Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Uuuuu... Telur Apa Tu?" (tiga bahagian) merupakan episod ke-4, ke-5 dan ke-6 (episod ke-2 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-10 daripada siri Upin & Ipin. Episod ini bertemakan burung migrasi dan di samping itu dinosaur.

Sinopsis[]

Upin dan Ipin menemui sebiji telur yang aneh di dalam reban ayam. Mula-mula disangka telur dinosaur, rupa-rupanya telur itu milik sejenis burung aneh yang terbang dengan balung bagaikan baling-baling helikopter.

Plot[]

Bahagian 1[]

Upin & Ipin sedang berjalan sambil melalui depan rumah Atok. Upin & Ipin melihat Atok sedang mengutip telur dari reban ayam. Upin & Ipin pun mahu menakutkan Atok dari belakang.

Upin & Ipin berjaya menakutkan Atok. Atok nyaris kehilangan semua telur yang dikutip dari reban. Kemudian, Atok menyuruh Upin & Ipin menolongnya mengutip telur dari reban. Upin mengutip telur dari reban kemudian Ipin meletakkan telur ke dalam bakul. Sambil itu, Atok sedang mengait jambu air dari pokok di rumahnya. Apabila Upin memberitahu Ipin bahawa semua telur telah dikutip dari reban, tiba-tiba Upin ternampak kilauan datang dari sebiji telur di reban. Upin pun mengeluarkan telur itu dari reban. Upin & Ipin terpesona dengan telur yang berwarna gangsa dan bersinar-sinar itu.

Upin & Ipin pun membawa telur itu kepada Atok sambil bertanya kepada Atok, tetapi Atok tidak memandang pun kepada telur tersebut sambil berkata itu adalah telur ayam. Atok juga memberitahu bahawa jika Upin & Ipin nak telur itu, mereka boleh ambil telur itu. Upin & Ipin pun mengambil telur itu. Dari jauh, terdapat seekor makhluk yang sedang memerhati telur itu.

Semasa Upin & Ipin sedang tidur, tiba-tiba Upin ternampak seekor makhluk yang menakutkan berada di dalam bilik Upin & Ipin. Upin pun menjerit ketakutan. Jeritan Upin turut menyebabkan Ipin terbangun. Maka Upin & Ipin pun sama-sama menjerit ketakutan dan bersembunyi di bawah selimut. Tiba-tiba, lampu bilik terbuka, kemudian selimut Upin & Ipin pun ditarik. Sambil itu Kak Ros juga memukul buntut Upin & Ipin untuk mendiamkan Upin & Ipin. Rupa-rupanya Kak Ros telah terbangun dan masuk ke bilik Upin & Ipin untuk menyuruh mereka senyap dan kembali tidur. Kak Ros marah kerana jeritan Upin & Ipin boleh mengejutkan Opah dari tidur. Nasib baik Opah masih sedang tidur dengan nyenyak sekali.

Di pondok permainan, Mei Mei sedang masak-masak untuk Jarjit, Mail dan Dzul. Upin & Ipin pun datang bertemu kawan-kawan sambil membawa telur tersebut. Kawan-kawan juga terpesona dengan telur yang bersinar-sinar itu. Dzul memberitahu bahawa neneknya berkata telur yang bersinar-sinar itu adalah telur dinosaur. Kawan-kawan pun takut dan terkejut. Upin & Ipin pun memberitahu kawan-kawan bahawa mereka ternampak dinosaur semalam. Semasa Dzul berdiri di sebelah Jarjit, Jarjit secara tidak sengaja terlanggar tangan Dzul, maka terlepaslah telur itu dari tangan Dzul. Semua orang berusaha untuk menangkap telur tersebut tetapi tidak berjaya. Nasib baik telur itu terlanggar perut Ehsan. Kemudian, Fizi berjaya mengangkap telur tersebut menggunakkan tangannya. Ehsan & Fizi juga terpesona dengan kecantikan telur itu.

