Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Jeng Jeng Jeng!"
— Slogan kata utama filem



Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! ialah sebuah filem terbitan KRU Studios bersama Les' Copaque Production. Filem ini adalah filem gabungan live-action (pelakon sebenar) dengan kesan animasi CGI, mengisahkan watak-watak Upin dan Ipin menjelma di dalam dunia nyata dan berkawan dengan seorang anak yatim. Filem ini merupakan filem gabungan live-action dan animasi CGI pertama di Malaysia.

Sinopsis

Nasib Rumah Kasih Darul Makmur, rumah anak yatim yang didiami Aqish, seorang peminat fanatik Upin & Ipin berada dalam bahaya apabila rumah itu terpaksa dijual oleh Zaman, tuan tanah tersebut. Dalam masa yang sama, Awie, seorang penyanyi rock lagenda berada dalam kesempitan hidup terdesak untuk meneruskan hidup dengan mencari wang. Dengan sentuhan Upin dan Ipin, mampukah semua masalah yang berlaku dapat diselesaikan?

Pelakon

  • Asyiela Putri Azhar sebagai Upin dan Ipin
  • Puteri Balqis sebagai Aqish
  • Sara Ali sebagai Noreen
  • Gambit Saifullah sebagai Zaman
  • Ahmad Azhar (Awie) sebagai Awie
  • Remy Ishak sebagai Bo
  • David Teo sebagai Lavid
  • Dato' Rahim Razali sebagai Haji Makmur
  • Halimatussadiah Mohd Daud sebagai Mak Chom
  • A. Wahab Ismail sebagai Pak Tam
  • Danial Fiq sebagai Khai
  • Daniell Emirul sebagai Tupak
  • Nur Qistina Raishah sebagai Mimi
  • Benladin sebagai Syafiq
  • Burhanuddin Md Radzi sebagai diri sendiri

Kru produksi

( Bahagian animasi diutamakan)

  • Disokong oleh: FINAS dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( KKMM)
  • Diedarkan oleh: Primeworks Studios
  • Diterbitkan oleh: Les' Copaque Production Sdn. Bhd. dan KRU Studios
  • Penerbit: Hj. Burhanuddin Md Radzi dan Dato' Norman Abdul Halim
  • Penerbit Eksekutif: Hjh. Ainon Ariff dan Yusry Abdul Halim
  • Pengarah: Hjh. Ainon Ariff dan Erma Fatima
  • Penulis Lakon Layar: Hjh. Ainon Ariff, Nur Naquyah Burhanuddin, dan Shamsull Hashim
  • Pengarah Kandungan Kreatif: Hjh. Ainon Ariff
  • Pengarah Lakon Layar: Erma Fatima
  • Pengarah Animasi: Mohd Asyraf Abdul Rahman
  • Pengarah Seni: Nazrul Asraff Mahzan dan Hjh. Ainon Ariff
  • Pengarah Sinematografi: Ahmad Reedzuan Rahmad
  • Pelakon: Asyiela Putri Azhar (suara), Puteri Balqis, Dato' Awie, Remy Ishak, Gambit Saifullah, Sara Ali
    • Menampilkan: Dato' Rahim Razali, Mejar (K) David Teo, dan Hj. Burhanuddin Md Radzi
  • Muzik oleh: Reza Ramsey dan Yudi Ashady
  • Konsep Asal: Hjh. Ainon Ariff
  • Pengurus Projek Kesan Khas dan Animasi: Mohd Asyraf Abdul Rahim
  • Ketua Artis Papan Cerita: Ahmad Mawardi Abdul Rahman
  • Ketua Pereka Model: Akmal Hisyam Abdol Karim
  • Ketua Juruanimasi: Musliadie Mat Nor
  • Ketua Artis Simulasi: Yahya Khalid Abdullah
  • Konsep Artis: Wong Shi Yuan dan Rose Balan
  • Penataan Warna: Helmi Shafiq Kamarudin
  • Penyelia Teknikal CGI: Yahya Khalid Abdullah, James Charles, dan Rudolf Menon
  • Penyelaras Produksi: Mohd Asyraf Abdul Rahman, Yahya Khalid Abdullah, Tang Ying Sowk, Nazuan Hakim Masrul, Mohd Zarin Abdul Karim, Zarina A. Rahman, dan Razif Kasman
  • Penyunting: Izuanne Jamalle, Hjh. Ainon Ariff, dan Mohd Asyraf Abdul Rahman
  • Pengurus Produksi: Mohd Izuan Mohd Mokhtar
  • Kewangan dan Pentadbiran: Khairiah Hafizan Mazhar, Datin Dr. Shireen M. Hashim, Siti Khairunnisa Mohamad Riduan,Nazatul Shahira Othman, dan Nurul Athirah Saffi

Produksi

Pada tahun 2013, terdapat sebuah perancangan oleh Les' Copaque untuk menghasilkan filem dengan kerjasama. Secara kebetulan, KRU Studios ingin menjalin kerjasama antara syarikat untuk menghasilkan sebuah filem. Maka dua syarikat ini menjalin kerjasama yang mana KRU Studios mengawal bahagian live-action manakala Les' Copaque mengawal bahagian animasi. Les' Copaque juga mengawal kandungan filem manakala KRU mengawal sedikit bahagian kesan khas.

