"Usahawan Muda" (tiga bahagian) ialah episod ke-10, ke-11 dan ke-12 (episod ke-4 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-7 daripada siri Upin & Ipin.
Plot
Bahagian 1
Mail membelanja Upin dan Ipin makan ABCD Uncle Muthu sebab Upin dan Ipin tidak membawa duit. Di gerai Uncle Muthu, Abang Salleh sedang mengunakan Wifi di komputer ribanya. Upin, Ipin dan Mail mengejutkan Abang Salleh dari belakang kerana Abang Salleh sedang leka berinternet. Oleh kerana Abang Salleh terkejut lalu menjerit, mesin ais Uncle Muthu turut tercabut. Mail terkejut kerana Abang Salleh boleh berniaga di komputer.
Apabila Upin dan Ipin melihat komputer Abang Salleh, mereka sedih kerana tak ada barang mainan, hanya ada barang kahwin sahaja. Abang Salleh memberitahu, budak-budak mana ada duit. Tambahan pula Jari Jemari Salleh buat barang-barang kahwin sahaja. Uncle Muthu pula datang menyampuk dengan menyangka Abang Salleh akan berkahwin. Mail memberitahu Abang Salleh bahawa dia juga ingin menjual melalui internet. Abang Salleh pula bertanya apa barang yang mereka ingin jual sambil mencuri makan ABCD milik Ipin. Abang Salleh mencadangkan mereka datang jumpanya apabila mereka sudah tahu apa yang mereka ingin jual melalui internet.
Semasa berjalan pulang, Upin dan Ipin singgah di rumah Tok Dalang yang sedang membuat layang-layang. Upin dan Ipin ingin menjual layang-layang. Tok Dalang berkata kalau jual layang-layang di kampung, mesti tidak laku sebab semua orang tahu membuat layang-layang sendiri. Akan tetapi, Upin mengusulkan bahawa mereka menjual layang-layang ke seluruh negara melalui Internet.
Di tadika, kawan-kawan sedang bermain ceper. Kapal terbang kertas Ijat telah melanggar kepala Mei Mei lalu mengganggu konsentrasi Mei Mei. Mei Mei pun kalah dalam pusingannya. Jarjit pula berpantun, 'dua tiga banyak senang, kali ini Jarjit pasti menang' apabila tiba gilirannya. Susanti pula ingin bermain selepas Mei Mei, maka Jarjit pun memberi laluan kepada Susanti. Semasa Susanti sedang bermain, cepernya tercampak ke Mail, lalu ditangkap oleh Mail. Kemudian Mail mendapat ilham untuk menjual ceper. Apabila Mail mencampak ceper itu pada Fizi, Jarjit berjaya menangkap ceper itu. Apabila Jarjit menang, Cikgu Melati turut bersorak untuk Jarjit. Mail pun mengajak Upin dan Ipin untuk jumpa Abang Salleh petang nanti.
Bahagian 2
Di rumah Abang Salleh, Upin dan Ipin memberitahu Abang Salleh yang mereka ingin jual layang-layang. Tetapi Abang Salleh memberi komen yang layang-layang mereka tidak sesuai untuk dipos. Mail datang dengan kotak. Oleh itu, kotak sesuai untuk dipos. Apabila Abang Salleh membuka kotak, dia terkejut sebab Mail ingin menjual ceper yang kurang menarik. Abang Salleh mengajar Mail untuk mencantikkan cepernya agar mempunyai daya tarikan.
Upin dan Ipin ke rumah Tok Dalang untuk memberitahu Tok Dalang bahawa layang-layang mereka kurang sesuai untuk dipos melainkan dibungkus elok-elok. Tok Dalang menjawab bahawa dia akan bungkuskan layang-layang itu. Sementara itu, setelah lama memerah otak, Mail mendapat ilham untuk menghias ceper setelah melihat gambar kelasnya.
Keesokkan harinya, Upin, Ipin, Mail, Jarjit dan Ehsan pergi berjumpa dengan Abang Salleh di gerai Uncle Muthu. Layang-layang Upin dan Ipin dibungkus dalam tiub silinder, manakala ceper Mail dihias dengan muka kawan-kawan yang comel. Abang Salleh membuka lawan web www.budakdurianruntuh.com agar Layang-layang Upin dan Ipin dan Ceper Mail dapat dijual.
Di rumah Abang Salleh, Upin, Ipin dan Mail tunggu orang beli barang mereka, tetapi masih tak ada orang yang membeli. Mail memberi cadangan untuk menjual โdua singgitโ, tetapi ditolak Abang Salleh kerana akan rugi. Oleh itu Abang Salleh mencadangkan untuk mengambil langkah P (promosi).
Bahagian 3
Promosi mereka ialah membuat video untuk mempromosikan layang-layang dan ceper mereka. Ceper Mail mendapat tempahan dahulu. Tetapi tiada tempahan untuk layang-layang. Maka Upin dan Ipin ingin pulang dengan kecewa. Sebelum mereka sempat meninggalkan rumah Abang Salleh, 100 tempahan layang-layang telah diterima. Abang Salleh bertanya tentang jumlah layang-layang yang Upin dan Ipin mampu bekalkan. Upin dan Ipin ke rumah Tok Dalang untuk memberitahu Tok Dalang bahawa Tok Dalang harus membekalkan 100 layang-layang.
Sebelum Upin, Ipin dan Mail mengepos barang-barang kepada pembeli, Abang Salleh telah membawa mereka ke bank untuk tengok sama ada wang telah diterima atau tidak.
Di rumah, Upin dan Ipin menunjuk duit mereka kepada Kak Ros, lalu memberikan wang tunai itu kepadanya untuk disimpan dalam bank sebagai tukaran untuk kad debit Hong Leong Islamic Bank (salah sebuah syarikat penaja Upin & Ipin). Dalam pemberian kad-kad itu, Kak Ros berpesan kepada adik-adiknya supaya berjimat cermat kerana kad itu menyimpan nilai RM50 untuk belanja sebulan sahaja.
Semasa Abang Salleh sedang mengemop lantai, Mail membawa ayam goreng untuk dijual di internet tetapi ditolak oleh Abang Salleh. Upin dan Ipin datang dan mengajak Mail untuk membeli ais-krim dengan bank kad mereka. Setelah mereka bertiga pergi, Abang Salleh tersedar bahawa lantai yang baru dimopnya sudah dikotori oleh Upin, Ipin dan Mail. Abang Salleh sangat geram dan marah.
Video