"Jeng Jeng Jeng!" |
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! ialah sebuah filem terbitan KRU Studios bersama Les' Copaque Production. Filem ini adalah filem gabungan live-action (pelakon sebenar) dengan kesan animasi CGI, mengisahkan watak-watak Upin dan Ipin menjelma di dalam dunia nyata dan berkawan dengan seorang anak yatim. Filem ini merupakan filem gabungan live-action dan animasi CGI pertama di Malaysia.
Sinopsis[]
Filem ini mengisahkan kehidupan seorang gadis yatim piatu bernama Balqis yang mana watak animasi kegemarannya tidak lain ialah Upin dan Ipin. Dia tinggal di rumah anak yatim bersama rakan-rakannya di bawah jagaan seorang wanita muda bernama Noreen. Pada suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman mengunjungi rumah anak yatim dengan motif tidak diketahui. Setelah mendengar perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis mendapat tahu bahawa Zaman, anak kepada tuan tanah tersebut, ingin mengambil alih rumah anak yatim dan memaksa Noreen untuk menyerah dan membawa anak-anak yatim itu pergi, menjadikan mereka kehilangan tempat tinggal. Berasa marah dan patah hati, Balqis meminta pertolongan dari Upin dan Ipin dalam usaha menyelamatkan rumah mereka. Sementara itu, Awie, penyanyi rock yang pernah popular, sedang menghadapi krisis kewangan. Dengan hari-hari kegemilangannya di belakangnya, dia sedang mencari peluang untuk mengeluarkan album barunya untuk menghasilkan sejumlah wang. Awie dan pembantunya Bo meminta bantuan dengan Balqis, yang mana Upin dan Ipin mencetuskan idea untuk menyelamatkan rumah anak yatim Aqish dan karier Awie.
Plot[]
Suasana di Rumah Kasih Darul Makmur nampak ceria apabila sekumpulan kanak-kanak anak yatim yang mendiami rumah itu riang bermain bola sepak sambil ditemani Noreen. Dari luar, Noreen nampak ceria, namun pada hakikatnya, dia dilanda kesedihan memandangkan ayahnya, Haji Makmur baru sahaja meninggal dunia. Ingatannya kembali kepada kenangan sewaktu bapanya masih lagi mengepalai kepimpinan rumah tersebut. Dia juga teringat saat arwah bapanya menyerahkan kunci rumah tersebut kepadanya.
Di meja pejabatnya, Noreen berasa tertekan apabila terpaksa memilih sama ada terus bersama amanahnya atau berpindah ke syarikat yang menawarkannya untuk bekerja. Tidak lama kemudian, Zaman, seorang lelaki berada tiba di halaman rumah tersebut. Dia datang untuk menuntut kembali haknya ke atas tanah yang terbinanya rumah itu, memandangkan tapak itu diberikan atas persetujuan pinjaman antara ayahnya, Haji Kaslan dengan ayah Noreen, Haji Makmur. Dia menggunakan alasan pemergian ayah Noreen untuk mengambil kembali tanah tersebut dan memberikan sedikit masa kepada Noreen untuk memikirkan perkara tersebut.
Perbualan itu didengari oleh Aqish sehinggakan dia sendiri meluahkan masalah tersebut kepada Upin dan Ipin. Luahan Aqish itu didengari sendiri oleh Noreen sehingga menimbulkan persoalan dalam dirinya. Noreen seakan-akan tidak percaya yang Aqish sedang meluah dengan Upin dan Ipin, namun Aqish cuba meyakinkan kakaknya. Luahan itu didengari oleh Upin dan Ipin, dan mereka muncul dalam dunia yang nyata. Namun, kehadiran mereka tidak disedari oleh sesiapapun, termasuklah Aqish sendiri.
Keesokan harinya, Zaman sekali lagi datang ke rumah itu dan memujuk Noreen untuk menyerahkan tanah tersebut. Namun, Noreen tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan tanah tersebut. Kegagalan rundingan itu menimbulkan kemarahan Zaman dan dia mengugut kepada semua penghuni itu untuk menghalau mereka dari situ sekiranya tidak ada sebarang tindakan sepanjang dua bulan akan datang.
