Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Teroka Lautan" (tiga bahagian) merupakan episod ke-40, ke-41 dan ke-42 (episod ke-14 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-11 daripada siri Upin & Ipin. Episod ini ditayang pada pukul 7.30 malam.

Sinopsis[]

Upin, Ipin dan kawan-kawan berimaginasi menjadi hidupan laut.

Plot[]

Bahagian 1[]

Di Laut Timur di Asia Tenggara, Upin & Ipin adalah si ikan angel, Jarjit adalah si umang-umang, Fizi adalah si ikan sardin, Mail adalah si obor-obor dan Ehsan adalah si ikan buntal. Mereka sedang bermain sepak buih. Kemudian, Mei Mei pun muncul. Mei Mei pula adalah si kuda laut. Mei Mei mengajak kawan-kawan untuk ke lautan dalam untuk mencari ikan paus. Hanya Jarjit, Mail, Upin dan Ipin mengikut Mei Mei pergi. Fizi dan Ehsan tidak pergi ke lautan dalam. Tiba-tiba semasa Fizi dan Ehsan sedang berenang, mereka bertembung dengan ikan jerung.

Bahagian 2[]

Di lautan dalam, kawan-kawan nampak pelbagai lagi jenis hidupan laut. Mail telah menyelamatkan Atok (si penyu). Atok tersangkut pada jaring pukat. Mail telah membebaskan Atok daripada pukat dengan menggunakan sesungutnya. Kemudian, ikan Upin & Ipin ditangkap oleh Kak Ros. Kemudian Upin & Ipin dilepaskan semula ke lautan oleh Kak Ros. 

Bahagian 3[]

Kembalinya ke tempat tinggal yang asal, Upin, Ipin dan kawan-kawan mendapati bahawa tempat tinggal mereka telah tercemar. Fizi dan Ehsan pula sudah hilang. Tiba-tiba Fizi dan Ehsan muncul dengan ikan jerung yang mesra. Sekarang rumah Upin, Ipin dan kawan-kawan adalah di kapal yang sudah tenggelam. Kapal itu penuh dengan harta karun.

Rupa-rupanya, Upin, Ipin dan kawan-kawan sedang bermain. Mereka ditemani oleh Opah dan Atok di anjung rumah. Kak Ros berkata Upin, Ipin dan kawan-kawan bermain dan menyanyi sampai hujan. Kemudian, Upin, Ipin dan kawan-kawan mengimaginasi Kak Ros sebagai sotong gergasi.

Galeri[]

Video[]

Episod_Terbaru!_Upin_&_Ipin_Musim_11_-_Teroka_Lautan

Episod Terbaru! Upin & Ipin Musim 11 - Teroka Lautan

Teaser Upin & Ipin 11: Teroka Lautan


Tonton di RCTI+[]

Advertisement