Upin & Ipin (musim ke-14) merupakan siri rancangan animasi Upin & Ipin bagi musim ke-14 yang diterbitkan oleh Les' Copaque Production bagi tahun 2020.
Sinopsis[]
Upin dan Ipin meneruskan keseronokan dengan bermain detektif untuk mencari buku nota yang hilang, menguji penawar rambut istimewa dan mencuba pertolongan cemas. (Netflix)
Episod[]
Berikut ialah senarai episod dalam musim ke-14 siri Upin & Ipin.
Tajuk Cerita | Tarikh siaran pertama | MNCTV / YouTube |
---|---|---|
Ragam Ramadhan | 1 Mei 2020 | MNCTV |
Filem Upin & Ipin | 16 Mei 2020 | |
Syahdunya Syawal | 24 Mei 2020 | |
Perintah Kawalan Pergerakan | 15 Julai 2020 | |
Kawan Baik Upin & Ipin | 12 Ogos 2020 | |
Dayung Laju-Laju | 18 Sept 2020 | |
Pertolongan Cemas | 24 Okt 2020 | |
Tudung Saji Mengkuang | 26 Nov 2020 | |
Barang Baik, Barang Kita | 1 Dis 2020 | YouTube |
Penjaga Baru | 25 Dis 2020 | MNCTV |
Neo Santara: Demam Karat | 1 Jan 2021 | |
Perang Nyamuk | 18 Jan 2021 | |
Buku Nota Jarjit | 5 Feb 2021 | |
Tumbuh Rambut | 17 Feb 2021 | |
Kain Merah Ipin | 15 Mac 2021 |
Kru Produksi[]
- Ditaja oleh: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP)
- DIterbitkan oleh: Les' Copaque Production Sdn. Bhd.
- Penerbit: Hj. Burhanuddin Md Radzi dan Hjh. Ainon Ariff
- Pengarah: Khairul Aimran Ibrahim dan Putranda Pahlevi Ruslan
- Pengarah Skrip: Hjh. Ainon Ariff
- Pengarah Kandungan Kreatif: Nur Naquyah Burhanuddin
- Pengarah Produksi: Tang Ying Sowk dan Nazuan Hakim Masrul
- Pengarah Animasi: Nik Ahmad Rasyidi Nik Othman, Salsabila Sheikh Khalid, dan Nik Abd Zarif Nik Ab Hadi
- Pengarah Seni; Mohd Haris Amran dan Putranda Pahlevi Ruslan
- Pengarah Audio dan Muzik: Mohd Zaki Ishak dan Hazimin Hamdan
- Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan: Tan Shiek Wei
- Pengarah Teknikal: Akmal Hisyam Abdol Karim
- Pengarah Kreatif: Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim, dan Ahmad Razuri Roseli
- Penulis Skrip: Nur Naquyah Burhanuddin, Aliya Nazlan, Nor Aizan Embong, dan Izham Isnain
- Ketua Arits Papan Cerita: Adam Amiruddin
- Ketua Artis Konsep: Mohd Haris Amran
- Ketua Pereka Model: Akmal Hisyam Abdol Karim
- Ketua Juruanimasi: Khairul Aimran Ibrahim
- Ketua Rendering: Ros Hasrol Ahmad
- Ketua Kompositor: Putranda Pahlevi Ruslan
- Ketua Kesan Khas: Tan Shiek Wei, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim, dan Ahmad Rzuri Roseli
- Ketua Audio dan Muzik: Mohd Zaki Ishak dan Hazimin Hamdan
- Koordinator Produksi: Nazuan Hakim Masrul
- Ketua Pereka Grafik: Suleiman Bakti Azlan
- Ketua Media Sosial: Mohd Zarin Abdul Karim dan Mohd Hafiz Roslan
- Pegawai Perhubungan Awam: Mohd Zarin Abdul Karim
- Pemasaran: Karyabudi Mohd Aris
- Pengurusan Produksi: Khairiah Hafizan Mazhar
- Jabatan Sumber Manusia: Nurulhuda Sharabuddin
- Pengurus Pembangunan Jenama: Akmal Zaini dan Afzaruddin Burhanuddin
- Ketua IT: Ainur Shafify Ab Rojan
Trivia[]
- Oleh kerana pandemik COVID-19 sedang melanda Malaysia ketika musim ini sedang disiapkan, maka satu episod khas bertemakan pandemik ini dihasilkan dan diberi nama "Perintah Kawalan Pergerakan".
- Ini merupakan musim kesepuluh Asyiela Putri memegang watak Upin & Ipin (musim kesebelas dalam bahasa Inggeris).
- Hanya satu episod, iaitu Barang Baik, Barang Kita yang mana siarannya tidak melalui MNCTV. Episod itu dimuat naik terus ke saluran YouTube Les' Copaque Production.
- Musim ini mengatasi rekod yang dicatatkan musim ke-12 apabila tarikh siaran episod akhir melepasi 5 Januari 2021 (musim ke-12 menyiarkan episod akhir pada 5 Januari 2019). Episod akhir disiarkan pada 15 Mac 2021, menjadikan musim ke-14 ialah musim yang paling lewat menyiarkan episod akhirnya.
- Kali terakhir Upin & Ipin bersiaran kurang atau lebih daripada 14 episod (format 30 minit) ialah musim ke-5. Dengan episod Kain Merah Ipin disiarkan sebagai episod ke-15 (format 30 minit), musim ke-14 menjadi musim terkini yang menyiarkan episod lebih daripada 14 episod.
- Beberapa episod Upin & Ipin musim ini di MNCTV disiarkan sempena dengan beberapa rancangan khas yang disiarkan di stesen televisyen tersebut. Misalnya:
- Episod "Dayung Laju-Laju" yang disiarkan sebelum konsert "Kilau Konser Betrand Peto Putra Onsu" pada 18 September.
- Episod "Pertolongan Cemas" yang disiarkan sebelum konsert "Kilau Raya MNCTV 29" pada 24 Oktober sempena ulang tahun saluran MNCTV yang ke-29.
- Episod "Tudung Saji Mengkuang" pada 26 November yang disiarkan sehari setelah siaran episod pertama siri drama "Jagoan Bola" pada 25 November,
- Episod "Perang Nyamuk" yang disiarkan pada 18 Januari sebelum episod pertama rancangan permainan muzik misteri "I Can See Your Voice Indonesia 5" (walaupun akhirnya ICSYVID 5 menunda siarannya pada tarikh tersebut).
- Ada juga yang disiarkan sempena cuti perayaan tertentu. Misalnya,
- Episod "Penjaga Baru" yang disiarkan pada hari Krismas.
- Episod "Neo Santara: Demam Karat" yang disiarkan pada Tahun Baru 2021.
Video[]
Musim |
---|
1 ยท 2 ยท 3 ยท 4 ยท 5 ยท 6 ยท 7 ยท 8 ยท 9 ยท 10 ยท 11 ยท 12 ยท 13 ยท 14 ยท 15 ยท 16 ยท 17 ยท 18 |