Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Tudung Saji Mengkuang" (tiga bahagian) merupakan episod ke-19, ke-20 dan ke-21 (episod ke-8 mengikut kiraan tajuk cerita) dalam musim ke-14 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Opah membasuh tudung saji lalu menyidai tudung saji di anjung rumah. Tetapi angin yang kuat telah meniup tudung saji itu ke lantai.

Semasa Upin & Ipin sedang bermain di luar rumah, Upin & Ipin terjumpa tudung saji itu di atas lantai. Upin & Ipin pun menyangka Opah tidak mahu lagi tudung saji itu. Maka Upin & Ipin pun membawa tudung saji itu untuk bermain bersama kawan-kawan.

Mail & Jarjit sedang bemain di parit. Jarjit ingin menangkap katak tetapi gagal. Upin & Ipin ingin menggunakan tudung saji itu untuk menangkap katak. Tetapi kemunculan Fizi telah mengejutkan katak-katak di parit.

Mail, Jarjit, Fizi, Upin & Ipin pun tunggu di pondok. Ehsan pun muncul dengan bola lisut & kayu untuk bermain bola lisut.

Semasa mereka sedang bemain, Ipin menggunakan tudung saji itu untuk menangkap bola.

Bahagian 2[]

Bola telah menembusi tudung saji itu. Maka tudung saji itu pun sudah berlubang.

Di luar rumah, Opah dan Kak Ros sedang mencari tudung saji, tetapi tidak dijumpai.

Semasa Upin & Ipin pulang, Kak Ros & Opah pun kecewa bahawa tudung saji itu sudah tidak boleh digunakan lagi.

Di sekolah, Mei Mei, Susanti, Ehsan, Fizi, Upin & Ipin sedang bermain dengan kapal terbang kertas. Jarjit pun memulakan pertandingan sambil berpantun, tetapi dihalang oleh Fizi. Kapal terbang Ehsan jatuh dahulu. Kapal terbang Mei Mei berkecai kerana bertemu dengan kipas. Kapal terbang Susanti pula terselit pada tingkap. Kapal terbang Fizi pula dihalang oleh cicak. Maka kapal terbang Upin & Ipin pun berlawan. Kapal terbang Ipin termasuk ke dalam mulut Mail semasa Mail tiba di pintu kelas. Pemenangnya adalah Upin.

Mail bertanya kepada Upin dimanakah tudung saji yang telah berlubang. Mail inginkan tudung saji berkenaan.

Kak Ros sedang pukul lalat kerana tidak ada lagi tudung saji. Opah hanya mahukan tudung saji mengkuang. Opah tidak suka tudung saji plastik. Kak Ros sibuk memukul lalat dan tidak dapat makan dengan tenang. Opah & Kak Ros menceritakan fungsi tudung saji kepada Upin & Ipin.

Bahagian 3[]

Mail pun datang ke rumah Upin & Ipin untuk mengambil tudung saji yang berlubang. Mail mengajak Upin & Ipin untuk menangkap katak petang nanti.

Pada waktu petang, Mail sedang menangkap katak dengan tudung saji (berlubang) yang telah diubah suai. Mail gagal menangkap katak. Upin pula cuba menangkap katak menggunakan tudung saji yang diubah suai itu. Upin berjaya menangkap banyak katak. Uncle Ah Tong pun ternampak banyak katak yang Upin berjaya tangkap. Ipin pun menjual hampir ke semua katak-katak tadi kepasa Uncle Ah Tong. Tinggal hanya beberapa ekor katak untuk Jarjit. Jarjit sangat gembira dengan katak yang Mail, Upin & Ipin memberi kepadanya.

Sambil makan rambutan bersama Atok, Upin & Ipin menyuruh Atok untuk membuat tudung saji mengkuang untuk Opah. Atok menolak permintaan tersebut kerana tudung saji mengkuang susah untuk dihasilkan. Tetapi Atok menghadiahkan tudung saji mengkuang yang baru dibeli oleh Atok kepada Upin & Ipin.

Upin & Ipin pun membawa tudung saji mengkuang itu kepada Opah. Opah pun gembira. Kak Ros juga pulang bersama tudung saji mengkuang yang baru. Tudung saji mengkuang yang Kak Ros baru beli adalah sama warna dengan tudung saji mengkuang yang Atok baru hadiahkan.

Galeri[]

Video[]

Episod_Baru_Upin_&_Ipin_Musim_14_-_Tudung_Saji_Mengkuang

Episod Baru Upin & Ipin Musim 14 - Tudung Saji Mengkuang


Tonton di RCTI+[]

Lihat lagi[]

Advertisement