"Tiga Hajat" (tiga bahagian) merupakan episod ke-16, ke-17 dan ke-18 (episod ke-6 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-13 daripada siri Upin & Ipin.
Plot[]
Bahagian 1[]
Upin dan Ipin menolong Ah Tong mengemas buku-buku lama untuk dikitar semula. Setelah itu, mereka mengambil keputusan untuk membawa pulang sekotak buku untuk dibaca di rumah. Antara buku yang dibawa pulang ialah sebuah buku misteri bertajuk Tiga Hajat yang kosong belaka muka-muka suratnya.
Bahagian 2[]
Upin dan Ipin membawa buku-buku "baharu" mereka ke kawasan pondok mainan untuk dikongsikan bersama Fizi, Jarjit dan Mei Mei, termasuk buku Tiga Hajat yang kosong itu. Tetapi setelah tertumpah air barulah buku misteri nampak isinya yang meminta pembaca untuk menyebut tiga hajat untuk ditunaikan.
Ipin menghajatkan ayam goreng, sebentar lagi dapat juga ayam goreng yang dihantar oleh Atok. Upin menghajatkan mainan Metrobot X, mainan yang dihajatkan pun terbang ke mari.
Bahagian 3[]
Upin dan Ipin menunjukkan buku Tiga Hajat kepada Kak Ros lalu menerangkan bagaimana mereka mendapat mesej yang tersembunyi dalam buku ini. Kak Ros menunjukkan mereka proses 'silap mata' untuk menerangkan bagaimana mesej rahsia itu dihasilkan, serta menyangkal hajat tertunai itu sebagai kebetulan. Tiba-tiba sahaja Ehsan datang melawat untuk menuntut semula mainan Metrobot X-nya yang dihilangkan kerana leka makan di gerai Muthu. Ehsan pun mendekati buku Tiga Hajat dan mencuba nasib dengan buku itu.
Trivia[]
- Ini merupakan rantaian episod keenam dalam turutan siaran perdana MNCTV, tetapi episod kelima (13, 14, 15) dalam turutan Astro Prima.
- Sebahagian besar buku yang dibawa pulang oleh Upin dan Ipin ialah buku cerita sama ada:
- Watak-watak yang mereka temui di Inderaloka dalam filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, atau;
- Episod-episod yang pernah disiarkan dalam siri Pada Zaman Dahulu, satu lagi siri terbitan Les' Copaque.