Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Upin & Ipin Dah Besar" (tiga bahagian) merupakan episod ke-40, ke-41 dan ke-42 (episod ke-14 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-12 daripada siri Upin & Ipin.

Sinopsis[]

Betul ataupun tidak Upin & Ipin dah besar?

Plot[]

Bahagian 1[]

Opah, Upin dan Ipin sedang mengemas gambar-gambar lama Kak Ros di atas meja makan di dapur. Upin & Ipin sedang bermain dengan kapal terbang kertas tetapi kapal terbang kertas itu tersangkut atas almari. Kak Ros tolong turunkan untuk Upin & Ipin. Kak Ros pergi ke kedai bersama Upin & Ipin. Selepas selesai membeli barang yang diperlukan, Kak Ros ajak Upin & Ipin pulang ke rumah, tetapi Upin & Ipin ingin singgah lagi di kedai itu.

Upin & Ipin terlihat majalah yang mereka sukai, tetapi tiada duit untuk membelinya. Tibanya Atok di kedai itu. Maka Upin & Ipin pun merayu agar Atok dapat membeli majalah itu untuk mereka.

Bahagian 2[]

Atok pun membeli untuk Upin & Ipin. Upin & Ipin merasa sangat seronok jika mereka sudah besar.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Upin & Ipin bertemu dengan Mei Mei dan Susanti. Mereka pun pergi ke halaman rumah Upin & Ipin untuk bermain bersama-sama. Mei Mei dan Susanti menyusun banggunan yang kecil-kecil, lalu menjadikan Upin & Ipin kelihatan seperti orang besar. Mail & Ehsan juga datang menyumbang tenaga untuk membina bandar kecil mereka.

Upin & Ipin telah menyelamatkan orang-orang kecil di bandar kecil. Apabila Upin & Ipin ingin beredar dari situ, Ipin secara tidak sengaja telah merosakkan sebahagian daripada bandar itu. Maka Mei Mei pun sedih kerana mainannya sudah penyet.

Bahagian 3[]

Upin & Ipin pun cuba membaiki mainan yang mereka rosakkan. Kemudian Upin & Ipin membayangkan imej mereka jika sudah besar dengan rambut yang lebat.

Pada keesokkan paginya, Ipin bangun dari tidur, tetapi dia tidak nampak Upin. Apabila Ipin buka tingkap biliknya, dia nampak ada orang besar seperti Upin sedang tolong Atok mengangkut tong gas sambil membonceng motosikal Atok. Ipin pun ingin kejar Upin besar itu.

Apabila Ipin tiba di rumah, Ipin memberitahu Kak Ros bahawa dia sedang kejar Upin besar. Kak Ros pula memberitahu Upin sudah kerja di bandar. Ipin pun sedih. Kak Ros pula memberitahu Ipin bahawa semua mainan dan makanan kini milik Ipin seorang sahaja, tidak perlu lagi berkongsi dengan Upin.

Semasa Ipin sedang main sendiri di anjung rumah, Ipin rindu Upin. Tiba-tiba Upin kecil telah muncul. Ipin sangat gembira. Upin telah ikut Opah pergi pekan. Upin pun berkongsi aiskrim dengan Ipin. Semasa mereka sedang menikmati aiskrim di tangga anjung rumah, tiba-tiba Upin & Ipin besar telah muncul di hadapan mereka berdua. Upin & Ipin pun terkejut sampai aiskrim pun cair.

Galeri[]

Video[]

Kompilasi_Upin_&_Ipin_Musim_12

Kompilasi Upin & Ipin Musim 12


Tonton di RCTI+[]

Lihat Lagi[]

Advertisement