas tetapi mesra.

Setelah menyuruh murid-murid mendekati kereta bomba untuk melihat kelengkapan bomba, Ketua Bomba meminta murid-murid untuk menawarkan diri untuk memadamkan api. Cikgu Tiger turut merebut peluang, tetapi yang dipilih ialah Ipin dan Mei Mei yang berpeluang untuk memakai topi keselamatan dan baju bomba serta memegang hos bomba. Dengan bantuan mereka berdua, Ketua Bomba mengajar semua murid bagaimana untuk memadam kebakaran, iaitu yang lain harus melangkah jauh dari api dan perhatikan arah angin sebelum memancurkan air ke arah api.

Ipinmeimeibomba

Ipin dan Mei Mei mencuba nasib sebagai ahli bomba.

Tambah Ketua Bomba, api yang besar jangan cuba dipadamkan sendiri, tetapi diserahkan kepada bomba dan cepat mencari jalan keluar dari rumah yang terbakar; jika tiada pintu berdekatan, keluar ikut tingkap. Jarjit mengujar bahawa pintu dan tingkap rumahnya dilindungi dengan palang besi yang berkunci. Ulas Ketua Bomba, palang besi boleh mencegah pencuri tetapi menyusahkan ketika kebakaran; ini membuat Jarjit kesal. Ketua Bomba berpesan juga supaya awas dengan lilin, ubat nyamuk, seterika dan sebagainya kerana benda-benda itu merupakan punca kebakaran.

Bombaperempuan

"Siapa kata lelaki je?"

Ketua Bomba bertanya pula siapa antara murid-murid yang hendak menjadi ahli bomba ketika besar nanti. Soalan itu disambut dengan baik, termasuk oleh Upin dan Ipin. Tegas Ketua Bomba, ahli bomba harus berani, kuat dan sihat. Upin bertanya sama ada tugas bomba sekadar memadamkan api; jawab Ketua Bomba, tugas bomba lebih daripada itu, termasuk menyelamat kucing atas pokok, kerbau dalam parit, ular dalam rumah dan sebagainya. Ini membuat Ehsan meluahkan rasa kagum dengan bomba. Mei Mei bertanya sama ada perempuan boleh menyertai bomba. Fizi mengambil kesempatan untuk mengusik Mei Mei bahawa bomba adalah kerja lelaki sahaja, hinggalah ahli bomba perempuan menanggalkan topi keledarnya.

Seronoknyanaikloribomba

Seronoknya naik kereta bomba.

Ipin meminta kebenaran untuk menaiki kereta bomba pula. Permintaan itu disambut dengan girang oleh Ketua Bomba yang turut menjemput murid-murid yang lain iaitu Ipin, Mei Mei, Jarjit, Ehsan dan Fizi untuk menaiki kereta bomba.

Bahagian 3[]

Raptaidirisendiri

Raptai kebakaran diri sendiri.

Sekembali mereka dari acara tunjuk cara bomba di sekolah, Upin dan Ipin mencuba 'raptai' mereka sendiri. Mula-mula, Ipin membalut mata dengan sambil dibimbing oleh Upin untuk menguji kebolehan mencari jalan keluar sekiranya asap kebakaran tebal dalam rumah, tetapi sempat ditegah oleh Opah yang takut mereka akan terlanggar barang-barang. Ketika menjelaskan niat mereka kepada Opah, tiba-tiba adik-beradik kembar terhidu bau dari dapur lalu bergegas ke sana. Di sana, meniup padam api mancis yang cuba dinyalakan oleh Kak Ros, tetapi Kak Ros sempat menyuruh mereka jangan kacau.

Pemadamapi

Pemadam api rumah Upin dan Ipin.

Seterusnya, mereka pergi ke bilik Opah untuk menutup suis seterika ketika Opah sedang menggosok baju kononnya kerana terbakar, ikut pesan polis. Jelas polis, itu hanya jika tidak berhati-hati. Upin dan Ipin turut menunjukkan kepada Opah apa yang telah diajarkan kepada mereka dalam raptai di tadika tadi dan juga menjemput Opah mencuba sekali, tetapi Opah memesan mereka supaya menanya Kak Ros pula. Oleh itu, Upin dan Ipin kembali kepada Kak Ros untuk menguji mereka apa yang harus dilakukan sekiranya terperangkap dalam asap tebal kebakaran. Jawab Ros, basahkan kain untuk menutup muka. Tambah Upin dan Ipin, bomba berpesan supaya rumah mesti ada alat pemadam api; Kak Ros menunjukkan alatnya di tepi tangga dapur.

Upinipinbomba

Bomba olok-olok Upin dan Ipin.

Tiba-tiba sahaja, mereka terdengar jeritan seseorang meminta tolong, maka Upin dan Ipin bersiap siaga dengan pakaian bomba untuk pergi menyelamat! Mula-mula, mereka memadamkan unggun api yang terlalu besar di tempat Ehsan dan Fizi, kemudian memadamkan kebakaran di pondok main yang diduduki oleh Mei Mei dan Susanti, dan akhirnya berlawan habis-habisan dengan api marak di gerai Muthu (umpama pertarungan pancaran kuasa ala Mutiara Naga) ... hinggalah mereka disedarkan oleh Muthu yang marah kerana mi yang dimasaknya rosak.

Janganlari

Kawan-kawan marah atas usikan Upin dan Ipin.

Upin dan Ipin mengimbas kembali perbuatan mereka sewaktu bermain ahli bomba. Mereka merampas pistol air Ehsan dan Fizi dan memancurkan air ke arah Ehsan dan Fizi yang baru membeli aiskrim, kemudian ke arah Mei Mei dan Susanti dalam pondok sebelum ke gerai Muthu. Keempat-empat kawan yang disembur air itu datang dengan wajah geram, lebih-lebih lagi Ehsan yang menuntut balik pistol-pistol airnya. Upin dan Ipin meletakkan pistol-pistol yang dicuri mereka itu di atas tanah lalu mencabut lari sambil dikejar oleh mereka berempat yang marah itu.

Video[]

Promo_UI_Musim_6_-_Sedia_Menyelamat_30_Dis_2012,_6Ptg_-_TV9

Promo UI Musim 6 - Sedia Menyelamat 30 Dis 2012, 6Ptg - TV9


Tonton di RCTI+[]

Advertisement