FANDOM



"Waalaikumussalam... ha, kenapa?"
— Tok Dalang setiap kali Upin dan Ipin datang ke rumahnya


Tok Dalang (nama sebenar: Isnin bin Khamis) ialah penghulu Kampung Durian Runtuh. Dia juga disegani sebagai juara wayang kulit, seperti yang diperlihatkan dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula, maka gelarannya Tok Dalang.

Tok Dalang adalah jiran sebelah keluarga Upin dan Ipin yang tinggal di rumah berwarna biru. Dia tinggal keseorangan dalam rumahnya kerana anak cucunya tinggal di bandar.

Rupa

Tok Dalang sering tampil dengan kopiah dan pakaian serba kelabu. Dia selalu membiarkan bajunya tidak dipasang butang sehingga mendedahkan dadanya yang kurus kering hingga nampak tulang rusuk. Walau bagaimanapun, dalam episod Terawih, dia memakai pakaian dalam berwarna kelabu.

Bermula episod Hasil Tempatan dan episod-episod seterusnya, Tok Dalang memakai singlet putih untuk menutupi bahagian dadanya.

Perwatakan

Dalam musim pertama, perwatakan Tok Dalang kelihatan kurang mesra dengan kanak-kanak yang selalu mengusiknya, terutamanya apabila mereka mengejar Rembo, ayam belaannya di serata kampung.

Akhir-akhir ini, Tok Dalang lebih mesra dengan kanak-kanak, termasuklah yang nakal. Dia mengalu-alukan bantuan Upin, Ipin dan kawan-kawan dalam bermacam-macam perkara, mungkin disebabkan usianya yang lanjut.

Beliau juga mahir dalam bidang sukan apabila melatih Upin dan Ipin bermain badminton. Dia juga melatih kawan-kawan Upin dan Ipin bermain bola beracun.

Pekerjaan

  • Ketua Kampung: Selain memimpin kampung, tugasnya adalah mengumpul zakat fitrah daripada penduduk kampung yang beragama Islam sempena Ramadan.
  • Pertanian: Di halaman rumahnya ada beberapa pokok rambutan dan reban ayam yang dijadikan punca makanan dan pendapatan. Dia juga mempunyai sebuah dusun durian dan kelapa di pinggiran kampung yang ditujuinya dengan menunggang basikal atau motosikal.
  • Penternakan: Tok Dalang mengusahakan penternakan ayam di kawasan rumahnya. Ayam-ayamnya dijaga sebelum dijual kepada orang lain seperti Mail.
  • Pertukangan: Tok Dalang ada sebuah bengkel di bawah rumahnya, di mana dia membuat bermacam-macam benda, apalagi yang diingini oleh Upin dan Ipin. Dia juga membuat barangan daripada hasil tani di dalam mahupun halaman rumah.
  • Kesenian: Tok Dalang digelar sedemikian kerana mahir dalam wayang kulit, bahkan pernah banyak memenangi pertandingan wayang kulit. Selain itu dia pandai membuat kraf tangan, mainan dan hasil seni seperti wau dan gasing. Dia juga merupakan juara kompang Kampung Durian Runtuh dan bertanggungjawab melatih Upin dan Ipin dan kawan-kawan cara bermain kompang.
  • Pelancongan: Tok Dalang memiliki sebuah inap desa di kawasan dusun yang dinamakan Inap Desa Tok Dalang.

Trivia

  • Tok Dalang juga dikenali sebagai 'Raja Pantun'. Dia memenangi pertandingan pantun nasihat, pantun jenaka, pantun agama, pantun adat, pantun orang muda, dan pantun teka-teki.
  • Tok Dalang mempunyai minat yang mendalam dalam barang antik. Dia menyimpan sejumlah barang antik dalam kuantiti yang banyak.
  • Dalam episod Kenangan Mengusik Jiwa, Tok Dalang didedahkan sangat menggemari filem-filem P. Ramlee. Ini dibuktikan dengan sejumlah CD filem P. Ramlee yang banyak di ruang tamu rumahnya.
  • Dalam episod Jom Hidup Sihat, Tok Dalang didedahkan bahawa:
    • Berat badannya ialah 70 kg.
    • Tingginya 170 cm.
    • Indeks Jisim Badannya berada pada tahap normal.
  • Dalam filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, Tok Dalang mendedahkan bahawa dia menyimpan Keris Siamang Tunggal yang diperoleh secara misteri. Tidak diketahui bagaimana dia boleh memperoleh keris tersebut sedangkan keris itu ditempa dari alam yang lain.
Community content is available under CC-BY-SA unless otherwise noted.