FANDOM



Susanti ialah seorang rakan sekelas Upin dan Ipin yang berasal dari Jakarta, Indonesia. Dia berpindah ke Kampung Durian Runtuh bersama keluarganya.

Rupa

Susanti tampil dengan kulit cerah dan tidak sawo matang macam kebanyakan kawan-kawannya, mungkin kerana bersolek tebal. Ini menunjukkan bahawa dia berasal dari sebuah keluarga yang berada.

Perwatakan

Walaupun bertutur dalam bahasa dan pelat Indonesia, namun bahasa yang digunakannya amat mudah difahami oleh rakan-rakan setempat. Sebagai anak orang berada, Susanti kelihatan agak pandai dengan teknologi berbanding rakan-rakan sekelasnya selaku penduduk kampung.

Trivia

  • Susanti merupakan watak pertama dan satu-satunya rakan baik Upin dan Ipin yang bukan berasal dari Malaysia.
  • Dia berasal dari Jakarta. Dia berpindah ke Kampung Durian Runtuh mengikut ibu bapanya atas urusan perniagaan.
  • Meskipun bertahun dia sudah menetap di Malaysia, dia masih lagi mengekalkan identiti Indonesia yang ada. Hal ini dibuktikan dalam episod Beli, Pakai, Suka yang mana dia menyatakan bahawa dia buatan Indonesia.
  • Sewaktu kali pertama dia berada di Kampung Durian Runtuh, dia tidak tahu untuk menggunakan mata wang Ringgit Malaysia apabila menyerahkan wang sejumlah seribu Rupiah Indonesia kepada Mail dalam episod Berpuasa Bersama Kawan Baru.
  • Dalam episod sama, dia duduk di tempat yang dikosongkan oleh Fathiah sebelum ini. Sebelum ketibaannya, Fathiah duduk di tempat itu. Wataknya dihilangkan bagi memberikan laluan kepada Susanti.
  • Pada permulaan, Susanti bukanlah rakan baik Upin dan Ipin. Namun, bermula sekitar musim 7, dia mula mendapat tempat memandangkan dia merupakan simbol siri Upin dan Ipin di Indonesia.
  • Susanti merupakan duta utama MNCTV, sebuah syarikat penyiar rasmi siri Upin & Ipin di Indonesia bersama Upin dan Ipin.
Community content is available under CC-BY-SA unless otherwise noted.