Situasi itu menyebabkan Aqish terus berlari ke pondok dan terus meluahkan isi hatinya kepada Upin dan Ipin. Namun, dia merasa yang dia telah dikhianati oleh Upin dan Ipin. Walau bagaimanapun, untuk menenangkan perasaan Aqish, Upin dan Ipin akhirnya muncul sekali lagi ke dunia nyata. Kehadiran mereka mengejutkan Aqish selaku peminat fanatik mereka berdua. Akhirnya, Aqish berasa sangat gembira apabila akhirnya, luahannya dapat didengari oleh mereka berdua.
Situasi itu disedari oleh Mimi. Ketika dia memanggil Aqish, dia sedar yang tiada sesiapapun di dalam pondok itu. Hal itu menakutkan Mimi. Reaksi Mimi itu menimbulkan persoalan sehinggalah Upin menjelaskan sebab hanya Aqish yang mampu melihat mereka. Akhirnya, Aqish dapat memahami sebab mengapa dia diberi keistimewaan untuk melihat Upin dan Ipin.
Pelakon[]
- Asyiela Putri Azhar sebagai Upin dan Ipin
- Puteri Balqis sebagai Aqish
- Sara Ali sebagai Noreen
- Gambit Saifullah sebagai Zaman
- Ahmad Azhar (Awie) sebagai Awie
- Remy Ishak sebagai Bo
- David Teo sebagai Lavid
- Dato' Rahim Razali sebagai Haji Makmur
- Halimatussadiah Mohd Daud sebagai Mak Chom
- A. Wahab Ismail sebagai Pak Tam
- Danial Fiq sebagai Khai
- Daniell Emirul sebagai Tupak
- Nur Qistina Raishah sebagai Mimi
- Benladin sebagai Syafiq
- Hj. Burhanuddin Md Radzi sebagai diri sendiri
Kru produksi[]
- Disokong oleh: FINAS dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
- Ditaja oleh: D'Herbs, Telekom Malaysia (TM), Pasta Gigi Upin & Ipin, Catrice Cosmetics, Ronasutra, Palmer's, dan Mofaz Dagangan Sdn. Bhd.
- Diedarkan oleh: Primeworks Studios (Malaysia, Singapura, dan Brunei), Innovasi Sinema Media (Indonesia), dan KRU Studios (Global)
- Penghargaan Istimewa: Les' Copaque Production Sdn.. Bhd., KRU Studios Sdn. Bhd., LC Merchandise Sdn. Bhd., LC Games Development Inc. Sdn. Bhd., LCP Animation Training Centre Sdn. Bhd., Evenue Cafe Sdn. Bhd., Media Prima Berhad, Nur Lembah Pangsun, Air Terjun Sungai Gabai, Jeti Kuala Selangor, Mentari Court, Kafe Skrin, Catrice & Palmer's, Tadom Hill Resorts Sdn. Bhd., Multimedia Development Corporation (MDEC), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), EDS EX, dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)
- Diterbitkan oleh: Les' Copaque Production Sdn. Bhd. dan KRU Studios
- Penerbit: Hj. Burhanuddin Md Radzi dan Dato' Norman Abdul Halim
- Penerbit Eksekutif: Hjh. Ainon Ariff dan Datuk Yusry Abdul Halim
- Pengarah: Hjh. Ainon Ariff dan Erma Fatima
- Penulis Skrip: Hjh. Ainon Ariff, Nur Naquyah Burhanuddin, dan Shamsull Hashim
- Pengarah Kandungan Kreatif: Hjh. Ainon Ariff
- Pengarah Lakon Layar: Erma Fatima
- Pengarah Animasi: Mohd Asyraf Abdul Rahman
- Pengarah Seni: Nazrul Asraff Mahzan dan Hjh. Ainon Ariff
- Pengarah Sinematografi: Ahmad Reedzuan Rahmad
