Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Upin, Ipin & Apin" (dua bahagian) ialah episod ke-25 dan 26 dalam musim ke-3 daripada siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan.

Ringkasan[]

Bahagian 1[]

Upin dan rakan-rakannya buntu kerana tidak tahu hendak bermain apa. Ehsan mencadangkan mereka bermain guli tetapi ditolak oleh Ipin kerana bosan. Mei Mei pula mengajak mereka bermain masak-masak tetapi tidak diendahkan mereka. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk bermain guli. Mei Mei juga hendak bermain lalu dibenarkan Fizi dengan pesan, 'kalau kalah jangan nangis...,'. Mei Mei bersetuju dengan syarat mereka harus menurutnya jika dia menang. Mei Mei menang dan mereka terpaksa mengikutnya. Mei Mei memberikan Ehsan sepinggan 'kek' yang dibuatnya lalu diberi pada Ipin. Mereka melihat langit mulai hitam bermaksud hari akan hujan. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Upin, Ipin dan kawan-kawan menemui seekor kucing yang sendirian dalam semak. Mereka membuat rumah untuk kucing itu menggunakan dua batang ranting dan sehelai daun pisang. Mereka meneruskan perjalanan apabila kucing tadi mengikut mereka. Upin dan Ipin menyuruh Ehsan membawa pulang kucing itu tetapi dia geli dengan kucing, dan Fizi yang sudah membela banyak kucing tidak mampu menampung seekor dalam rumahnya. Oleh itu, Upin dan Ipin menjadi penjaga kucing itu yang diberikan nama Apin oleh mereka berdua, tetapi ditegah oleh Kak Ros.

Bahagian 2[]

Rupa-rupanya Kak Ros alah kepada bulu kucing. Mujurlah Opah membenarkan Upin dan Ipin membela Apin, dengan syarat bahawa anak kucing tersebut tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Walaupun diberi tempat tidur di ruang bawah rumah, sekali-sekala Apin mencuri masuk ke dalam rumah untuk mengusik kedua-dua pemiliknya. Tidak lama kemudian, Apin akhirnya bertemu semula dengan ibunya, maka Upin dan Ipin menjemput si ibu kucing tinggal bersama.

Video[]

Upin_&_Ipin_-_Upin,_Ipin_dan_Apin_(Bahagian_1)

Upin & Ipin - Upin, Ipin dan Apin (Bahagian 1)

Bahagian 1

Upin_&_Ipin_-_Upin,_Ipin_dan_Apin_(Bahagian_2)

Upin & Ipin - Upin, Ipin dan Apin (Bahagian 2)

Bahagian 2


Tonton di RCTI+[]

Advertisement