Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Tersentuh Hati" (tiga bahagian) ialah episod ke-7 hingga ke-9 dalam musim ke-5 daripada siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan.

Plot[]

Bahagian 1[]

Upin dan Ipin masuk ke dalam dapur lalu berjumpa dengan Opah yang membawa sekantung kacang hijau, sementara Kak Ros sibuk memasak. Apabila ditanya, Opah menerangkan bahawa kacang hijau itu digunakan untuk membuat kuih putu kacang. Kak Ros menyuruh mereka membawa keluar sesuatu benda yang dilitupi kain di bawah tangga dapur. Sebaik sahaja mereka mengangkat kain itu, mereka dikejutkan oleh seekor katak yang menyorok di dalamnya selama ini, sehingga mereka hampir leka mengejarnya, sebelum sempat disuruh balik oleh Kak Ros.

Setelah disuruh oleh Kak Ros untuk mengangkat barang yang berupa tembikar batu di bawah tangga dapur, Upin dan Ipin cuba menunjuk-nunjukkan kelelakian mereka di depannya dan Opah, tetapi mereka bersusah-payah menyeret benda berat itu ke tepi Opah. Selepas itu, Opah memasang bahagian lain supaya lengkapnya "batu kisar" yang digunakan untuk mengisar kacang hijau menjadi serbuk. Setelah mengisar kacang secukupnya, Opah membenarkan Upin dan Ipin mencuba batu kisar. tetapi kemudian, mereka bermain-main pula dengan serbuk kacang sehingga bertaburan di dapur dan memarahkan Kak Ros. Opah menyuruh mereka pergi mandi pula, tetapi mereka masih berleka dengan semangat bermain dan berlumba-lumba ke bilik air...sehingga Ipin tersepak ambang pintu lalu terjatuh.

Bahagian 2[]

Upin merengek dalam bilik tidur, walaupun Ipinlah yang kesakitan, kerana tidak dapat bermain dengan Ipin buat sementara waktu. Kaki kanan Ipin dibalut kerana cedera. Kak Ros membawakan susu panas untuk Ipin. Apabila ditanya mengapa tidak buat untuk Upin sekali, Kak Ros menjawab, Upin tidak sakit. Upin berbuat-buat sakit perut, tetapi Kak Ros tidak terpedaya.

Keesokan hari, Upin pergi ke tadika sendirian, lantas ditanya oleh kawan-kawan mengapa Ipin tidak datang sekali. Setelah memberikan penjelasan, mereka semua berpakat untuk melawat Ipin selepas waktu sekolah.

Sepulangnya di rumah, Upin terpaksa melayan kerenah Ipin yang menyuruh-nyuruh abangnya gara-gara kecederaan kakinya. Akhirnya kawan-kawan mereka datang seperti yang dijanjikan, membawa sekali makanan ringan khas untuk Ipin serta menulis pesanan cepat sembuh di atas balut kaki Ipin. Setelah mereka pergi, Upin sekali lagi melayan kerenah Ipin dan suka mengarah dan juga kedekut (kerana menganggap semua berian kawan-kawan itu untuknya sahaja). Akhirnya Upin tidak tahan lalu berjauhan dari Ipin, menyebabkan Ipin berasa insaf. Apabila mendengar satu lagi permintaan Ipin dengan nada yang kesedihan, Upin pun berpaling dan memapah adiknya keluar untuk melihat Upin bermain dengan kawan-kawan.

Bahagian 3[]

Walaupun kaki Ipin belum sembuh, Upin membawa Ipin keluar bersiar-siar dengan basikal. Mereka berjumpa dengan kawan-kawan dekat pondok, lalu bercadang supaya mereka bermain sorok-sorok. Mula-mula, Ipin menjadi pencari, tetapi lambat-laun hilang seronok kerana tidak dapat bergerak cepat, lalu terus menyeru mereka keluar tanpa mencari seorang pun sendiri. Kemudian, Upin pula yang menjadi pencari, tetapi Ipin masih tidak puas kerana tidak sempat mencari tempat yang sesuai untuk menyorok setelah habis hitungan Upin, lantas mudah dijumpai oleh si pencari.

Sementara Upin mencari yang lain-lain, Ipin kebosanan duduk dalam pondok, sehingga dia dijenguk oleh seorang yang agak asing di kampung ini, seorang perempuan berkerusi roda memahami perasaannya lalu bersembang dengan Ipin. Setelah Upin dan yang lain berkumpul semula, mereka hairan melihat orang asing yang berbual dengan Ipin, lantas mendekatinya untuk berkenalan. Untuk menjawab kehairanan mereka yang kakinya tidak kelihatan cedera, pelawat itu menjelaskan bahawa dia terpaksa berkerusi roda kerana tidak boleh berjalan lagi seumur hidup disebabkan kemalangan zaman dahulu. Pelawat itu juga berpesan supaya menghargai pemberian Tuhan (kebolehan berjalan kaki) dan jangan mensia-siakannya dengan mencederakan diri.

Trivia[]

  • Episod ini menampilkan Senator Datuk Ras Adiba Radzi, bekas wartawan, aktivis Orang Kelainan Upaya dan kini sebagai Ahli Dewan Negara Malaysia. Beliau tampil di akhir episod sewaktu menemani Ipin yang tidak dapat bermain.

Video[]

Tonton di RCTI+[]

Advertisement