- Pelakon: Rujuk Pelakon
- Muzik oleh: Reza Ramsey dan Yudi Ashady
- Konsep Asal: Hjh. Ainon Ariff
- Penyunting: Izuanne Jamalle, Hjh. Ainon Ariff, dan Mohd Asyraf Abdul Rahman
- Pengurus Projek Kesan Khas dan Animasi: Mohd Asyraf Abdul Rahman
- Penyelaras Produksi: Mohd Asyraf Abdul Rahman, Yahya Khalid Asbullah, Tang Ying Sowk, Nazuan Hakim Masrul, Mohd Zarin Abdul Karim, Zarina A. Rahman, dan Razif Kasman
- Penyelaras Pasca Produksi: Ezarisyirwan Basri dan Yahya Khalid Asbullah
- Penolong Pengarah Teknikal: Mohd Asyraf Abdul Rahman dan Yahya Khalid Asbullah
- Penolong Pengarah: Pauline Tay dan Nurhidayah Abdul Karim
- Pengurus Produksi: Mohd Izuan Mohd Mokhtar
- Pembantu Produksi: Mohd Hanif Sanordin, Dizky Sophian Saed, Norzuraida Mohd Nor, Muhammad Zafri Zaifuddin, Kasri Harlili, dan Muhammad Izzat Amir
- Penyelia Teknikal CGI: Yahya Khalid Asbullah, James Charles, dan Rudolf Menon
- Penataan Warna: Helmi Shafiq Kamarudin
- Konsep Artis: Wong Shi Yuan dan Rose Balan
- Ketua Artis Papan Cerita: Ahmad Mawardi Abdul Rahman
- Artis Papan Cerita: Calvin Tony Lokeemin, Fairul Haida Abdul Rahim, Rasyadan Ruzil, dan Azuan Shah Tahir
- Rotoskop & Touch Up: Muhamad Hisyam Sidek, Anuar Fadzli Kaharudin, Muhammad Hazim Alias, dan Ahmad Faiz Muhammad
- Ketua Pereka Model: Akmal Hisyam Abdol Karim
- Pereka Model: Heidi Othman, Nik Sazwan Zynal Nik Othman, dan Ranajith Padmanabhan Nair
- Ketua Juruanimasi: Musliadie Mat Nor
- Juruanimasi: Mohd Amir Asyraf Mohd Noor Rashid, Asmaie Nor Aliuddin Ekhsan Firoz, Nik Masrul Hasyimi Nik Muhammad, Abdul Rashid Samawi, Azuwan Abd Latif, Zamirah Syairah Zaharuddin Safri, dan Madhu K.B.
- Juruanimasi Tambahan: Mohd Imran AAdzman, Ahmad Hibri Ahmad Tajuddin, Ahmad Izzat Mohd Sharfuddin, Muhammad Uwais Rosli, Siti Nur Ain Bahar, Imaan Asri Mohd Assari, Muhammad Hazwan Harun, Muhammad Shafiq A Rahman, Jonathan Thean, Dzul Kamal Adib Ismail, Khairul Aimran Ibrahim, Nik Ahmad Rasyidi Nik Othman, Raihan Yusof, Muhammad Shamer Nazli, Nik Ab Zarif Nik Ab Hadi, Salsabila Sheikh Khalid, Loke Keng Sun, dan Muhammad Firdaus Abd Abas
- Ketua Artis Simulasi: Yahya Khalid Asbullah
- Artis Simulasi: Shahirul Haziq Mohd Idris, Soo Chee Li, Vivek Prasanath, Tan Shiek Wei, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim, dan Ahmad Razuri Roseli
- Artis Pencahayaan: Rudolf Menon dan Mohd Raffe Mohd Yusof
- Kompositor: James Charles, Kausar Ahmad, Muhamad Hisyam Sidek, Anuar Fadzli Kaharudin, Muhammad Hazim Alias, Mohd Jafni Mahmood, Putranda Pahlevi Ruslan, Mohamad Afnan Mohd Rasdi, Safrizan Mohd Razali, Jeihan Fuad Alkatiri, Chai Mun Hoong, Muhammad Hafiz Hassan, Mohd Bukhari Amir Hamzah, dan Mohd Fariq Abdul Aziz
- Pembantu Kamera: Marzuki Effandi Mokhtar dan Sheikh Fadly Sheikh Ahmad
