Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Siang Tidur Malam Berjaga" (tiga bahagian) merupakan episod ke-22, ke-23 dan ke-24 dalam musim ke-9 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Pada suatu siang di warung Muthu, Tok Dalang minum teh bersama Ah Tong sambil meramal bahawa musim durian tidak lama lagi banyak berbuah kerana pokok-pokok durian lebat berbunga, asalkan cuaca elok dalam masa terdekat. Sementara itu datangnya Upin dan Ipin membawa sebakul bungkusan nasi lemak untuk diedarkan ke dalam gerai.

Ketika dipanggil oleh Muthu ke gerai untuk menyerahkan bakul nasi lemak, Upin dan Ipin terdengar Ah Tong menyebutkan hasrat untuk menangkap keluang lalu berpatah balik. Jelas Ah Tong, keluang adalah binatang yang boleh ditangkap dan dijual. Belum sempat meminta mahu ikut, tiba-tiba Muthu dengan marah merampas bakul itu.

Sewaktu pulang ke rumah, Upin dan Ipin bertemu dengan Kak Ros yang termenung sambil mendongak ke siling di pintu anjung. Setelah bertanya, Kak Ros menuding kepada tahi yang dipijak oleh Upin, membuat mereka rasa geli! Ros menunjuk ke atas terdapat sekawan kelawar yang tidur tergantung pada siling, maka yang dipijak Upin itu tahi kelawar.

Upin dan Ipin bertanya mengapa ada kelawar. Jawab Ros, sekarang musim buah-buahan, sambil menunjuk ke arah pokok berbuah. Upin cuba melastik kelawar itu, tetapi batu lastiknya luncas dan melantun-lantun seluruh anjung dan akhirnya mengena pipi si pelastik itu.

Pada malam buta, Upin dan Ipin tidur lena tetapi akhirnya diganggu oleh ciut-ciut yang kedengaran di dalam bilik. Mereka ditakut-takutkan oleh seekor kelawar bermata merah menyilau yang melayang-layang di dalam bilik!

Bahagian 2[]

Upin dan Ipin berlari keluar ke ruang tamu, menjerit-jerit ketakutan dan mengadu kepada Opah dan Kak Ros akan gangguan di bilik mereka. Maka empat sekeluarga pun pergi ke bilik tidur Upin dan Ipin untuk memeriksa. Ros masuk bilik dulu dan melihat di sekeliling. Sekali lagi kelawar itu mengganas, membuat Ros bergegas keluar dan menutup pintu, lalu berpesan itu akibat adik-adiknya mengganggu kelawar siang tadi.

Mula-mula Opah cuba menghalau kelawar itu dengan penyapu, tetapi sebentar kemudian dia kecut perut dan keluar, menghulurkan penyapu kepada Ros. Upin dan Ipin dengan nakal mengurung kakak mereka di dalam bilik untuk menghalau kelawar itu sendiri. Akhirnya kelawar itu dibungkus oleh Kak Ros dan dengan pertolongan Upin dan Ipin dilepaskan melalui tingkap bilik. Selepas dilepaskan, kelawar itu berpatah balik, maka Upin dan Ipin segera menutup tingkap sebelum ia sempat masuk.

Setelah ditanya mengapa kelawar boleh masuk rumah, Opah menduga bahawa terdapat lubang di dalam rumah. Bunyi ciut-ciut kelawar makin ketara, membuat Upin dan Ipin gerun. Upin berseloroh supaya mereka bertukar bilik dengan Kak Ros supaya Kak Ros boleh bekerja menghalau kelawar; Ros pun terdengar dan melepaskan geram ke arah mereka.

Keesokan hari, Upin dan Ipin menceritakan peristiwa kelawar malam semalam kepada kawan-kawan di tadika. Fizi menyangka kelawar hanya terdapat di gua; jelas Upin, kelawar keluar kerana ada buah-buahan di halaman rumah mereka. Ehsan bercadang untuk mengambil gambar kelawar. Mei Mei menegah kerana takut akan digigit, tetapi Upin memujuk bahawa kelawar tidur siang.

Maka selepas waktu sekolah mereka sekawan pergi ke anjung rumah Upin dan Ipin untuk sendiri melihat dan menangkap foto kelawar itu, siap dengan tahinya. Ujar Jarjit, "Dua tiga saya terbaca, tahi kelawar boleh jadi baja," maka terusik mata duitan Mail.

Bahagian 3[]

Tiba-tiba Ah Tong datang berbasikal ke depan anjung rumah, menunjukkan seekor keluang yang ditangkapnya kepada Upin, Ipin dan kawan-kawan yang hairan melihat "kelawar besar". Jelas Ah Tong, kelawar kecil, keluang besar. Ehsan sempat mengambil gambar keluang itu, membuat keluang itu bangun dan memeranjatkan semua kanak-kanak.

Kanak-kanak bertanya apa tujuan Ah Tong menangkap keluang, tetapi dia keberatan dan berkata budak kecil tidak akan faham. Pada masa yang sama Tok Dalang muncul di depan rumah, mengajak Ah Tong untuk bersambung menangkap keluang malam nanti. Ujar Ah Tong betapa untungnya merampas peluang sekali setahun ini, menangkap keluang untuk pendapatan. Mail timbul rasa minat dan memujuk Ah Tong supaya dijemput sekali, tetapi Ah Tong enggan kerana berbahaya.

Sementara Ah Tong beredar, Tok Dalang naik ke anjung untuk bertanyakan Opah kerana berhasrat untuk membantu membasmi kelawar di dalam rumah. Setelah dijemput, Tok Dalang bercadang kepada Opah supaya memasang lampu pendarfluor untuk menghindarkan kelawar yang alah kepada cahaya terang melampau. Opah berasa enggan kerana takut akan bil elektrik naik.

Tok Dalang beralih cadangan kepada alat bunyi pencegah kelawar, tetapi Upin dan Ipin tidak senang kerana bunyi bisingnya. Maka Tok Dalang kebuntuan. Opah sendiri mencadangkan kaedah tradisional, iaitu mengibaskan pokok durian belanda atau pokok lengkuas terhadap kelawar yang alah kepada bau-baunya. Dengan itu tercetus juga akal Tok Dalang untuk membuat kapur barus yang berbau kuat untuk disembur ke atas siling untuk mengusir kelawar. Di samping itu Tok Dalang (dengan bantuan Upin dan Ipin) memasang kekisi pada bahagian-bahagian tingkap yang berlubang besar untuk mencegah kemasukan kelawar.

Tempoh hari kemudian, masalah kelawar pun selesai. Ros bergembira sedangkan Upin dan Ipin termenung ke mana agaknya kelawar pergi. Opah meminta kembar itu pergi menghantar bekalan kepada Tok Dalang. Setibanya di rumah penghulu mereka bertemu dengan jiran kesayangan mereka yang sedang memasang jaring untuk "sarang" kelawar yang baru dipasangnya.

Video[]

Teaser_Upin_&_Ipin_Musim_9_-_Siang_Tidur_Malam_Berjaga

Teaser Upin & Ipin Musim 9 - Siang Tidur Malam Berjaga


Tonton di RCTI+[]

Advertisement