Erma Fatima menjadi pengarah bersama selepas dijemput oleh Hjh. Ainon Ariff untuk mengarah sebuah filem yang disasarkan untuk semua. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap Upin & Ipin, maka beliau bersetuju. Tambahan pula, beliau mempunyai kepakaran untuk mengawal dan mengarah pelakon kanak-kanak di dalam mana-mana siri atau filem.

Dalam filem ini, pihak produksi di Les' Copaque menggunakan teknik green screen dalam beberapa babak dan merujuk kepada penggambaran yang telah dilakukan oleh kru produksi di KRU Studios untuk menghasilkan animasi.

Untuk muzik video, Les' Copaque sepenuhnya menghasilkan bahagian ini. Konsep yang digunakan ialah konsep kegembiraan dan tadika. Sama seperti penghasilan filem, pihak produksi menggabungkan dunia realiti dengan dunia animasi.

Lagu

Runut bunyi untuk filem ini digubah oleh Reza Ramsey dan Yudi Ashady dari KRU Studios. Walau bagaimanapun, semua lagu di dalam filem ini menjadi hak cipta Les' Copaque Production. Manakala lagu tema pula dicipta oleh Yubi yang berteraskan kegembiraan.

Senarai lagu tema yang terdapat di dalam filem ini adalah seperti berikut:

Pengeluaran

Teaser pertama untuk filem ini mula dimuatnaik di saluran YouTube Les' Copaque pada 15 Januari 2016. Tidak lama kemudian, teaser rasmi filem ini dimuat naik pada 7 Jun tahun yang sama sebelum teaser kedua dimuatnaik pada Hari Malaysia, 16 September.

24 hari sebelum tayangan filem, Les' Copaque dan KRU Studios memuat naik trailer rasmi filem di saluran Les' Copaque. Manakala Di Sebalik Tabir: Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! dimuat naik dua hari sebelum tayangan iaitu pada 22 November.

Untuk lagu tema pula, Jeng, Jeng, Jeng! pula dimuat naik lebih awal pada 16 Ogos sebelum Di Sebalik Tabir: Jeng, Jeng, Jeng! dimuat naik tiga hari kemudian.

Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! ditayangkan serentak di Malaysia dan Brunei Darussalam pada 24 November 2016. Manakala di Indonesia, memandangkan tempoh cuti sekolah di sana berbeza dengan di Malaysia, maka tarikh tayangan filem terpaksa ditunda sehingga menjelang cuti sekolah di Indonesia. Filem ini hanya ditayangkan di sana bermula 28 Disember 2016.

Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! mencipta sejarah apabila menjadi filem animasi pertama negara yang ditayangkan di Astro First. Bermula 27 Januari 2017, filem mula disiarkan di saluran filem dari rumah nombor satu di Malaysia itu. Manakala tayangan Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! di televisyen Indonesia disiarkan pada 21 Oktober melalui saluran MNCTV bersempena dengan ulang tahun saluran itu yang ke-26.

Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! juga dapat ditonton melalui platform digital. Pada 21 Jun 2018, platform penyiaran filem digital, iflix memuat naik filem ini di laman webnya. Selain tu, dengan penajaan Upin & Ipin oleh KFC di Indonesia, pihak Les' Copaque menghasilkan DVD kompilasi Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng.

Trivia

  • Persembahan Konsert Amal Inilah Kegembiraan ditaja oleh pihak Les' Copaque sendiri. Walau bagaimanapun, sebelum permulaan konsert, pihak D'Herbs juga menaja konsert Awie tersebut.
  • Ini merupakan kali pertama pengarah urusan syarikat, Hj. Burhanuddin Md Radzi berlakon dalam filem Upin & Ipin secara langsung (kali kedua selepas melakonkan watak pemandu bas di Geng: Pengembaraan Bermula). Beliau melakonkan watak diri sendiri selaku penaja konsert Awie.
  • Ini merupakan kali pertama Asyiela Putri melakonkan watak Upin & Ipin dalam filem sepanjang kariernya sebagai pelakon suara watak itu sejak 2009.
  • Tajuk filem ini dipilih bersama oleh Les' Copaque dan KRU Studios. Tajuk dipilih agar semua dapat mengingat dan menyebutnya.
  • Zaman merupakan satu-satunya antagonis utama dalam mana-mana filem Upin & Ipin mahupun filem animasi Malaysia yang bertukar peranan kepada watak baik.
  • Beberapa babak dari siri Upin & Ipin dilakonkan semula dalam filem ini. Antaranya ialah:
  • Babak dari episod Uuuuu... Telur Apa Tu?, musim ke-9 dan Bila Cuti Sekolah, musim ke-10 dipaparkan pada babak akhir filem.
  • Beberapa notasi awal dalam lagu ciptaan Awie diambil daripada not-not awal lagu tema filem, "Jeng, Jeng, Jeng!".

Video

Advertisement