"Selamatkan Neo Santara" (tiga bahagian) merupakan episod ke-31, ke-32 dan ke-33 (episod ke-11 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-11 daripada siri Upin & Ipin. Episod ini ditayang pada pukul 7.30 malam.
Sinopsis[]
Cerita ini adalah imaginasi di bandar yang mempunyai robot secara besar-besaran. Tetapi, rupa-rupanya Abang Salleh sedang membuat penggambaran filem menggunakan skrin hijau.
Plot[]
Bahagian 1[]
Di bandar Neo Santara, Ipin tiba di kedai "Mail Ayam Goreng". Kedai Mail dibantu oleh robot-robot. Ipin menyuruh Mail belanja ayam goreng. Mail pun menyuruh robotnya membungkus dua ayam goreng untuk Ipin.
Setelah tiba di bengkel UI, Ipin menunjukkan kepada Upin bahawa pertandingan Neo Robocon akan diadakan secara besar-besaran. Upin & Ipin pun sangat teruja.
Upin & Ipin mempersembahkan Robot UI mereka di pertandingan Neo Robocon. Robot UI pandai menari. Tarian Robot UI menggembirakan semua orang. Upin & Ipin pun memenangi pertandingan tersebut. Berita kemenangan mereka terpapar di BERITA NEOMETRO.
Di bengkel UI yang baru, semasa Ipin memberi ayam goreng kepada Upin, tiba-tiba Mei Mei datang sambil menjerit. Ini kerana Robot UI yang sedang mengadakan persembahan di kedai Mail Ayam Goreng tiba-tiba rosak. Kemudian, Robot UI bertukar menjadi ganas dan menyerang pelanggan-pelanggan di kedai Mail Ayam Goreng. Turut kelihatan, Ijat sedang mengawasi keadaan huru-hara itu dengan gembira.
Bahagian 2[]
Robot polis yang diketuai Jarjit datang ke bengkel Upin & Ipin lalu menangkap Upin & Ipin. Nyamuk robot jahat telah mengawal robot-robot di bengkel Upin & Ipin lalu menyerang robot polis. Semasa Upin & Ipin ingin mematikan robot-robot dengan suis khas, robot-robot tidak dapat dimatikan. Tiba-tiba datang sebuah robot yang berkaki satu dan menyelamatkan Upin & Ipin. Upin & Ipin telah menemui bahawa nyamuk robot yang jahat mempunyai logo Ehsan Enterprise. Di makmal Ehsan Enterprise, kita dapat melihat bahawa Ehsan telah dibekukan dalam tiub sambil disumbat dengan donat dalam mulut Ehsan.
Bahagian 3[]
Di luar bangunan Ehsan Enterprise, terdapat banyak robot polis. Upin & Ipin ingin masuk ke bangunan tersebut. Tetapi telah dikesan oleh Jarjit, maka robot polis pun menyerang Upin & Ipin. Upin & Ipin berjaya menyelamatkan diri dengan penembak laser. Tetapi masih dikejar oleh nyamuk robot yang jahat.
Selepas Upin & Ipin berjaya memasuki bangunan Ehsan Enterprise, Upin & Ipin terjumpa Ehsan dalam tiub dan mulut Ehsan yang disumbat donat. Ijat memunculkan diri sambil memberitahu bahawa dia adalah pemuzik yang kehilangan kerja. Dulu, Ijat adalah penghibur di hadapan kedai Mail Ayam Goreng. Tetapi kini tempatnya telah diganti oleh Robot UI yang membuat persembahan di dalam kedai Mail Ayam Goreng. Oleh itu, Ijat sangat marah. Kemudian, Upin & Ipin memberitahu Ijat bahawa Ijat boleh bermain muzik bersama-sama Robot UI. Ijat pun sangat gembira dengan cadangan ini. Tiba-tiba muncul pencipta nyamuk robot yang jahat. Namanya adalah Roy, pencipta Robot Muk (robot nyamuk yang jahat). Roy ingin menguasai Bandar Neo Santara. Ijat menyuruh Roy untuk berhenti. Tetapi Roy enggan mendengar nasihat Ijat. Oleh itu, Roy menyuruh robot yang berkaki satu (namanya PINPIN) untuk menyerang Upin, Ipin & Ijat. Tetapi tangan PINPIN tiba-tiba terputus. Seterusnya, Abang Salleh menjerit "CUT". Rupa-rupanya Abang Salleh sedang membuat penggambaran filem menggunakan skrin hijau. Watak PINPIN sedang dilakonkan oleh Mei Mei. Selepas itu, Abang Salleh suruh semua orang untuk berehat. Sambil itu, Abang Salleh memuat naik filem "NEO-SANTARA-Episode 1" di saluran YOUKIUB dibawah nama SALLEH_XOXO (seperti youtube). Episod itu ditonton oleh orang ramai dari serata dunia. Jumlah tontonan adalah 39,710,947,194 dalam beberapa saat sahaja. Abang Salleh, Upin, Ipin, Mail dan Mei Mei pun sangat gembira.
Trivia[]
- Lagu Luar Biasa jelas dimainkan oleh robot UI ketika melakukan persembahan di pertandingan Neo Robocon.
- Episod ini merupakan salah satu episod Upin & Ipin yang bertemakan futuristik.
- Episod ini mendedahkan satu lagi pekerjaan Salleh, iaitu pengarah filem.
- Babak di mana Robot UI bertindak menyerang pengunjung kedai "Mail Ayam Goreng" telah dipotong untuk siaran Disney Channel Asia kerana tidak sesuai ditonton untuk kanak-kanak.
Galeri[]
Video[]