Upin & Ipin telah disiarkan di beberapa buah negara atas faktor kepopularitian yang diraih siri ini. Buat masa ini, MNCTV dari Indonesia merupakan pemegang hak penyiaran siri Upin & Ipin terbesar, diikuti oleh Astro yang meraih hak penyiaran utama pada tahun 2018.
Versi antarabangsa[]
Bagi siri antarabangsa, hanya bahagian pengenalan tajuk dan kredit sahaja yang mengalami perubahan kepada bahasa Inggeris. Dalam episod, tiada perubahan yang berlaku. Semua tulisan di dalam episod kekal dalam bahasa Melayu melainkan terdapat terjemahan disediakan oleh pihak penyiar. Misalnya, siaran bagi Disney Channel menyediakan terjemahan bahasa Inggeris pada tulisan bahasa Melayu yang diletakkan berdekatan dengan tulisan asal itu.
Bagi pelakon suara, tidak ada perubahan dibuat. Semua pelakon suara asal bagi bahasa Melayu turut menyuarakan semula watak mereka dalam bahasa Inggeris, kecuali bagi watak Upin dan Ipin yang mana Asyiela Putri menyuarakan watak Upin dan Ipin bermula musim ketiga, walaupun beliau hanya memegang watak tersebut dalam bahasa Melayu pada musim keempat.
Siaran Asia[]
Asia Tenggara[]
Disney Channel Asia memegang hak penyiaran bagi siaran Upin & Ipin di seluruh Asia. Upin & Ipin disiarkan dalam beberapa bahasa seperti bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Mandarin, Sepanyol, dan beberapa episod secara terhad dalam bahasa Indonesia.
Indonesia[]
Bagi siaran di Indonesia, MNCTV memegang hak penyiaran bagi siri ini semenjak musim kedua lagi. Cuma, MNCTV tidak membeli hak penyiaran utama Upin & Ipin hanya sehingga tahun 2018 di mana Media Prima menerusi TV9 melepaskan hak penyiaran utama bagi siri Upin & Ipin. Tiada sebarang alih suara disediakan, melainkan beberapa episod di mana terdapat alih suara bahasa Indonesia. Hanya sarikata disediakan.
Brunei Darussalam[]
Siaran di Brunei Darussalam pula tidak disediakan di mana-mana penyiar televisyen tempatan negara itu. Sebaliknya, siaran Upin & Ipin di Brunei hanya melalui siaran Astro dari Malaysia. Memandangkan Astro merupakan penyiar terbesard di Brunei (siaran antarabangsa), Upin & Ipin disiarkan di Kristal-Astro.
Singapura[]
Siaran di Singapura pula menyaksikan Upin & Ipin disiarkan di saluran utama negara itu, MediaCorp Suria. Selain itu, perkhidmatan Astro juga disediakan di sana menyaksikan Upin & Ipin turut disediakan di Astro melalui waktu Malaysia.
Asia[]
India[]
Hungama TV telah menyiarkan siri Upin & Ipin, diikuti oleh Disney Channel India. Pada tahun 2020, Upin & Ipin telah menjadi siri televisyen ketiga yang paling banyak ditonton di saluran Disney Channel, satu peningkatan berganda susulan Upin & Ipin menduduki tangga kesembilan setahun sebelum itu.
Jepun
Disney Channel Asia telah bertanggungjawab menyiarkan siri Upin & Ipin. Upin & Ipin berjaya dimanfaatkan sebagai medium utama pembelajaran bahasa Melayu di beberapa buah sekolah di Jepun.
Upin & Ipin pernah dirancang untuk disiarkan di televisyen tempatan di sana menerusi sebuah perjanjian antara Les' Copaque denga Tsuburaya Production pada tahun 2011. Namun, perancangan ini menemui kegagalan selepas pihak penerbit siri ini bagi siaran Jepun, iaitu Tsuburaya Productions gagal membawa masuk Upin & Ipin ke stesen televisyen tempatan Jepun.