- Bahagian Key Grip: Mohd Shafiq Zalfikar Abdullah, Sazwansyah Mohd Ainal, Ridzuan Mat Zin, dan Shahrizal Ismail
- Penataan Cahaya: Luqman Hakim Md Kamal, Amir Shah Ismail, dan Zulazri Osman
- Juruaudio Lokasi: Mohd Rashid Othman dan Muhammad Faidhi Abu Zaid
- Prop Master: Khairulrizal Ramli
- Propman: Mohamed Firdaus Ramlan dan Mohd Nasrim Fahmie Mohd Nasir
- Pereka Set: Izma Shah Ismail
- Tatarias: Eds Arippin, Muhammad Firdaus Osman, Zurin Malek, dan Azieman Isa
- Busana: Nazirah Ramlan, Mohd Ibni Ifral, Mohd Arif Roslan, dan Mimi Farhanny
- Dubbing & Foley: Rahmat Ramlan dan Rafik Al Bakri
- Kesinambungan: Noor Shafikah Sobri
- Pereka Grafik: Suleiman Bakti Azlan, Mohd Haris Amran, Muhamad Hisyam Sidek, Miftah Zakaria, Sheikh Ahmad Hafidz Sheikh Ishak, Mohd Ezuawn Ramli, Hajaribrohim Mahmod, Muhammad Faizul Azmi Turiman, dan Joanna Andrew Esing
- Reka Bentuk Muzik & Audio: Mohamad Zaki Ishak, Rufaidah Mohamed Fadzil, Hazimin Hamdan, Megat Sazali, Mohd Safuan Dardiri, dan Colin Poh Tze Meng
- Krew Event: Mohd Zarin Abdul Karim, Nur Naquyah Burhanuddin, Nurulhuda Sharabuddin, Mohammad Hafiz Roslan, Ainur Shafifiy Ab Rojan, Nur Hakim Mat Nor, Azhari Che Wan, Farzruliani Ab Hadi, Ahmad Al'Aminnurullah Norfin Firmalis, Ahmad Shazuan Mohd Sahal Fikri, Muhammad Salehuddin Alyubi Muhammad Fauzi, Naqib Ikhwan Norsaiful Adlan, Saiful Kamarul Mohamad Zaharuddin, Amsyar Haziq Kusnan, Burhanuddin Amir Hassan, Mohd Fadhli Abdul Wahab, Muhammad Sufi Musa, Mohd Hazwan Othman, dan Akmal Hakim Mohf Sahal Fikri
- Pemasaran: Mohd Zarin Abdul Karim, Nur Naquyah Burhanuddin, Nurulhuda Sharabuddin, Karyabudi Mohd Aris, Nor Aizan Embong, Felicia David, Zarina Rahman, Mahanum Hamid, Khaireen Kamarudin, Muhammad Hafiz Roslan, Nur Hakim Mat Nor, Azhari Che Wan, Mohd Firdaus Haini, Mohammed Farried Yahya, Rabiatul A Samueil, Noor Idayu Mohd Shari, Sofea Zahir, Neesa Azwieera Mohamed Salim, Aina Nadirah Zulkapli, Muhammad Izzat Mohd Rafle, dan Norhayati Mat Nor
- Kewangan dan Pentadbiran: Khairiah Hafizan Mazhar, Datin Dr. Shireen M. Hashim, Siti Khairunnisa Mohamad Ruduan, Nazatul Shahira Othman, dan Nurul Athirah Saffi
- Pemandu Lori: Mohd Shahrizal Mat Desa
- Jurugegas: Mohamad Khairi Zulfiqar Resli dan Muhammad Faruq Mohd Kamal
- Handy: Iskandar dan Muhamad Aminulaiman Noor Komaruddin
Produksi[]
Pada tahun 2013, terdapat sebuah perancangan oleh Les' Copaque untuk menghasilkan filem dengan kerjasama. Secara kebetulan, KRU Studios ingin menjalin kerjasama antara syarikat untuk menghasilkan sebuah filem. Maka dua syarikat ini menjalin kerjasama yang mana KRU Studios mengawal bahagian live-action manakala Les' Copaque mengawal bahagian animasi. Les' Copaque juga mengawal kandungan filem manakala KRU mengawal sedikit bahagian kesan khas.
