Upin & Ipin Wiki
Advertisement

Berikut ialah senarai semakan ringkas mengenai peraturan-peraturan penggunaan imej.

  • Ingatilah hak cipta apabila memuat naik gambar.
  • Gunakan laman penerangan gambar untuk menerangkan gambar dan situasi hak ciptanya.
  • Gunakan tajuk yang jelas dan terperinci. Sila ambil perhatian bahawa jika sudah wujudnya gambar yang sama tajuknya dengan gambar yang hendak anda muat naik, ia akan digantikan dengan gambar yang baru anda muat naik itu.
  • Gambar yang hendak dimuat naik itu sewajarnya berleraian tinggi (high-resolution) di mana mungkin, dan gunakan pilihan imej ringkas (thumbnail) automatik dalam penanda gambar Wiki untuk mengecilkan gambar. Wiki ini menerima saiz gambar maksimum 2 MB. Jangan kecilkan gambar sendiri, kerana gambar yang dikecilkan akan sukar dipakai pada masa akan datang. Lebih baik gunakan imej ringkas yang sekitar 35–70 kilobait.
  • Sunting gambar itu supaya subjek yang relevan sahaja ditunjukkan.
  • Jangan isikan penghargaan (credits) gambar dalam rencana atau dalam gambar itu; isikannya dalam laman penerangan fail.
  • Gunakan format JPEG untuk gambar foto, dan format PNG untuk ikon, lukisan, peta, bendera, dsb. Gunakan format GIF untuk animasi. Jangan gunakan format Windows BMP; kerana gambar sedemikian tidak termampat dan memakan terlalu banyak ruang.
  • Isikan teks alternatif yang sesuai untuk gambar.
Advertisement