Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Tanya Sama Pokok" (tiga bahagian) merupakan episod ke-22, ke-23 dan ke-24 (episod ke-8 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-12 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Kak Ros memindahkan pokok ros dari pasu yang kecil ke pasu yang lebih besar. Kak Ros juga mengajar Upin & Ipin cara yang betul untuk menanam bunga ros dengan langkah-langkah yang betul. Kak Ros juga menyuruh Upin & Ipin untuk menyiram pokok bunga. Semasa Ipin sedang menyiram pokok, Ipin telah tersiram Upin. Kak Ros memesan kepada Upin & Ipin agar jangan terlebih siram pokok, nanti pokok akan mati. Apabila Upin & Ipin bercakap pada pokok, tiba-tiba pokok membalas pertanyaan Upin & Ipin. Upin & Ipin pun takut, lalu berlari ke dalam rumah. Rupa-rupanya Kak Ros yang menjawab sebagai bunga tadi.

Bahagian 2[]

Pada waktu malam, semasa Upin & Ipin sedang berlatih sifir, Kak Ros telah mengajar mereka tentang pokok kaktus. Kak Ros pun memberi Upin & Ipin dua pokok kaktus yang kecil untuk dijaga.

Keesokkan harinya, Upin & Ipin telah bertukar menjadi pokok kaktus semalam yang kecil. Upin & Ipin rasa mereka sangat comel dalam bentuk kaktus. Mereka pun ingin turun dari meja. Apabila mereka turun dari meja, Ipin ternampak cicak di tepi meja, lalu terkejut. Upin & Ipin pun jatuh dari meja dan kaktus pun terkeluar dari pasu. Kak Ros masuk bilik Upin & Ipin, tetapi tak jumpa Upin & Ipin. Kak Ros hanya jumpa dua kaktus semalam, tetapi kaktus telah tumpah. Kak Ros pun membubuh kaktus balik ke pasu kecil dan kemudiannya membawa kedua-dua kaktus ke anjung rumah. Kak Ros kemudiannya menyiram kaktus & bunga ros di anjung rumah. Upin & Ipin terkejut kerana bunya ros itu bercakap dengan mereka. Bunga ros mengajar Upin & Ipin bahawa tumbuhan yang dijaga manusia sangat bertuah. Rumput-rumput tepi jalan dicemari dengan habuk & tahi dari Sapy.

Apabila hujan bakal turun, Kak Ros cepat cepat tutup pintu, Upin & Ipin ditinggalkan di anjung rumah. Upin & Ipin diterbangkan dalam ribut.

Bahagian 3[]

Upin & Ipin diterbangkan ke hutan yang berdekatan dengan rumah. Tiba-tiba ada sebuah pokok meminta tolong kerana diserang belalang. Upin & Ipin menggunakan duri mereka untuk menghalau belalang itu.

Apabila Upin & Ipin sedang lompat-lompat untuk pulang ke rumah, mereka di langgar oleh Ehsan & Fizi sampai pasu kaktus mereka pecah. Mereka kini tidak mampu lompat-lompat lagi. Mereka menangis teresak-esak.

Rupa-rupanya Kak Ros sedang bercerita. Upin & Ipin kini berjanji akan menjaga kaktus mereka dengan baik.

Galeri[]

Video[]

Kompilasi_Upin_&_Ipin_Musim_12

Kompilasi Upin & Ipin Musim 12

Upin_&_Ipin_-_Tanya_Sama_Pokok_(Sing_-_Along)

Upin & Ipin - Tanya Sama Pokok (Sing - Along)


Tonton di RCTI+[]

Lihat lagi[]

Advertisement