Upin & Ipin (musim ke-16) merupakan siri rancangan animasi Upin & Ipin bagi musim ke-16 yang diterbitkan oleh Les' Copaque Production bagi tahun 2022.
Sinopsis[]
Muzik. Magis. Kenakalan. Pengembaraan. Pasangan kembar yang nakal, Upin dan Ipin kembali — dan pada musim ini, sifat ingin tahu membawa mereka menjelajahi serata tempat! (Netflix)
Episod[]
Berikut ialah senarai episod dalam musim ke-16 siri Upin & Ipin.
| Tajuk Episod | Tarikh Siaran |
|---|---|
| Puasa Norma Baharu | 3 April 2022 |
| Raya Norma Baharu | 3 Mei 2022 |
| Mimpi Terindah | 20 Jun 2022 |
| Lindung Diri dan Keluarga | 28 Julai 2022 |
| Angsa Putih | 23 Ogos 2022 |
| Mencari Idola | 14 Oktober 2022 |
| Motor Kapcai | 22 Oktober 2022 |
| Rasa Sayang | 17 November 2022 |
| Temanku Susanti | 19 Disember 2022 |
| Lembaga Hitam | 02 Januari 2023 |
| Keselamatan Dan Kecekapan Tenaga | 11 Februari 2023 |
| Hidup Bergaya | 21 Februari 2023 |
| Kartunis Lagenda | 15 Mac 2023 |
| Penghuni Hutan | 3 April 2023 |
Trivia[]
- Episod baharu Musim 16 akan ditayangkan di Astro Prima pada setiap hari Ahad jam 6 petang bermula 26 Mac 2023.
- Musim ini mengatasi rekod yang dicatatkan musim ke-15 apabila tarikh siaran episod akhir disiarkan pada 3 April 2023, menjadikan musim ke-16 ialah musim yang paling lewat menyiarkan episod terakhirnya.
Video[]
Kompilasi Upin & Ipin Musim 16 (Bahagian 1)
- Terdapat kesilapan pada video kompilasi ini, di mana episod ke-5 salah tajuk. Sedutan dari episod Angsa Putih, tetapi di label Pondok Kita dari Musim 15 (episod ke-4)
| Musim |
|---|
| 1 · 2 · 3 · 4 · 5 · 6 · 7 · 8 · 9 · 10 · 11 · 12 · 13 · 14 · 15 · 16 · 17 · 18 · 19 |