Upin & Ipin Wiki
Advertisement

Upin & Ipin (musim ke-14) merupakan siri rancangan animasi Upin & Ipin bagi musim ke-14 yang diterbitkan oleh Les' Copaque Production bagi tahun 2020.

Sinopsis[]

Upin dan Ipin meneruskan keseronokan dengan bermain detektif untuk mencari buku nota yang hilang, menguji penawar rambut istimewa dan mencuba pertolongan cemas. (Netflix)

Episod[]

Berikut ialah senarai episod dalam musim ke-14 siri Upin & Ipin.

Tajuk Cerita Tarikh siaran pertama MNCTV / YouTube
Ragam Ramadhan 1 Mei 2020 MNCTV
Filem Upin & Ipin 16 Mei 2020
Syahdunya Syawal 24 Mei 2020
Perintah Kawalan Pergerakan 15 Julai 2020
Kawan Baik Upin & Ipin 12 Ogos 2020
Dayung Laju-Laju 18 Sept 2020
Pertolongan Cemas 24 Okt 2020
Tudung Saji Mengkuang 26 Nov 2020
Barang Baik, Barang Kita 1 Dis 2020 YouTube
Penjaga Baru 25 Dis 2020 MNCTV
Neo Santara: Demam Karat 1 Jan 2021
Perang Nyamuk 18 Jan 2021
Buku Nota Jarjit 5 Feb 2021
Tumbuh Rambut 17 Feb 2021
Kain Merah Ipin 15 Mac 2021

Kru Produksi[]

  • Ditaja oleh: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP)
  • DIterbitkan oleh: Les' Copaque Production Sdn. Bhd.
  • Penerbit: Hj. Burhanuddin Md Radzi dan Hjh. Ainon Ariff
  • Pengarah: Khairul Aimran Ibrahim dan Putranda Pahlevi Ruslan
  • Pengarah Skrip: Hjh. Ainon Ariff
  • Pengarah Kandungan Kreatif: Nur Naquyah Burhanuddin
  • Pengarah Produksi: Tang Ying Sowk dan Nazuan Hakim Masrul
  • Pengarah Animasi: Nik Ahmad Rasyidi Nik Othman, Salsabila Sheikh Khalid, dan Nik Abd Zarif Nik Ab Hadi
  • Pengarah Seni; Mohd Haris Amran dan Putranda Pahlevi Ruslan
  • Pengarah Audio dan Muzik: Mohd Zaki Ishak dan Hazimin Hamdan
  • Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan: Tan Shiek Wei
  • Pengarah Teknikal: Akmal Hisyam Abdol Karim
  • Pengarah Kreatif: Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim, dan Ahmad Razuri Roseli
  • Penulis Skrip: Nur Naquyah Burhanuddin, Aliya Nazlan, Nor Aizan Embong, dan Izham Isnain
  • Ketua Arits Papan Cerita: Adam Amiruddin
  • Ketua Artis Konsep: Mohd Haris Amran
  • Ketua Pereka Model: Akmal Hisyam Abdol Karim
  • Ketua Juruanimasi: Khairul Aimran Ibrahim
  • Ketua Rendering: Ros Hasrol Ahmad
  • Ketua Kompositor: Putranda Pahlevi Ruslan
  • Ketua Kesan Khas: Tan Shiek Wei, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim, dan Ahmad Rzuri Roseli
  • Ketua Audio dan Muzik: Mohd Zaki Ishak dan Hazimin Hamdan
  • Koordinator Produksi: Nazuan Hakim Masrul
  • Ketua Pereka Grafik: Suleiman Bakti Azlan
  • Ketua Media Sosial: Mohd Zarin Abdul Karim dan Mohd Hafiz Roslan
  • Pegawai Perhubungan Awam: Mohd Zarin Abdul Karim
  • Pemasaran: Karyabudi Mohd Aris
  • Pengurusan Produksi: Khairiah Hafizan Mazhar
  • Jabatan Sumber Manusia: Nurulhuda Sharabuddin
  • Pengurus Pembangunan Jenama: Akmal Zaini dan Afzaruddin Burhanuddin
  • Ketua IT: Ainur Shafify Ab Rojan

Trivia[]

  • Oleh kerana pandemik COVID-19 sedang melanda Malaysia ketika musim ini sedang disiapkan, maka satu episod khas bertemakan pandemik ini dihasilkan dan diberi nama "Perintah Kawalan Pergerakan".
  • Ini merupakan musim kesepuluh Asyiela Putri memegang watak Upin & Ipin (musim kesebelas dalam bahasa Inggeris).
  • Hanya satu episod, iaitu Barang Baik, Barang Kita yang mana siarannya tidak melalui MNCTV. Episod itu dimuat naik terus ke saluran YouTube Les' Copaque Production.
  • Musim ini mengatasi rekod yang dicatatkan musim ke-12 apabila tarikh siaran episod akhir melepasi 5 Januari 2021 (musim ke-12 menyiarkan episod akhir pada 5 Januari 2019). Episod akhir disiarkan pada 15 Mac 2021, menjadikan musim ke-14 ialah musim yang paling lewat menyiarkan episod akhirnya.
  • Kali terakhir Upin & Ipin bersiaran kurang atau lebih daripada 14 episod (format 30 minit) ialah musim ke-5. Dengan episod Kain Merah Ipin disiarkan sebagai episod ke-15 (format 30 minit), musim ke-14 menjadi musim terkini yang menyiarkan episod lebih daripada 14 episod.
  • Beberapa episod Upin & Ipin musim ini di MNCTV disiarkan sempena dengan beberapa rancangan khas yang disiarkan di stesen televisyen tersebut. Misalnya:
    • Episod "Dayung Laju-Laju" yang disiarkan sebelum konsert "Kilau Konser Betrand Peto Putra Onsu" pada 18 September.
    • Episod "Pertolongan Cemas" yang disiarkan sebelum konsert "Kilau Raya MNCTV 29" pada 24 Oktober sempena ulang tahun saluran MNCTV yang ke-29.
    • Episod "Tudung Saji Mengkuang" pada 26 November yang disiarkan sehari setelah siaran episod pertama siri drama "Jagoan Bola" pada 25 November,
    • Episod "Perang Nyamuk" yang disiarkan pada 18 Januari sebelum episod pertama rancangan permainan muzik misteri "I Can See Your Voice Indonesia 5" (walaupun akhirnya ICSYVID 5 menunda siarannya pada tarikh tersebut).
  • Ada juga yang disiarkan sempena cuti perayaan tertentu. Misalnya,
    • Episod "Penjaga Baru" yang disiarkan pada hari Krismas.
    • Episod "Neo Santara: Demam Karat" yang disiarkan pada Tahun Baru 2021.

Video[]

Promo_Upin_&_Ipin_Musim_14

Promo Upin & Ipin Musim 14

Kompilasi_Upin_&_Ipin_Musim_14

Kompilasi Upin & Ipin Musim 14

Advertisement