Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Tibanya Syawal" (tiga bahagian) merupakan episod ke-7, ke-8 dan ke-9 (episod ke-3 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-13 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Kesemua telur pecah dalam beg plastik Upin pun pecah. Atok pun datang tolong menyapu telur-telur yang pecah dengan penyapu lidi. Atok pun meminta Upin & Ipin belanja Atok kuah masak lemak agar boleh dapat pahala. Tetapi jumlah telur dalam beg plastik Ipin hanya ada tiga biji telur. Maka Upin pun berkata telur hanya untuk Opah, Upin dan Ipin. Upin juga mencadangkan hanya memberi kuah lemak.

Semasa Upin & Ipin ingin pergi mengaji, Kak Ros sedang melihat buku resipi kuih raya. Kak Ros memberitahu Upin & Ipin bahawa dia ingin membuat "kuih tunjuk" untuk Hari Raya. Apabila Opah pulang ke rumah, Upin & Ipin memberitahu Opah bahawa Kak Ros ingin membuat "kuih tunjuk". Opah pun gelak, tetapi Upin & Ipin tidak tahu kenapa Opah gelak terbahak-bahak apabila mendengar nama "kuih tunjuk".

Apabila Upin & Ipin pulang dari mengaji, Kak Ros berbasikal untuk ke pasar Ramadhan. Upin & Ipin pun berbasikal sambil mengejar Kak Ros ke pasar Ramadhan. Mereka berlumba untuk sampai ke pasar Ramadhan. Upin & Ipin menang perlawanan ini.

Bahagian 2[]

Setibanya di pasar Ramadhan, Kak Ros membeli kuih Raya yang dijual di pasar Ramadhan. Rupa-rupanya itulah namanya kuih tunjuk kerana Kak Ros menari-nari sambil menunjuk kuih yang ingin dibelinya di pasar Ramadhan. Upin & Ipin juga membeli dodol dari pasar Ramadhan.

Semasa berbuka, Upin & Ipin ingin makan dodol yang dibeli dari pasar Ramadhan tadi. Tetapi Opah memesan agar mereka makan nasi dahulu sebelum makan dodol.

Sebelum ke surau, Upin & Ipin sedang makan dodol di ruang tamu. Upin & Ipin makan dodol sambil bermain-main dengan dodol. Kak Ros pun marah.

Opah pun duduk di ruang tamu dan memberitahu Upin & Ipin bahawa, dulu semua orang kampung akan bergotong-royong membuat dodol. Opah juga memberitahu bahawa orang zaman sekarang tidak lagi rajin mengacau dodol. Upin & Ipin pun mencadangkan agar Opah buat dodol untuk Upin & Ipin tahun ini. Opah pun menyuruh Upin & Ipin untuk menggunakan kawah besar Atok untuk membuat dodol.

Semasa di surau, Upin & Ipin mencadangkan kepada Atok untuk membuat dodol. Atok pun bersetuju dengan cadangan mereka. Ehsan & Fizi juga terdengar perbualan Atok bersama Upin & Ipin. Maka Ehsan juga menawarkan diri untuk menolong Atok membuat dodol.

Bahagian 3[]

Pada keesokkan harinya, Upin, Ipin, Fizi dan Ehsan pun menolong Atok membuat dodol. Mereka menolong Atok membasuh kawah dahulu sebelum membuat dodol. Mereka juga bermain dengan air semasa membasuh kawah. Oleh itu, Atok menegur mereka agar tidak bermain dengan air. Atok pun mengajar mereka membuat dodol. Selepas dodol siap dimasak, barulah Mail, Mei Mei, Susanti dan Jarjit muncul. Atok pun membahagikan dodol kepada semua.

Pada pagi Raya, semua kawan-kawan pun datang beraya di rumah Upin & Ipin. Mereka juga pergi beraya di rumah Atok, rumah Abang Salleh dan rumah Ehsan.

Kemudian, Opah menunggu saudara maranya untuk datang beraya di rumahnya. Mereka datang menaiki kereta. Tetapi Upin & Ipin tidak mengenali mereka. Hanya Kak Ros dan Opah sahaja yang mengenali siapa mereka.

Trivia[]

  • Episod ini dilabel sebagai episod ke-26, ke-27, ke-28 di app Astro Go.
Astro go - raya


Galeri[]

Video[]

Upin_&_Ipin_Musim_13_-_Tibanya_Syawal_(Episod_Baru)

Upin & Ipin Musim 13 - Tibanya Syawal (Episod Baru)

Promo Episod Tibanya Syawal


Lihat lagi[]

Advertisement