Ultraman Ribut merupakan karakter khas yang muncul dalam dua episod siri Upin & Ipin iaitu Upin, Ipin dan Ultraman Ribut (Musim 8) dan Ultraman Ribut II (Musim 9). Watak ini dihasilkan melalui kerjasama antara Les' Copaque Production selaku syarikat pengeluar siri Upin & Ipin dengan Tsuburaya Productions selaku syarikat pengeluar siri Ultraman.
Sejarah[]
Upin, Ipin dan Ultraman Ribut[]
Pasukan Defense Rescue Force sedang menyiasat sebuah bebola api misteri yang menjunam ke Bumi, yang mana telah mengakibatkan berlakunya jerebu yang sangat tebal di bandar. Selepas mengesyaki berlakunya kegiatan pembalakan haram dan pencemaran sungai, mereka pun mendapat tahu bahawa punca asap tersebut ialah Makhluk Asing Kilat sebelum pesawat mereka diserang olehnya. Mujurlah Terasawa, salah seorang anggota DRF bertukar menjadi Ultraman Ribut dan menyelamatkan pesawat Aman 1 dari terhempas. Namun tiba-tiba, Makhluk Asing Kilat memerangkap pula Aman 2 menyebabkan pesawat mereka tidak boleh bergerak sebelum melepaskan tembakan ke arah Ribut, tetapi dia menunjukkan kelincahannya mengelak setiap serangan lalu meluru ke arah makhluk asing itu, menyebabkannya melempar pesawat ke arah lebuhraya. Bertindak balas dengan pantas, Ribut pun terbang ke arahnya dan menyelamatkannya dalam bebola gergasi.
Upin dan Ipin cuba menembak makhluk asing itu, yang hanya menyebabkan perhatiannya teralih kepada dua kembar cilik itu. Ribut menghentikan serangannya itu dan meneruskan pertarungan mereka di kawasan lain yang tiada orang. Tidak mensia-siakan peluang itu, Kilat pun membakar seluruh kawasan dan menyedut asapnya untuk menggandakan kekuatannya. Menyaksikan perkara itu, DRF segera mengeluarkan penapis udara dari pesawat mereka untuk menapis asap itu, memberikan kelebihan kepada Ribut. Makhluk asing mula naik darah lalu menyerang Ribut, tetapi dengan mudah dielaknya. Namun, salah satu tembakan itu telah mengenai stesen kuasa, mengakibatkan Raksasa Halilintar terjaga. Ia pun menyerap tenaga elektrik yang telah bocor dan saiznya mula membesar daripada Ribut sendiri sebelum menuju ke arah bandar Kuala Lumpur.
Ribut lantas menamatkan riwayat Makhluk Asing Kilat menggunakan teknik Galaxium Blaster sebelum pergi ke bandar untuk menghentikan Halilintar. Apabila tiba tepat pada masanya, adiwira itu melindungi beberapa kanak-kanak dari diserang Halilintar, tetapi telah kehilangan Ribut Blocker miliknya dalam proses itu. Signal Timer Ribut pun mula berkelip kemudiannya menyebabkannya mula hilang kesedaran, namun dia bangkit semula setelah mendengar Upin dan Ipin yang menyoraknya. Bersedia untuk menyerang Halilintar lagi, dia memotong tanduknya sebelum menempatkannya dalam jaring gergasi, lalu menghumbannya ke angkasa lepas. Berterima kasih atas bantuan dan keberanian Upin dan Ipin, Ribut mendermakan sebutir cahaya sebagai hadiah perpisahan, yang ternyata ialah G Flash yang telah dipakaikan di pergelangan tangan sebaik sahaja mereka bangun dari tidur di dunia sebenar.
Ultraman Ribut II[]
Bayang-bayang penduduk Kampung Durian Runtuh mula menghilang yang menyebabkan mereka menjadi langsung tidak bermaya dan tidak menunjukkan sebarang perasaan. Kejadian aneh yang menimpa mereka ternyata ialah angkara Raksasa Bayang, seekor raksasa yang gemar memakan bayang-bayang manusia. Apabila ia mensasarkan bayang-bayang Upin dan Ipin, Ultraman Ribut muncul untuk menyelamatkan mereka, tetapi nyatanya raksasa tersebut bukan lawannya. Ia hampir mendapatkan bayang-bayang Ribut, tetapi dia mempertahankan dirinya dengan melepaskan cahaya dari kristalnya, menggagalkan niat raksasa itu.