Erma Fatima menjadi pengarah bersama selepas dijemput oleh Hjh. Ainon Ariff untuk mengarah sebuah filem yang disasarkan untuk semua. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap Upin & Ipin, maka beliau bersetuju. Tambahan pula, beliau mempunyai kepakaran untuk mengawal dan mengarah pelakon kanak-kanak di dalam mana-mana siri atau filem.
Dalam filem ini, pihak produksi di Les' Copaque menggunakan teknik green screen dalam beberapa babak dan merujuk kepada penggambaran yang telah dilakukan oleh kru produksi di KRU Studios untuk menghasilkan animasi. Les' Copaque dan KRU Studios masing-masing membelanjakan RM 4 juta untuk penghasilan dengan tiga tahun masa yang diambil untuk menyiapkan projek.
Untuk muzik video, Les' Copaque sepenuhnya menghasilkan bahagian ini. Konsep yang digunakan ialah konsep kegembiraan dan tadika. Sama seperti penghasilan filem, pihak produksi menggabungkan dunia realiti dengan dunia animasi.
Lagu[]
Runut bunyi untuk filem ini digubah bersama oleh Reza Ramsey dan Yudi Ashady dari KRU Studios. Walau bagaimanapun, semua lagu di dalam filem ini menjadi hak cipta Les' Copaque Production.
Sebuah lagu tema untuk filem ini telah digubah. Lagu Jeng, Jeng, Jeng! dicipta sepenuhnya oleh Yubi. Beliau menerapkan konsep tadika memandangkan watak Upin & Ipin merupakan watak yang sangat digemari oleh kanak-kanak di Malaysia.
Senarai lagu tema yang terdapat di dalam filem ini adalah seperti berikut:
- Jeng, Jeng, Jeng! nyanyian Yubi Band, ciptaan Yubi dan Les' Copaque Production
Pengeluaran[]
Teaser pertama untuk filem ini mula dimuatnaik di saluran YouTube Les' Copaque pada 15 Januari 2016. Tidak lama kemudian, teaser rasmi filem ini dimuat naik pada 7 Jun tahun yang sama sebelum teaser kedua dimuatnaik pada Hari Malaysia, 16 September.
24 hari sebelum tayangan filem, Les' Copaque dan KRU Studios memuat naik trailer rasmi filem di saluran Les' Copaque. Manakala Di Sebalik Tabir: Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! dimuat naik dua hari sebelum tayangan iaitu pada 22 November selepas disiarkan di TV3 pada 19 November dan 20 November di TV2 dan TV9.
Untuk lagu tema pula, Jeng, Jeng, Jeng! pula dimuat naik lebih awal pada 16 Ogos sebelum Di Sebalik Tabir: Jeng, Jeng, Jeng! dimuat naik tiga hari kemudian.
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! ditayangkan serentak di Malaysia dan Brunei Darussalam pada 24 November 2016. Manakala di Indonesia, memandangkan tempoh cuti sekolah di sana berbeza dengan di Malaysia, maka tarikh tayangan filem terpaksa ditunda sehingga menjelang cuti sekolah di Indonesia. Filem ini hanya ditayangkan di sana bermula 28 Disember 2016.
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! mencipta sejarah apabila menjadi filem animasi pertama negara yang ditayangkan di Astro First. Bermula 27 Januari 2017, filem mula disiarkan di saluran filem dari rumah nombor satu di Malaysia itu. Manakala tayangan Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! di televisyen Indonesia disiarkan pada 21 Oktober melalui saluran MNCTV bersempena dengan ulang tahun saluran itu yang ke-26.