Bahagian 2[]

Upin & Ipin membawa telur itu pulang ke rumah sambil mencari Opah. Opah tidak berada di ruang tamu mahupun di biliknya. Kemudian, semasa Upin & Ipin sampai ke dapur, Kak Ros sedang memujuk Opah yang sedang menangis. Opah pun memberitahu bahawa Opah menangis kerana kebunnya sudah rosak. Kak Ros pun menyuruh Upin & Ipin pergi melihat sendiri kerosakan yang berlaku pada kebun Opah.

Upin & Ipin terkejut dengan kemusnahan pada kebun Opah. Ipin mengesyaki dinasaur semalam yang merosakkan kebun Opah. Ipin terjumpa bulu yang aneh di kebun Opah. Kemudian, Upin & Ipin membawa bulu tersebut sambil memberitahu Opah dan Kak Ros bahawa dinosaur yang merosakkan kebun Opah. Opah dan Kak Ros pun terkejut dengan kenyataan Upin & Ipin.

Upin & Ipin pun menyelongkar semua buku yang mempunyai dinosaur agar dapat mengetahui dinosaur mana yang memiliki bulu aneh yang mereka jumpa dari kebun Opah. Kak Ros pun memberitahu bahawa zaman sekarang tidak ada dinosaur. Upin & Ipin pun pergi mencari Atok.

Atok sedang memeriksa setiap biji jambu air. Semua jambu air yang Atok periksa, hampir semua dah rosak. Atok pun sedih. Upin & Ipin pun memberi Atok tengok bulu dan telur itu. Atok pun memberitahu bahawa Atok tidak pernah melihat bulu mahupun telur itu.

Tiba-tiba, satu bunyi pelik kedengaran. Upin, Ipin dan Atok pun terkejut.

Bahagian 3[]

Upin, Ipin dan Atok pun ternampak sekumpulan burung aneh yang terbang dengan balung bagaikan baling-baling helikopter. Ipin menyatakan bahawa badan burung-burung itu seperti ayam goreng.

Apabila Ipin ingin menangkap burung-burung itu, burung-burung itu pun terbang ke atas pokok jambu air Atok. Kemudian, Atok pun berkata ini adalah burung yang sama yang merosakkan kebun Opah kerana bulu yang jatuh dari pokok di rumah Atok adalah bulu yang sama dengan bulu yang dijumpai di kebun Opah. Atok pun marah kerana, pada masa yang sama Atok ternampak burung itu sedang makan jambu air Atok dari pokok. Semasa Ipin sedang memegang telur itu, seekor burung aneh itu datang menyerang Ipin. Nasib baik Ipin sempat mengelak. Burung itu pun jatuh ke lantai, seperti pengsan. Semasa Upin ingin menangkap burung yang terjatuh itu, tiba-tiba burung itu terbang semula ke atas pokok jambu air. Kemudian, sekumpulan burung aneh itu terbang keluar dari pokok jambu air. Upin & Ipin pun kejar burung-burung itu. Atok turut menyuruh Mei Mei, Jarjit, Dzul dan Mail untuk kejar burung-burung itu bersama Upin & Ipin. Upin & Ipin pun kejar burung-burung itu sampai ke sebuah tasik yang cantik.

Kemudian, Dzul menjumpai lagi telur dinasaur yang sama di dalam semak. Semasa Mei Mei ingin mengambil telur itu, tangan Mei Mei telah dipatuk oleh burung. Kemudian, Ipin sempat meletak balik telur itu ke sarang di dalam semak. Kemudian, Atok, Upin, Ipin, Mail, Mei Mei, Dzul dan Jarjit oun lari pulang ke rumah Atok.

Atok pun memberitahu bahawa burung-burung menyerang mereka kerana burung-burung itu takut manusia mengancam mereka. Atok juga menyatakan bahawa burung-burung itu adalah burung migrasi.

Video[]

Teaser_Upin_&_Ipin_Musim_10_-_Uuuuu..._Telur_Apa_Tu?

Teaser Upin & Ipin Musim 10 - Uuuuu... Telur Apa Tu?


Tonton di RCTI+[]

Advertisement