Bayang pun terus memakan bayang-bayang mangsanya yang lain, dan ini telah menjadikannya bersaiz dua kali ganda lebih besar sejak kali terakhir bertarung dengan Ribut. Ia muncul semula berhampiran dengan markas DRF, dan mereka menghantar Upin dan Ipin untuk membebaskan bayang-bayang yang terperangkap di dalamnya. Setelah berhasil berbuat demikian, Bayang pun kembali mengecil kepada saiz biasanya. Ketika G Flash yang dipakai oleh kembar itu bersinar, Ultraman Ribut muncul semula untuk mencabar raksasa itu lagi, tetapi agak sukar baginya kerana Upin dan Ipin masih berada di dalamnya. Seusai membebaskan bayang-bayang kembali kepada empunya masing-masing, Ribut terus menentang raksasa itu dengan segala daya, namun dia sendiri yang dipukul mengakibatkan lampu Signal Timer di dadanya mula berkelip. Maka dia pun melepaskan sepakan layang ke arah Bayang sehingga ke langit, dan kemudian menamatkan riwayatnya menggunakan Galaxium Blaster.
Selesai pertarungan itu, Ribut membawa kembar itu ke sebuah ruang cahaya dan menyalurkan lebih banyak cahaya ke dalam G Flash mereka. Upin dan Ipin pun kembali ke rumah mereka, lalu imej Ribut kelihatan di awan.
Trivia[]
- Dalam bahasa Jepun, Ultraman Ribut disebut sebagai 'Ributto'.
- Dengan penghasilan Ultraman Ribut, Malaysia menjadi negara ketiga selain Jepun di dunia yang mempunyai Ultraman yang tersendiri selepas Amerika Syarikat dan Australia.
- Ribut merupakan Ultraman kedua yang mempunyai nama berasal dari bahasa Melayu selepas Ultraman Tiga.
- Ribut mula melakukan penampilan pertamanya dalam sebuah persembahan khas Ultraman Ribut dalam Karnival Upin & Ipin 2014.
- Menurut fakta yang dikeluarkan oleh pihak Tsuburaya:
- Ketinggian Ribut berbeza mengikut siri. Ribut berketinggian 50 meter dalam siri Upin & Ipin manakala dia berketinggian 40 meter dalam siri Ultra Galaxy Fight.
- Ribut mempunyai berat sejumlah 40,000 tan.
- Asal sebenar Ribut ialah dari Tanah Cahaya (manakala hos Ultranya, Terasawa berasal dari Jepun).
- Asalnya, pihak Les' Copaque dan Tsuburaya ingin menamakan Ribut sebagai Ultraman Storm. Namun, bagi membawa identiti Melayu, kedua-dua pihak sepakat untuk menamakannya sebagai Ultraman Ribut.
- Gaya serangan dan bertahan Ribut diadaptasi daripada gerakan silat, sebuah seni mempertahankan diri bangsa Melayu.
- Tidak seperti Ultraman yang lain, Ribut dapat diaktifkan tanpa memerlukan hosnya untuk bertukar sendiri. Upin dan Ipin dapat mengaktifkan Ribut dengan mengaktifkan jam tangan mereka.
- Ribut merupakan Ultraman pertama yang dihasilkan melalui animasi CGI.
- Tidak seperti Ultraman lain yang mana wataknya dihasilkan oleh pihak Tsuburaya, karakter Ribut dihasilkan sepenuhnya oleh pihak Les' Copaque sendiri.
- Pada Februari 2017, sebuah video bertajuk Karnival Upin & Ipin 2015 - Ultraman Ribut yang menampilkan aksi langsung dari Ultraman Ribut bersama beberapa Pahlawan Ultra lain telah menjadi video acara paling popular di saluran rasmi Les' Copaque dengan meraih 15 juta lebih tontonan.[1]
Galeri[]
Gambar promosi[]
Cekupan skrin[]
Rujukan[]
Watak-watak | |
---|---|
Watak Utama | Upin | Ipin | Ros | Opah | Tok Dalang | Mei Mei | Ehsan | Fizi | Jarjit | Mail | Susanti | Izham |
Watak Berulang | Dzul | Ijat | Devi | Nurul | Jasmin | Melati | Muthu | Ah Tong | Salleh | Rembo | Sapy |
Watak Pendukung | Azzarudin | Badrol | Nurul binti Ahmad | Rajoo | Roy | Tiger |
Watak Harian | Apin | Ara | Fathiah | Hamzah | Doktor Ravi | Ultraman Ribut |
Watak dalam Geng: Pengembaraan Bermula | Lim | Oopet | Pak Mail | Singh |
Watak dalam Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal | Pak Belalang | Mak Deruma | Mat Jenin | Nakhoda Ragam | Raja Bersiong |