"Syahdunya Syawal" (satu bahagian) merupakan episod ke-7 dalam musim ke-14 daripada siri Upin & Ipin.

Sinopsis

Aidilfitri kembali lagi. Namun kali ini, kerana berlakunya sebuah peristiwa, Hari Raya Upin dan Ipin menjadi sendu dan suram. Siapakah yang bertanggungjawab menjadikan hari mereka suram?

Plot

Atok pun menerangkan maksud operasi plastik hitam kepada Mail, Upin & Ipin. Mail pun mengagumi penggunaan plastik hitam. Pada masa yang sama, Abang Sufian terdengar perbualan Atok, Mail, Upin & Ipin. Abang Sufian pun insaf. Atok juga memberitahu bahawa orang yang tidak berpuasa boleh ditangkap dan masuk lokap. Kemudian, Mail, Upin & Ipin pun nak ikut Atok menyertai operasi plastik hitam tetapi dihalang oleh Atok. Van jenazah pun meninggalkan Mail, Upin & Ipin berhabuk di muka masing-masing.

Di surau, Fizi memberitahu kawan-kawan bahawa surau semakin banyak orang kerana semua orang yang tinggal di bandar sudah balik ke kampung masing-masing. Upin pun bertanya kepada Mail mengapa Mail tidak balik kampung. Mail pun menjawab inilah kampungnya. Kemudian, Mail memberitahu kawan-kawan bahawa Ehsan akan menyambut Hari Raya di luar negara. Oleh itu, Fizi akan beraya sendirian tanpa Ehsan. Fizi juga mengajak kawan-kawan untuk bermain gasing pada hari esok. Tetapi Mail menolak. Mail memberitahu bahawa Mail akan membantu ibunya membakar lemang dan menganyam ketupat. Upin & Ipin pun memuji Mail. Mail juga memberitahu bahawa syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Kemudian, Upin & Ipin bertanya jika tiada ibu, macam mana? Fizi pun menjawab "tiadalah syurga". Upin & Ipin pun sedih. Pada masa yang sama, Mail menepuk bahu Fizi kerana kenyataan Fizi telah mengguris hati Upin & Ipin.

Kemudian, Kak Ros mengajak Upin & Ipin pulang ke rumah bersama Opah. Selepas Upin & Ipin beredar, Mail mencubit paha Fizi kerana Upin & Ipin telah pulang ke rumah tanpa bermain dengan Mail dan Fizi seperti yang dijanji tadi.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Kak Ros dan Opah perasan bahawa Upin & Ipin tidak seperti biasa. Kak Ros dan Opah dapat melihat kesedihan Upin & Ipin. Pada masa yang sama, Ipin terjatuh kerana tersepak batu. Upin pun membantu Ipin untuk bangun dari jalan. Ipin pun membaling batu yang disepaknya ke tepi.

Di rumah, Opah bertanya kepada Upin & Ipin mengapa Upin & Ipin sedih. Upin & Ipin pun memberitahu Opah bahawa Upin & Ipin tiada ibu. Maka Upin & Ipin tiada syurga. Opah pun memberitahu bahawa syurga adalah untuk orang yang berbuat baik.

Di pagi raya, Kak Ros berswafato bersama Opah, Upin & Ipin. Selepas itu, Opah, Kak Ros, Upin & Ipin pun melawat kubur.

Epilog/ Fizi Minta Maaf

Selepas kejadian di surau tempoh hari, Fizi merakam sebuah video. Dalam video itu, dia meminta maaf kepada Upin dan Ipin atas kata-katanya di surau pada malam itu. Dia sedar akan kesilapannya setelah ditegur oleh Mail, dan menyesali kata-katanya. Mujurlah, Upin dan Ipin memaafkan kesilapan Fizi dan menganggap mereka semua ialah sahabat selamanya.

Trivia

  • Episod ini merupakan kesinambungan daripada episod pembukaan bagi musim ke-14, iaitu Ragam Ramadhan.
  • Di video Kompilasi Episod Raya Upin & Ipin untuk musim ke-14, tajuk cerita ini adalah Syahdu Syawal.
  • Cerita ini hanya mempunyai satu bahagian, bukan seperti biasa yang mempunyai 3 bahagian.
    • Ini merupakan kali pertama satu episod tidak dipecahkan kepada beberapa bahagian semenjak episod Selamat Menyambut Lebaran, musim ke-3.
  • Babak di mana Fizi tersalah cakap mengenai ketiadaan Syurga buat Upin dan Ipin telah menjadi kontroversi sehingga memaksa pihak Les' Copaque menghasilkan semula episod ini dengan babak Fizi meminta maaf ditambah pada babak akhir episod. Walau bagaimanapun, versi terbaru itu hanya dimuat naik di saluran YouTube dan versi asal tetap diteruskan dan ditayangkan di televisyen.
    • Satu video khas iaitu "Fizi Minta Maaf" dimuat naik secara berasingan di YouTube. Video tersebut kemudian digabungkan dengan episod ini. Walau bagaimanapun, video itu kekal di YouTube.

Galeri

Video

Upin_&_Ipin_Musim_14_Syahdunya_Syawal

Upin & Ipin Musim 14 Syahdunya Syawal

Kompilasi_Episod_Raya_Upin_&_Ipin

Kompilasi Episod Raya Upin & Ipin

(Sila mula dari 38:44)

Upin_dan_Ipin_Tiada_Syurga?

Upin dan Ipin Tiada Syurga?

Upin_&_Ipin_Fizi_Minta_Maaf

Upin & Ipin Fizi Minta Maaf

Upin_&_Ipin_Musim_14_Syahdunya_Syawal_Episod_Penuh

Upin & Ipin Musim 14 Syahdunya Syawal Episod Penuh

VIRAL!_-_Pengarah_Upin_&_Ipin_jawab_isu_Fizi

VIRAL! - Pengarah Upin & Ipin jawab isu Fizi


Tonton di RCTI+

Lihat lagi

Community content is available under CC-BY-SA unless otherwise noted.