"Tamak" ialah episod keempat dalam Upin & Ipin: Setahun Kemudian, iaitu musim kedua Upin & Ipin.
Ringkasan[]
Kak Ros membawa Upin & Ipin ke Pasar Ramadan untuk membeli makanan untuk berbuka puasa. Kak Ros memberikan duit kepada adik-beradik kembar itu untuk membeli satu barang sahaja, tetapi mereka terlebih beli ayam goreng sehingga cukup untuk memenuhi meja makan, sehingga setibanya waktu makan, mereka tidak terdaya untuk menghabiskan semua ayam yang dibeli mereka itu.
Trivia[]
- Episod ini dilabel sebagai episod ke-10 kerana dikira mengikut kiraan dari musim pertama.
Video[]