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! juga dapat ditonton melalui platform digital. Pada 21 Jun 2018, platform penyiaran filem digital, iFlix memuat naik filem ini di laman webnya. Selain tu, dengan penajaan Upin & Ipin oleh KFC di Indonesia, pihak Les' Copaque menghasilkan DVD kompilasi Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng.
Pencapaian[]
Upin dan Ipin: Jeng Jeng Jeng! hampir mengatasi rekod kebangsaan yang dicapai BoBoiBoy: The Movie, lapan bulan sebelum itu apabila mengaut kutipan sejumlah hampir RM 500,000 pada hari pertama tayangan. Ini diikuti pula dengan kutipan sejumlah RM 3 juta selepas seminggu di pawagam. Kutipan kumulatif selepas beberapa minggu di pawagam menunjukkan filem ini berjaya mengaut kutipan sejumlah RM 4.9 juta. Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! merupakan filem keempat dengan kutipan terlaris di pawagam sepanjang tahun 2016.
Pengiktirafan[]
Pencalonan
- Festival Filem Malaysia ke-29
- Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Puteri Balqis Azizi
Pencapaian
- Anugerah Tayangan Asia Pasifik ke-11
- Kategori Pilihan Khas Juri
Siaran televisyen[]
Buat masa ini, hanya dua saluran yang mengangkat filem ini di televisyen, iaitu MNCTV yang menyiarkan filem ini sempena ulang tahun saluran tersebut dan TV2 yang menyiarkannya sempena hari raya Aidilfitri 2021.
- MNCTV telah menyiarkan filem ini pada 21 Oktober 2017, 30 Disember 2020, dan 12 Januari 2021.
- TV2 telah menyiarkan filem ini pada 13 Mei 2021.
Trivia[]
- Persembahan Konsert Amal Inilah Kegembiraan ditaja oleh pihak Les' Copaque sendiri. Walau bagaimanapun, sebelum permulaan konsert, pihak D'Herbs juga menaja konsert Awie tersebut.
- Produk D'Herbs yang merupakan penaja utama filem tampil ketika Upin dan Ipin datang menemani Aqish di belakang pentas sebelum konsert diadakan.
- Selain itu, Telekom Malaysia turut tampil ketika persembahan Awie sedang berjalan.
- Pada babak akhir filem, iklan Pasta Gigi Upin & Ipin muncul di televisyen.
- Ini merupakan kali pertama pengarah urusan syarikat, Hj. Burhanuddin Md Radzi berlakon dalam filem Upin & Ipin secara langsung (kali kedua selepas melakonkan watak pemandu bas di Geng: Pengembaraan Bermula). Beliau melakonkan watak diri sendiri selaku penaja konsert Awie.
- Ini merupakan kali pertama Asyiela Putri melakonkan watak Upin & Ipin dalam filem sepanjang kariernya sebagai pelakon suara watak itu sejak 2009.
- Tajuk filem ini dipilih bersama oleh Les' Copaque dan KRU Studios. Tajuk dipilih agar semua dapat mengingat dan menyebutnya.
- Zaman merupakan satu-satunya antagonis utama dalam mana-mana filem Upin & Ipin mahupun filem animasi Malaysia yang bertukar peranan kepada watak baik.
- Beberapa babak dari siri Upin & Ipin dilakonkan semula dalam filem ini. Antaranya ialah:
- Pengembala Biri-Biri dan Serigala dari episod Cerita Kami, musim ke-5.
- Boria Suka-Suka dari episod Boria Suka-Suka, musim ke-6.
- Babak dari episod Uuuuu... Telur Apa Tu?, musim ke-9 dan Bila Cuti Sekolah, musim ke-10 dipaparkan pada babak akhir filem.
- Beberapa notasi awal dalam lagu ciptaan Awie diambil daripada not-not awal lagu tema filem, "Jeng, Jeng, Jeng!".
- Filem ini merupakan filem animasi kedua yang ditayangkan pada tahun 2016 selepas filem 'BoBoiBoy: The Movie'.